30 장

435 34 29
                                    

---

"Terima kasih sebab benarkan aku tinggal di rumah kau buat sementara waktu. Rupa-rupanya , berbual dengan kau amat menyenangkan. Aku rasa tertekan sangat sejak kebelakangan ni. Orang yang selalu ada di samping aku selama ni nampaknya masih belum terima kekurangan aku. Mungkin aku patut move on."

Jinhwan tersenyum kelat. Sememangnya sukar untuk lelaki itu menyembunyikan kekecewaan yang ia rasai. Terutama sekali jika kekecewaan itu berpunca daripada Junhoe.

"Itu semua tak jadi masalah. Aku cuma nak minta maaf kalau rumah aku tak begitu selesa dan terlalu kecil untuk kau."

Sebelah tangan Mino terlihat sedang menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Sambil tersengih , kerusi roda Jinhwan ditolaknya ke hadapan.

"Jinhwan , bukan ke itu..."

Ayat yang terbit dari bibir Mino dibiarkan tergantung begitu sahaja sehinggalah Jinhwan mula mengangkat wajahnya untuk melihat apa yang sedang lelaki itu perhatikan.

Jinhwan kemudiannya meminta Mino untuk berhenti di sana buat seketika.

"Ada nampak tak mana-mana remaja lelaki yang berkerusi roda di sekitar sini?"

Jantung Jinhwan seakan-akan berdegup semula. Sungguhpun apa yang Junhoe lakukan terhadapnya begitu kejam , Jinhwan sama sekali tidak dapat membenci lelaki itu.

Sebaliknya , perasaan rindu yang menebal kekal bersarang di dalam hatinya setelah dua hari bersembunyi dari mereka.

Langkah Junhoe untuk meninggalkan tempat itu terhenti. Lelaki bertubuh tinggi itu kemudiannya memalingkan wajah. Diikuti pula dengan seluruh tubuhnya setelah memutuskan untuk mengikut kata hati.

"Jinhwan?"

Ketika dirinya hampir sahaja berputus asa untuk meneruskan pencarian susuk tubuh genit yang telah membuatkan lelaki itu tidak dapat tidur lena sepanjang malam tadi , Jinhwan akhirnya muncul di hadapan matanya.

"Nampaknya , sampai sini sahajalah pertemuan kita. Aku balik dulu. Jaga diri , Kim Jinhwan." Bisik Mino lalu menepuk perlahan bahu kanan Jinhwan.

Dengan wajah yang datar lagi kelihatan dingin , Junhoe membuka langkah menghampiri Jinhwan. Ditolaknya kerusi roda itu ke suatu tempat yang hendak dia tujui. Kedua-duanya tidak bersuara walaupun sepatah.

Junhoe menghela nafas lega. Sekurang-kurangnya , Jinhwan selamat di bawah jagaan lelaki itu sekarang.

---

"Sekarang , beritahu aku. Kenapa kau beria-ia sangat nak kita berkahwin?"

Junhoe tidak memandang ke arah Jinhwan pada waktu itu.

"Perlu ke ada sebab untuk jatuh cinta pada seseorang?"

Jinhwan tersenyum tawar. Reaksi yang dia harapkan daripada Junhoe langsung tidak kelihatan.

"Cinta buat kau nampak dungu , Jinhwan. Kau sanggup tak pergi buat rawatan dan biarkan kaki kau terus lumpuh macam tu hanya sebab aku tak dapat teman kau?"

"Tak ada gunanya aku sembuh kalau kau tak peduli tentang aku , June. Kau tahu tak betapa tamaknya aku sebab berharap aku dapat pegang tangan kau , cium kau dan peluk kau?"

Jinhwan menangis sambil menyembunyikan wajah di sebalik tapak tangan kecilnya.

"Kali terakhir kau cium aku.... aku ingat kau cuma bergurau. Aku kecewa , June-yah.."

Junhoe tidak betah melihat bahu Jinhwan yang kini bergetar di sampingnya. Untuk memeluk Jinhwan pun Junhoe perlu berfikir dahulu.

"Aku harap kali ni kau tak fikir yang aku mempermainkan perasaan atau bersimpati dengan keadaan kau , Jinhwan."

Junhoe menarik dagu Jinhwan ㅡ mengucupi belahan bibir nipis itu tanpa nafsu. Teksturnya begitu lembut dan sedikit masin oleh kerana kesan air mata Jinhwan. Ciuman itu turut disertakan dengan senyuman bahagia Jinhwan. Matanya dipejam untuk membenarkan sisa cecair jernih di tubir matanya mengalir.

How can I not love you?

- END -

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now