19 장

318 44 1
                                    

---

"Baiklah. Memandangkan ini kali pertama awak datang untuk buat rawatan , saya takkan paksa awak. Biarlah rawatan ni ambil masa yang panjang. Janji , awak selesa."

Jinhwan mengangguk perlahan. Timbul sedikit rasa resah dan khuatir di benak hati kecilnya. Mungkinkah rawatan ini boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan?

Junhoe yang sentiasa setia menemani Jinhwan duduk di sisi katil di mana Dr. Min akan menjalankan rawatan tersebut. Inilah peluang untuknya melihat gadis itu dari jarak dekat sebegini.

"Cuba gerakkan kaki awak perlahan-lahan ke sebelah mana yang awak rasa selesa."

Jinhwan menarik nafas dalam. Dengan segala kudrat yang ada , dia cuba menggerakkan kedua-dua belah kakinya tanpa bantuan sesiapa. Namun , tiada sebarang pergerakan pun yang mampu Dr. Min dan Junhoe lihat setakat ini.

"Tentu boleh , Jinhwan.."

Titisan peluh kian terbentuk di dahi Jinhwan. Tidak lama selepas itu , lelaki bertubuh genit itu meraung kesakitan. Rasa sakit yang teramat seolah satu-persatu urat kakinya terputus semakin menjadi-jadi. Jinhwan memegang kaki kanannya.

Junhoe tanpa teragak-agak terus memeluk tubuh kecil sahabatnya. Bukan hanya Dr. Min , bahkan Junhoe juga terkejut dan semakin risau melihat Jinhwan kesakitan sehingga ke tahap begitu.

"Kenapa ni doktor?"

Dr. Min dengan tenang mencari picagari yang telah disimpannya di dalam laci. Dia sudah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku pada Jinhwan yang baru pertama kali membuat rawatan ini.

Cecair yang berada di dalam picagari tersebut disuntik ke dalam tubuh Jinhwan. Dia kembali tenang di dalam dakapan Junhoe. Pandangannya semakin kabur dek kerana air mata yang tidak putus-putus mengalir.

"Saya dah suntik Jinhwan dengan painkiller untuk redakan cramp pada kaki dia. Ubat ni akan buat dia tertidur. Jadi , biarlah dia berehat dulu."

---

Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now