27 장

279 29 4
                                    

---

Minggu persekolahan pada bulan Oktober berlangsung seperti biasa. Tiada apa-apa pun yang menarik untuk diperkatakan sepanjang minggu itu.

Desas-desus yang sering kali kedengaran dari mulut para pelajar juga sudah berkurangan sejak kebelakangan ini. Suasana sekolah itu lebih sunyi dari kebiasaannya.

Berkat minggu peperiksaan semakin menghampiri mereka , barangkali.

Para guru mula memberikan lebih banyak latihan tambahan dan kerja rumah. Anak didik mereka pula sepertinya tidak mampu mengelak.

Bahkan , mereka hanya mampu mengeluh kerana jumlah tugasan yang dilipatgandakan setiap hari begitu membebankan otak mereka untuk berfikir.

Jinhwan kelihatan lesu dan tidak bersemangat untuk belajar mahupun menghadapi peperiksaan akan datang. Sedangkan dia telah berjanji akan melakukan yang terbaik demi kebahagiaan dan kesenangan ibunya pada masa akan datang.

Sudah beberapa hari Jinhwan tidak bertegur sapa dengan Junhoe. Seharusnya Jinhwan yang mengelakkan diri daripada bertembung dengan lelaki itu. Tetapi kali ini , Junhoe pula yang dilihat menyendiri.

Bukankah lelaki itu sepatutnya bahagia pada ketika ini? Menceritakan kegembiraannya kepada Jinhwan sudah menjadi kebiasaan. Namun , Junhoe tampak seperti sedang berduka sejak akhir-akhir ini.

Hati Jinhwan tergerak untuk mendekatinya Junhoe sekali lagi. Yang pastinya , dia tidak akan terlalu berharap kali ini.

"June... kau tak makan ke? Ambillah sandwich ni."

Jinhwan menghulurkan potongan sandwich yang tadinya dia minta untuk Jiwon belikan. Sekotak susu turut diletakkan ke atas meja lelaki itu. Junhoe menggeleng seraya menolak pemberian Jinhwan tanpa suara.

"Kalau kau ada masalah , kau patut bercerita dengan aku."

Dengan tindakan spontan , Jinhwan meraih tangan Junhoe lalu digenggam. Jinhwan mengutuk dirinya yang dalam diam mula berdebar laju kerana melakukan sentuhan itu.

"Kau pun tahu aku akan sentiasa ada untuk kau , kan?"

Jinhwan mengusap lembut jari kasar Junhoe dengan jemari kecilnya. Hampir gugur jantung kecil Jinhwan apabila Junhoe bertindak memeluknya. Lelaki itu membenamkan wajahnya pada bahu Jinhwan lalu menangis.

Jinhwan kembali membalas pelukan itu sambil tangannya digerakkan pada belakang badan Junhoe. Dia ingin Junhoe berasa selamat di dalam dakapannya. Itu sahaja yang Jinhwan perlukan saat ini.

"Dia tolak cinta aku , Jinhwan.. dia dah bertunang."

Jinhwan terdiam di sana. Dia tidak menyangka perkara seperti itu akan berlaku kepada sahabat merangkap cinta dalam diamnya ini.

Memang benar Junhoe mencium doktor yang merawatnya tempoh hari. Pasti doktor itu juga tidak menyangka Junhoe akan bertindak seberani itu untuk meluahkan perasaannya.

Dan cinta Junhoe akhirnya ditolak oleh doktor itu? Patutkah Jinhwan gembira selepas mendengar berita ini dari mulut Junhoe sendiri?

"Tak apa Junhoe... mungkin dia bukan jodoh kau. Tapi , pandanglah aku dan tolonglah sedar yang aku ni dah lama sukakan kau."

Jinhwan mengeluh halus. Sayang sekali , dia tidak dapat meluahkan perasaannya melalui ayat yang terakhir.

---


Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now