29 장

251 36 0
                                    

---

"Kenapa omma pandai-pandai nak aturkan perkahwinan untuk Junhoe?!"

Hampir gugur jantung Puan Koo tatkala Junhoe dengan sengaja bertindak membanting pintu rumah mereka.

Wanita itu mengeluh panjang ㅡ kekal diam di sofa tamu kediaman tersebut tanpa cuba untuk menafikan apa-apa. Dia tahu, Junhoe pasti akan naik angin.

"Kenapa.... dalam banyak-banyak manusia , omma perlu pilih Jinhwan?"

Puan Koo menatap wajah kecewa anak lelakinya yang kini tercegat di ruang tamu itu.

"Wae? Kamu tak boleh terima yang Jinhwan tu lumpuh? Begitu , kan?"

Junhoe mengetap giginya.

"Ya! Dan Junhoe memang takkan terima dia sampai bila-bila!" Tegas Junhoe dengan oktaf suara yang semakin meninggi.

"Kelumpuhan kaki Jinhwan tu bukannya kelumpuhan kekal. Kamu memang tak tahu atau kamu buat-buat tak tahu?!"

Setelah mendengar kenyataan daripada mulut si ibu , Junhoe terdiam seribu bahasa.

"Jadi , kenapa kaki dia masih belum pulih?"

Junhoe menginginkan penjelasan.

"Jinhwan tu dah lama tak terima rawatan di hospital. Padahal dulu dia bersemangat nak sembuh. Tapi sejak kamu beritahu dia yang kamu jatuh cinta dengan tunang orang , harapan dia untuk sembuh terus hilang. Dia terkilan setiap kali kamu cerita tentang perempuan tu. Tapi , dia masih lagi boleh tersenyum sebab dia betul-betul sayangkan kamu , Junhoe. Kamu sahaja yang tak peka dengan perasaan dia. Kamu tahu kenapa? Jinhwan selalu harapkan kamu untuk jaga dan berikan dia perhatian. Sebab orang lain takkan mampu buat benda macam tu untuk dia."

---

"Nak makan ramen? Aku masak lebih ni."

Jinhwan tersenyum singkat. Segan pula rasanya apabila ia dilayan dengan baik seperti ini. Merasakan dirinya cukup rendah dan mempunyai terlalu banyak kekurangan membuatkan Jinhwan kembali sedih.

"Mino.. boleh aku tanya kenapa aku dah lama tak nampak kau di sekolah?"

Sambil lelaki itu membahagikan mi segera secukupnya untuk Jinhwan , senyuman pahit perlahan-lahan menghiasi bibirnya.

"Aku berhenti. Sejak bulan Mei lagi." Jawabnya tenang.

"Sekarang aku kerja untuk tanggung makan minum aku." Sambungnya lagi lalu menuangkan lebihan kuah ke dalam mangkuk Jinhwan.

"Tapi kenapa? Mana ahli keluarga kau yang lain?"

Sungguhpun kini mereka sudah menginjak ke alam dewasa , tanggungjawab untuk memberikan pelajaran yang cukup kepada anak-anak seharusnya dititikberatkan oleh ibu bapa.

"Mereka dah buang aku."

Melihat wajah serba salah Jinhwan , Mino terus mengubah topik perbualan mereka.

"Kaki kau tu..."

Jinhwan mengeluh berat. Sejujurnya , dia tidak suka apabila dipersoalkan tentang keadaan kakinya itu. Tidak sama sekali.

"Aku ada seorang adik perempuan yang lumpuh. Sebelum ni dia tinggal dengan aku sebab parents aku tak boleh terima kekurangan dia. Memalukan , kata mereka. Aku jaga makan minum dia dekat rumah kecil ni. Setiap hari aku tolong urutkan kaki dia , ajar dia berjalan walaupun kaki dia tak kuat. Akhirnya , kaki dia sembuh. Parents aku bawa dia pulang ke rumah. Sebab tu tinggal aku seorang je di sini." Cerita Mino panjang lebar.

"Untungnya dia ada abang macam kau. Tapi Mino , kau tak rasa rugi ke berhenti sekolah? Mungkin kau memang nakal , tapi kau cerdik. Selalu dapat top 10 dalam kelas. Bayangkan kalau kau dapat gred bagus untuk peperiksaan akhir tahun nanti , mesti parents kau rasa bangga."

Jinhwan tersenyum lebar.

"Kau rasa macam tu?" Soal Mino dengan mulutnya yang masih penuh kerana belum selesai mengunyah mi segera itu.

"Kau tahu? Mungkin benar ada ibu bapa yang agak menjengkelkan. Tapi yang mereka mahukan hanyalah untuk melihat kejayaan kita. Dalam kes ni , mungkin ibu bapa kau nak ajar kau jadi orang yang berdisiplin. Mereka nak kau lalui kepayahan hidup menanggung diri sendiri supaya kau tak sia-siakan masa yang kau ada sekarang. Kalau parents kau tahu yang kau dah berhenti sekolah , mesti mereka kecewa."

Mino menunduk.

"Ya , aku kena belasah dengan appa lepas dia tahu aku berhenti sekolah. Apa-apa pun , terima kasih , Jinhwan."

"Tak ada masalah."

"Makanlah ramen tu. Nanti mi tu kembang dah tak sedap. Lepas ni aku tolong urut kaki kau , ya?"

---

Pagi keesokkan harinya , Junhoe mendapat panggilan mengejut daripada nombor telefon rumah Jinhwan.

Figura yang sudah bersiap sedia untuk ke sekolah awal pagi itu terhenti langkahnya tatkala melihat si ibu sedang berbual dengan seseorang di telefon.

"Jinhwan tak balik? Ke mana pula dia pergi malam-malam macam tu?"

Junhoe membuang pandangannya ke arah lain apabila kehadirannya disedari oleh wanita itu.

"Dia tu takkan boleh lari jauh. Sabarlah ya? Nanti kita cari dia sama-sama."

Junhoe membuka langkah kanan melepasi wanita itu ㅡ berpura-pura tidak mendengar perbualan mereka tadi.

---

"Kau tergamak buat Jinhwan macam tu , kan?! Kau ni memang tak berhati perut lah!"

Jiwon mencengkam kolar baju Junhoe di khalayak ramai. Rakan-rakannya yang lain cuba memberhentikan lelaki itu sebelum ia bertindak di luar kawalan.

"Jiwon... hentikan."

Hanbin ialah salah seorang daripada mereka. Cuba meleraikan Jiwon daripada Junhoe bukanlah suatu hal yang mudah. Apa lagi ketika kekasihnya sedang mengamuk begini.

"Kalau kau tak dapat bawa Jinhwan balik , jangan harap kami akan maafkan kau.."

"Sudahlah tu. Nanti kita kena tangkap macam mana?"

---


Attention [ JunHwan ] ✔Where stories live. Discover now