Bab 9

12.7K 359 1
                                    

Ridzwan datang menghampiri Amirah. Aeril ntah menghilang ke mana, mungkin cari meja untuk makan disitu.

"Sorang aje ke? " Soal Ridzwan.

"Tak lah dengan kawan saya " Jawab Amirah tenang.

"Owh, mana kawan awak ade kat sini jugak ke? " Tanya Ridzwan lagi sambil kepalanya menjenguk mencari kelibat yang dimaksudkan.

"Sebuk je nak tahu apahal?! " Nada suara Amirah sedikit meninggi. Ya ! Itu lah Amirah yang sebenar. Sedikit garang.

"Tak de lah saje je nak tahu" Kata Ridzwan.

Aeril yang dari tadi memerhati Amirah mula mendekatinya. Aeril memandang Ridzwan atas bawah. Hm, ada gaya.

"Kalau tak de apa apa lagi saya pergi dulu" Kata Ridzwan.

Setelah bayangan Ridzwan hilang. Aeril memandang Amirah dengan pandangan tidak puas hati. Amirah memandang pelik ke Aeril.

"Dah kenapa pandang saya macam tu? " Amirah sedikit rimas apabila diperlakukan begitu.

Aeril diam membisu.

"Orang tanya jawab lah! " Amirah tersentak, kakinya hendak pergi tapi Aeril lebih pantas menghalang Amirah dari pergi. Amirah ke kiri Aeril ke kiri, Amirah ke kanan Aeril ke kanan. Sesatlah Amirah pasni. Hahaha.

"Siapa lelaki tadi? " Tegas suaranya. Soalan Aeril tidak di jawab namun soalan di balas soalan.
"Yang awak nak sebuk kenapa awak belum lagi jadi suami saya yang sah" Jawab Amirah selamba.

Aeril mengetap gigi, rahangnya bergerak gerak menahan marah akibat jawapan Amirah yang tak munasaba itu.

"Kalau saya tanya jawab jelah, awak memang suka ea tengok orang marah! " Suara Aeril meninggi menyebabkan Amirah terkejut. Satu restoran memandang mereka berdua. Amirah malu dengan kelakuan Aeril.

Amirah hanya memandang lantai tak mampu dia nak memandang wajah lelaki yang sedang berdiri didepannya itu.

"Awak....." Belum sempat Amirah habiskan kata kata Aeril menyampuk.
"Jawab!! " Kali ini nadanya lebih kuat dari tadi.

Amirah takut, terkelu, membisu, semua lah.

Pemilik restoran datang menghampiri mereka berdua.
Aeril terkejut akibat kedatangan pemilik restoran yang tiba tiba muncul di sebelahnya itu.

"Maaf encik kalau nak bergaduh bukan kat sini tempatnya tapi kat rumah encik. Ini restoran saya, kalau saya rugi siapa yang nak ganti encik?" Pemilik restoran itu berkata dengan nada lembut.

Aeril memandang wajah tersebut lama. Kemudian mindanya teringat kepada 'Sofea'. Ya Sofea ialah bekas teman wanitanya dahulu ketika zaman persekolahan. Wajah Sofea dipandang lama.

Sofea memandang pelik ke arah Aeril yang sedang memandangnya. Wajah itu yang sering berada diingatannya dan wajah itulah yang selama ini dirindukan oleh Sofea.

Aeril tersedar apabila Amirah mencuitnya. Terus sahaja kepalanya memandang Amirah yang sedang terpinga pinga.

"Aeril" Suara Sofea yang dirinduinya selama ini kembali semula.

Flashback*

"Wei wei, Sofea itu bukan ke idola kau ha? Tanya Dania Yulia selaku kawan baik Sofea Nadirah.

"Mana wei? Aku tak nampak dia lah. Ala lagipun kalau aku pandang dia bukannya dia minat aku pun aku bukannya lawa macam semua gf dia dulu semua. And dia dah lah playboy" panjang kata kata Sofea.

Aeril memandang Sofea apabila kawan kawannya mula mengata pasal Sofea. 'Cantik jugak Sofea ni' desis hati Aeril. Aeril menghampiri Sofea,kawan kawannya memberi Aeril semangat untuk luahkan kepada Sofea.

Sofea hanya menunduk. Aeril memberi sepucuk surat kepada Sofea. Yang tertulis , Be mine. Sofea terkejut kerana Aeril melakukan sebegitu kepadanya.

Aeril terus berlalu pergi. Sofea membalas " saya terima". Gila kau crush mintak couple kot.Hampir 1 tahun mereka bersama. Mereka putus kerana Aeril mahu berpindah .Sebelum Aeril berpindah Aeril berkata " Awak tunggu saya ya nanti suatu hari saya akan kahwini awak" . Kemudian mereka berdua terus lost contact.

End flashback*

Aeril masih terkaku. Sofea sudah menahan malu. Amirah dah macam orang bodoh duduk kat tepi memerhatikan drama mereka berdua ini.

"Saya pergi dulu" Kata Aeril .
Sofea hanya mengangguk faham. Mereka berdua terus berlalu pergi.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now