Bab 20 (Special Put & Khai)

11.5K 292 2
                                    

Dalam perjalanan pulang Putri seperti nampak seseorang yang sangat dia kenali, ya Khai. Baru tadi lelaki itu ingin mengajaknya bercinta. Putri kelihatan sedikit pelik dengan Khai.

"Kenapa muka dia macam lebam dan bengkak je ea? " Putri mahu bertanya kepada Khai tetapi dia sedikit malu untuk berjumpa Khai lagi.

Namun Putri memberanikan diri untuk menghampiri Khai tanpa mendengar suara hatinya. Setapak demi setapak Putri menghampiri Khai. Dia berasa simpati kepada lelaki tersebut.

"Erm... Uh... Khai, awak okey tak ni? " Soal Putri prihatin.

"Huh, owh Putri. Erhh. Saya okey je, lebam ni tak teruk mana pun" Khai sedikit malu kerana Putri betul betul di sebelahnya.

Tanpa segan silu, Putri memegang muka Khai yang penuh dengan lebam secara drastiknya Khai mengerang kesakitan.

"Arh!! Sakit lah Put" Khai menarik mukanya agar berjauhan dengan tangan Putri.

"Err, teruk sangat ni lebam awak. Apa kata saya bawak awak pergi klinik? Nak tak? " Putri ikhlas menawarkan rawatan ke klinik.

"Erm, tak pe lah. Nanti saya  pergi sendiri saya ada duitlah" Khai perlahan lahan menolak tawaran Putri.

"Tapi ni dah teruk sangat ni. Makin teruk muka awak nanti kalau tak pergi klinik. By the way, macam mana benda ni boleh berlaku. Bukan ke awak atlet, kan kalau atlet pandai pertahankan diri" Putri mengangkat keningnya.

"Errr....err... " Khai kehilangan kata kata.

Memang Khai masuk taekwondo dengan Amirah masa tingkatan 3 dan 4 tapi tahun ni tak masuk sebab busy masing masing. Putri masih setia menunggu jawapan dari Khai.

"Aduhh, kantoi pulak. Khai cakap la sesuatu" Amirah bermonolog dari jauh.

Sebenarnya dia orang yang plan ni, sengaja nak buat Putri risau. Amirah mengupah make up artis untuk make up si Khai.

"Khai~~" Putri sengaja menggunakan suara manjanya. Secara drastiknya pipi Khai merah dek malu.

"Erhh... Putri jangan goda saya boleh tak? " Khai memegang mukanya kerana merah malu.

"Eh, bila masa saya goda awak Khai? " Putri sudah makin selesa dengan Khai.

"Tadi".

"Owh, Khai~~" Putri sengaja mengulang semula. Kepalanya dilentokkan ke bahu Khai. Khai terbangun dek terkejut dengan perlakuan Putri.

Putri bangun menghadap Khai yang masih lagi terpinga pinga. 'Hahaha, tahu takut. Tu lah nak kenakan aku kan. Padan muka kena balik' Bisik hati Putri.

Amirah masih lagi setia memerhati dari jauh. Tak ingin dia menyampuk hubungan dua manusia tu.

"Er.. Err... Putri.. ".

"Huh... Ye? " Putri yang mahu pergi tadi terbantut niatnya kerana Khai memanggilnya.

"Hm... Nak tak pergi tengok wayang dengan saya? " Khai masih lagi memandang bawah, tak mampu nak tengok wajah Put yang cantik ni. Gugur iman, Ya Allah indahnya ciptaan mu.

"Ha? Wayang?  Okey. Pukul berapa kat mana dan hari apa? " Putri memang excited kalau bab wayang ni.

"Esok pukul 8:45 malam. Kalau boleh datang pukul 8:45 sebab wayang mula pukul 9:00 malam" Khai menggosok leher belakangnya.

"Okey! " Putri memberi isyarat okey 👌.

Selepas Putri beredar. Khai memberi isyarat thumbs up ke arah Amirah. Amirah membalas dan berlari ke arah Khai.

"Amacam? Okey tak? ".

"Okey, baik ea cadangan kau. Thanks Amirah tolong aku".

"Oh its okey im your friend since 2015 right? " Mereka tergelak.

Amirah meminta diri untuk balik. Tetapi Khai degil katanya tak pe lah biar aku hantar kau je lah. Aishh bosan Amirah dengar, terus Khai hantarkan Amirah balik.

" Thanks Khai hantar aku balik".

"Its okey, kau dah tolong aku tadi" Khai mengangkat keningnya.

"Hm, yolah tapi homework aku pun kau kena lah buat jugak ye" Amirah ketawa galak.

"Huh, ye la ye la nanti aku buatkan kerja sekolah kau tu. Dah lah pergi masuk dalam. Shuh shuh" Gayanya persis menghalau Amirah macam kucing.

"Eiii, aku tahu lah. Haishh, dah bye. Jaga Put baik baik kalau tak aku siat siat kulit kau pastu bagi anjing makan" Amirah menunjukkan wajah yang serius.

Khai tergelak memandang Amirah yang kelakuan macam kebudak budakkan..

"Hahaha, ye ye aku akan jaga dia baik baik. Aku akan pastikan dia, aku punya" Khai berkata dengan nada riak.

"Eleh, kau lambat lagi. Aku dah nak kahwin dah" Amirah tergelak.

"Eh, kau? Kahwin? Dengan siapa? " Khai betul betul ingin tahu siapakah pujaan Amirah.

"Erk, Alamak. Eh mana ada, aku typo je lah. Sorry lah. Aku? Kahwin? Pftt, tak de lah" Amirah menayang muka bengangnya.

"Kau jangan tipu aku Amirah, aku kenal kau dah lama. Cuma aku susah nak tafsir sama ada kau suka seseorang tu atau tak? Jujur lah. Kenapa kau tak jemput aku? " Khai membuat muka simpati.

"Ehh, tak de lah aku nak kahwin dengan siapa? Aku manalah cantik macam Put tu" Amirah sengaja merendah diri. Padahal dia lagi lawa dari Put.

"AMIRAH! Jujur please".

"Eishh, ye la. Aku akan kahwin dengan Cikgu Aeril. Nah"Amirah menghulurkan sekeping kad kahwinnya ke Khai. Khai menyambut huluran tersebut. Lantas tangannya ingin membuka kad tersebut namun dihalang oleh Amirah.

"Aipp, jangan bukak sekarang balik baru kau boleh bukak.Datang tau,Putri pun ada pakai hensem hensem." Ujar Amirah.

"Okey, dah lah aku nak balik. Bye" Khai melambai ke arah Amirah. Amirah membalas lambaian dan masuk ke dalam rumah.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now