Bab 18

11.4K 288 5
                                    

Hari Sabtu hari cuti Amirah.Lagipun minggu depan Amirah dah nikah. Biasanya hari Sabtu Amirah akan  tolong Mak Unah di dapur. Datin Zatira keluar menguruskan lagi pernikahan Amirah.

Ting Tong!

"Amirah cuba pergi tengok siapa yang datang tu" Kata Mak Unah mencuit pinggang Amirah yang sedang menyusun lauk untuk makan malam.

"Adehh, Eh Mak Unah! Ish Mak Unah ni Amirah kan pantang kalau terkejut, macam mana kalau Amirah mati sebab terkejut? " Kata Amirah sedikit terkejut.

"hehehe, yela yela Mak Unah dah tak buat lagi dah. Tu kat depan ada orang datang" Mak Unah tersenyum seperti kerang busuk manakala jari telunjuknya di tujukan  ke pintu.

"Aik. Mama ke? Tapi kalau mama masuk terus. Hm yela Amirah tengokkan".

Amirah berjalan menghampiri pintu dan membukanya. Amirah mengeluarkan kepalanya dan jenguk ke kiri dan kenan.

"Aik, Mak Unah tak ada orang pun".

"Erk yeke tadi Mak Unah dengar bunyi loceng rumah sebab tu ingat ada orang ".

"Hm apalah Mak Unah ni".

Semasa Amirah ingin menutup pintu, Dia terpandang sepucuk surat di karpet luar rumahnya. Niatnya untuk menutup pintu terbantut sebab surat tersebut. Amirah membongkok untuk mengambil surat tersebut dan membaca isi luarnya.

To: Amirah
From:Your Secret Admire

'Wah tak sangka ada secret admire hehehe. 'Amirah membuka isi surat dan membacanya.

Woi betina!! kau memang tak malu ea nak rampas boyfriend orang?!! Apa? Kau gatal sangat nak kawin?! Eh banyak lagi lah lelaki yang hodoh dan gemuk tu. Semua tu untuk kau, tapi Cikgu Aeril tu aku punya!! Kau kalau rasa kau tak nak mati baik kau blah dan jauhkan diri dari Cikgu Aeril atau kau nak aku guna cara kasar untuk dapatkan dia,macam tu?! Kau sedarlah diri sikit harap je kaya tapi otak udang, nak rampas boyfriend orang. Kau ingat ea, ni last warning aku bagi kau kalau kau dekat lagi dengan Cikgu Aeril. Aku akan gunakan cara yang kasar tak kira apa pun janji aku dapat dia. Go ahead lah Amirah. HAHAHA. batak rampas boyfriend orang.

From:Diaxx..
#pandai-pandai cari aku. Hahaha.

"Aik, Minah sundal mana ni bagi surat macam ni. Dengan tak de salam lagi tiba tiba woi,macam tak de maruah dah. Tapi macam mana dia kenal aku? Aku pun tak kenal dia. Erm, nanti aku siasat tentang perkara ni" Gumam Amirah.

"Tapi kesah apa aku, aku kan dah nak kahwin dengan dia so. Apa masalah nya, hahaha you are so late dear .hahaha" Galak Amirah ketawa.

Amirah ke dapur dengan riak selambanya. Tangannya terus mencapai segelas cawan dan mengisi air kosong. Air itu diteguk rakus oleh Amirah.

Mak Unah hanya memandang dan cuba untuk mencari jawapan tetapi langsung tidak dapat kerana Amirah sudah berlalu naik ke atas.

"Sah budak ni period. Lain macam je perangai" Mak Unah menggeleng kepalanya.

Ketum!

Amirah menghempas pintu kasar. Mak Unah di dapur mengurut dada akibat terkejut bunyi kuat. Amirah menghempaskan dirinya di atas katil dan segera mengambil wudhu bagi meredakan kemarahan.

"Kenapa aku marah eak, bila Cikgu Aeril ada peminat. Adakah aku dah suka kat Cikgu Aeril tu, tapi macam kelakar lah. Mungkin aku marah sebab dia panggil aku betina je kut. Jangan pernah jatuh cinta dengan Cikgu Aeril tu. Bila dah kahwin aku akan pastikan dia akan bencikan aku" Wajah Amirah terus bertukar menjadi senyuman sinis.

Mood Amirah terus bertukar menjadi ceria. Amirah menurun tangga sambil melompat lompat. Mak Unah pelik dengan sikap Amirah yang sikit sikit marah sikit sikit ketawa macam orang gila. Oh lupa cakap Datin Zatira dengan Dato' Fazli dah balik dah. So diaorang dah boleh makan malam.

Amirah dan keluarganya makan dengan selera sekali selepas membaca doa makan. Mak Unah juga turut serta kerana Dato' Fazli pernah berkata 'Mak Unah, Mak Unah menjaga saya dari saya remaja lagi. Jadi tak pe kot kalau Mak Unah nak jadi sebahagian dari keluarga kami' itu yang sering terngiang di telinga Mak Unah.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now