Bab 13

11.4K 286 2
                                    

Bunyi muzik bergema dengan kuat. Sofea meneguk rakus air arak yang berada di atas meja depannya itu.

"Hey Babe, my lovely dear Sofea" Tegur Rai.

Sofea yang sedang mabuk terkocoh-kocoh untuk bangun. Pada hujung minggu, apabila Sofea pening dengan kerjanya dia akan datang ke sini untuk tenangkan fikirannya dan hanya melayan Rai.

Rai menarik tangan Sofea dan memasuki sebuah bilik VIP yang khas untuk melakukan perkara yang keji dan terkutuk itu.

                  -----------------

Rai memandang Sofea yang masih lagi tidur disebelahnya itu. Di amati wajah itu dengan lebih mendalam. Sebenarnya dah lama dah Rai menyintai Sofea dari sekolah menengah sewaktu tingkatan 4.

Sofea tersedar dari lenanya. Matanya digosok berkali kali untuk melihat lebih jelas. Sofea sedikit terkejut apabila Rai berada disebelahnya.

"Aduuhh ! Peningnya! " Jerit Sofea.

Rai yang berada ditepi Sofea lantas sahaja bangun dan membantu Sofea. Rai membantu Sofea sehingga di depan pintu tandas.

"It's okey, I boleh masuk sendiri " Kata Sofea.

Rai hanya mengangguk perlahan. Dia hanya membiarkan Sofea berseorang di dalam tandas itu. Dia juga tahu Sofea tengah sakit hati.

Sofea menangis teresak-esak di dalam tandas. Tanpa dia sedari ada seseorang dari luar tandas itu mendengarnya menangis. Makin kuat tangisannya apabila Rai bertanya kepadanya bahawa dia okey atau tidak.

Rai juga kasihan kepada Sofea. Dia telah fikir masak masak untuk mengahwini Sofea. Rai juga seorang yang kaya raya. Mana taknya keturunan Tengku kut.

Rai duduk di birai katil sambil memandang ke arah pintu tandas. Lantas dia berdiri apabila pintu dikuak secara perlahan. Terus sahaja kakinya bergerak ke arah Sofea yang matanya sudah sembap.

Rai mengelap sisa air mata Sofea yang masih lagi menitis.

"Sofea, why you cry baby. Please tell me dear" Tanya Rai lembut.

Sofea hanya menggeleng tanda tiada apa apa. Tapi Rai masih lagi tidak berputus asa bertanya soalan yang sama.

"Rai! Stop it!  I kata tak ada apa apa so tak ada apa apa lah! Yang You degil nak paksa I jawab ni kenapa , Rai! "Marah Sofea. Rai sedikit tergamam.

Rai hanya mampu memandang wajah Sofea.

"I nak baliklah. Parents I dah tunggu, nanti I balik lambat dia orang tanya." Ujar Sofea.

"Biar I hantar You okey babe." Kata Rai.

Sofea hanya akur dengan permintaan Rai. Segera mereka membersihkan diri dan bersiap semula untuk pulang ke rumah masing masing.

Sofea hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan pulangnya. Rai pula hanya fokus memandu kereta di atas jalan raya.

Setelah tiba di rumah Sofea, Rai memandang Sofea dan Sofea terlena. Rai cuba merapatkan mukanya ke muka Sofea. Semakin rapat semakin kuat bunyi nafas Rai. Sofea yang sedari nafas kencang terus menyedarkan diri.

Rai segera mengelakkan dirinya sikit dan berlagak seperti biasa.

"Sofea kita dah sampai kat rumah awak ni, masuklah" Kata Rai.

"Hmphh... Dah sampai ke? " Ujar Sofea sambil mengosok matanya berkali kali dan dalam keadaan mamai.

Rai hanya mengangguk. Rai keluar dan membuka pintu untuk Sofea yang sedang dalam keadaan mamai itu.

Setelah menghantar Sofea di hadapan pintu utama. Rai segera menuju ke keretanya dan melambaikan tangannya ke arah Sofea sambil memberikan senyuman paling manis untuk Sofea. Sofea hanya membalas lambaian dan senyuman lalu memasuki rumah yang bersaiz sederhana besar itu.



Hihuu. Bab ni khas untuk Sofea je lah yew. Mana yang nak baca tentang Amirah dan Aeril mungkin bab seterusnya. Insyaallah saya akan buat yang lebih sweet lagi okey. Teruskan sokong saya 😃😀😊😙

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now