Bab 33

11.8K 333 7
                                    

Kereta dipandu Aeril remuk akibat pelanggaran antara kereta dan lori. Teruk jugalah remuknya.

Aeril cedera dibahagian kepala manakala Sofea cedera dibahagian badan dan pahanya terkoyak akibat terseret diatas jalan.

Ambulans tiba ditempat dimana kejadian itu berlaku. Kedengaran siren yang makin jelas menghampiri mereka. Pandangan semakin gelap tidak nampak apa apa.

Mata Amirah membulat apabila papanya memberitahu bahawa Aeril masuk ke dalam hospital lagi tapi kali ini lagi kritikal.

Aeril masih didalam wad kecemasan dan masih dibedah oleh doktor. Setelah doktor keluar, doktor memberitahu pada Amirah dan keluarganya termasuk ibubapa Aeril. Mamanya bersyukur yang Amirah masih belum lagi meninggalkan Aeril.

"Macam mana dengan anak saya doktor? " Datin Seri cuba meminta kepastian dari doktor. Doktor mengeluh berat.

"Macam ni lah, saya mintak puan bersabar dan berdoa banyak banyak sebab mungkin dia dapat diselamatkan atau tidak itu hanya ketentuan Allah. Jadi saya cuma jalankan tugas saya sebagai doktor" Doktor bernama Irdina mula bersuara.

Datin Seri menangis apabila mendengar ayat dari doktor Irdina. Suaminya menepuk nepuk badan belakang isterinya. Ibu manalah tak sayang anak.

Amirah juga turut menangis disebalik dinding tepi wad ICU. Mamanya memandang simpati, memang mereka sudah mula mencintai. Ya Allah beratnya dugaanmu kepada anakku ini.

Hampir 2 jam keluarga Amirah disitu. Akhirnya doktor keluar bersama katil yang diduduki Aeril. "Siapa isteri Encik Aeril? " Doktor itu mula memandang Amirah dan mengajaknya ke biliknya. Amirah akur lalu mengikuti doktor Irdina.

"Sebenarnya suami awak ni.... Dia... Buah pinggang belah kiri dia rosak jadi kami mencari penderma buah pinggang yang sesuai.. Jadi saya nak tahu kalau ada orang yang sama jenis darahnya" Doktor menanyakan kepada Amirah.Ya Allah benarkah apa yang aku dengar ni. Buah pinggangnya rosak?!

Amirah mengangguk. "Saya akan mendermakan" Doktor mengangguk tanda setuju dan membawa Amirah ke bilik pembedahan.

Setelah bertungkus lumus doktor Irdina membantu keluarga Amirah. Dia meminta diri untuk ke biliknya kerana tugasnya selesai.

"Encik Aeril mungkin akan sedar nanti tapi waktu sekarang dia koma. Cuma kalau dia dah sedar,jangan bagi dia banyak bergerak, jahitannya masih baharu." Doktor Irdina berlalu pergi.

"Amirah mama papa balik dulu. Nanti makcik kamu datang tak ada orang pulak nanti" Amirah menyalam kedua orang tuanya.

Umi dan abah Aeril masih menemani Amirah. Entahlah kenapa perasaan nak biarkan Amirah dan anaknya bersendirian Datin Seri dan Dato' Jamal meminta diri untuk pulang. Amirah sekadar mengangguk dan menyalam kedua mertuanya.

"Amirah, esok kami datang lagi ya" Terang Dato' Jamal lalu beredar pergi meninggalkan Amirah.

Amirah merenung wajah di depannya. 'Hensem lagi kau ni selepas 2 tahun aku tak jumpa kau' Bisik hati Amirah.

Amirah mengenggam erat tangan Aeril dan mencium lembut. Rindunya kat kau haihh... Tapi, aku yakin kau mesti tak rindukan aku langsung.

Air jernih mula membasahi pipinya. Masih tak boleh lupa perangai juga tengkingan suaminya padanya 2 tahun lalu. Amirah tersedu sedan didalam bilik yang hanya ditemani cahaya bulan.

"Kenapa kau perangai macam tu Aeril. Kalau kau nak tahu kenapa aku jauhkan diri aku sebab aku tak kuat Aeril. Sebab aku tak tabah macam yang kau sangkakan sebab aku tak mampu nak tengok kau dengan Sofea lagi. Aeril, aku rindukan kau. I miss you my husband " Amirah memeluk suaminya.

Hari berganti hari, sudah seminggu Aeril dihospital ditemani oleh Amirah. Amirah merasa berdosa sebab dia tidak berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri. Rasa macam tak berguna.

"Amirah kami balik dulu" Datin Seri, Datin Zatira, Dato' Fazli dan Dato' Jamal berkata kemudian Amirah menyalam mereka. Hanya tinggal Amirah dan Aeril sahaja di dalam wad tersebut.

Amirah menyentuh lembut wajah tampan milik Aeril. Sesungguhnya kasih sayangnya pada Aeril hanya Allah sahaja yang tahu. Biarlah dia terluka dari hati orang lain yang terluka.

"Aeril. Bangunlah, dah seminggu kau kat sini. Kau tak rindu aku ke? Kenapa kau buat aku macam tu, aku tahu kau hilang ingatan tapi aku cuba nak ingatkan kau perlahan lahan. Aeril bangun lah" Amirah menyentuh jari jemari Aeril.

Amirah dapat merasakan jari jemari Aeril juga bergerak mengenggam tangannya. Lantas Amirah bangun untuk memanggil doktor. Aeril mencapai tangan Amirah dan meletakkannya didadanya.

"Ami... Rah, apa yang... Aw... Ak rasa ni jan... Tung saya" Aeril masih menggenggam tangan Amirah.

'Lajunya jantung dia. Adakah... Adakah Aeril pun ada perasaan macam aku? ' Desis hati Amirah.

"Aeril " Amirah menarik tangannya kembali. Amirah bangun serta mencari doktor bernama Irdina. Setelah membuat pemeriksaan Aeril akan tinggal dihospital dalam 3 hari kemudian barulah boleh balik.

'Ya Allah, syukur kau kembalikan suamiku kepadaku' Riang hati Amirah bila melihat suaminya mampu tersenyum lagi.

"Meh lah baring sebelah ni" Aeril menepuk nepuk katil disebelahnya sambil tersenyum nakal. Eeh dah kena macam tu sempat lagi nak gatal ea.

Amirah akur dan mula baring disebelah Aeril. Aeril pusing menghadap Amirah.

"Amirah, abang mintak maaf sebab abang buat sayang macam tu sebelum ni. Sumpah memang abang tak ingat yang ayang isteri abang. Abang harap ayang dapat maafkan abang. Abang curang dengan Amirah sebelum ni. Baru abang tahu yang Sofea tu jahat" Aeril menyentuh lembut tangan isterinya serta menciumnya lembut.

"Abang. Amirah maafkan, Amirah tahu. Amirah pun nak mintak maaf sebab Amirah pergi tak minta izin dari abang" Amirah makin rasa bersalah.

"Shh, abang tahu. Sebab abang kan Amirah lari. Abang yang patut mintak maaf " Aeril mencium lembut dahi Amirah. Amirah makin memeluk Aeril erat.

'Ahh. Selesanya! ' Raung hati Amirah. Aeril memeluk Amirah kembali.

"Aeril. Semalam Dania datang jumpa saya, dia kata Sofea ada plan sesuatu. Apa jadi kat dia? " Amirah mengerutkan dahi. Aeril sekadar mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Yang penting dia tak ganggu lagi dah hubungan kita" Aeril mengusap pipi Amirah. Matanya bengkak sebab menangis. Air matanya kini murah kerana seorang lelaki yang mampu membuat Amirah tersenyum dan menangis, lelaki itu adalah Aeril.

Amirah terlena didakapan Aeril. Aeril meneliti wajah Amirah. Amirah aku dah ingat memori lama kita, nanti sampai masa aku bagitahu...



Hi👋.. Macam mana bab kali ni okay tak? Kalau tak okey komen lah💬. Jangan diam je, teruskan vote dan support saya untuk buat bab baru ni. Otak blank sat, ha! 😪

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now