Bab 32

11.4K 312 2
                                    

Amirah menggosok matanya lalu pergi ke dapur untuk masak. Mujur mamanya bagi resipi masa di Amerika.

Amirah mencari cari barang dapur. Tak ada satu pun yang tinggal. "Papa ni nak suruh Amirah beli barang ke ni? Barang masak pun tak ada" Amirah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Terus kakinya mengatur langkah nak ke shopping mall. Beli barang makan jelah. Lantas Amirah mengambil kunci kereta yang tersusun kemas di dalam kotak kecil.

Amirah menaiki keretanya dan menghidupkan enjin. Terus memandu ke shopping mall berdekatan. Actually rumah Amirah tak jauh pun dengan mama dan papanya jarak lebih kurang 8km je. Dekat je kan!

Setelah tiba di tempat yang di tuju. Amirah turun dan mengunci pintu keretanya. Laju sahaja kakinya bergerak ke KFC.

Selesai sahaja memesan makanan. Amirah membaca doa kemudian menyuakan ke mulutnya belum sempat Amirah menyuakan.

"Hai Amirah " Suara itu! Suara yang Amirah benci dan paling Amirah menyampah.

"Huh.. "Amirah kembali menyuapkan makanannya.Dania tercengang dengan kelakuan Amirah.

"Kau tak pelik ke macam mana aku boleh keluar dari penjara" Dania masih cuba menarik perhatian Amirah. Amirah sekadar buat tak tahu dan teruskan suapanya terakhirnya.

"Kau ni kan! Memang tak tahu malu kan?! Dah tembak suami orang pun masih lagi kau nak tunjukkan muka kau pada aku! Ini amaran terakhir aku bagi kau... Kau jangan dekat lagi dengan Aeril ,termasuk keluarga aku sendiri! " Lantas Amirah mencapai handbag nya dan berlalu meninggalkan Dania yang masih terkulat kulat.

"Kau salah Amirah.. Aku... Aku cuma nak tolong suami kau dari permainan kakak aku je Amirah. Aku benci dengan kakak aku sendiri, sebab dia lah aku masuk penjara dan sebab dia lah aku di benci orang ramai! " Dania mendengus kasar. Terus sahaja dia keluar meninggalkan KFC.

Amirah masih mencari kedai buku yang terkenal dengan pelbagai jenis novel. Sesudah menjumpainya, Amirah masuk ke kedai tersebut dan menuju ke bahagian novel.

"Wahh! Banyaknya novel kat sini" Terujanya sampai matanya nak naik love dah. Hahaha.

Sedang dia mencari cari tanpa sengaja dia terlanggar seorang lelaki. "Auchh" Jatuh terduduk Amirah. Lelaki itu bingkas bangun dan membantu Amirah bangun.

Lelaki itu cuba untuk melihat wajah Amirah tapi Amirah masih menunduk membersihkan bajunya yang berhabuk. Amirah mendongak memandang wajah lelaki itu.

"Ae... Aeril" Nama itu... Sudah 2 tahun dia tidak menyebutnya dan sebab lelaki itu lah hatinya terluka sangat teruk. Sampai Amirah sanggup menangis tiap tiap hari demi Aeril.

"Amirah" Aeril merenung dalam mata milik Amirah. Lama dia tidak tatap wajah gadis itu. Selama ini dia memendamkan rindunya hanya melihat gambar Amirah.. cukup untuk membuat dia tersenyum.

Amirah mengambil buku yang terjatuh itu lalu menuju ke kaunter pembayaran. Aeril sekadar memerhati sehinggalah Amirah hilang dari pandangan.

Aeril terjumpa sesuatu yang tercicir dari bag Amirah. Aeril membongkok mengambil barang itu. Hm... Macam kenal je benda ni, tapi cincin apa ni? Aeril meneliti cincin itu sehinggalah Dania menghampiri Aeril.

"Ye, cik nak apa? " Aeril memandang Dania yang pendek darinya. Dania hanya menunduk. Malu nak tayang muka pada orang yang pernah ditembaknya dulu.

"Oh. Kalau macam tu saya pergi dulu lah" Aeril sudah bersiap mengaturkan langkah untuk pergi namun disergah oleh Dania.

"Err, Cikgu Aeril... Eh bukan Aeril... Hm, sebenarnya saya ada sesuatu nak bincang dengan awak" Dania masih menunduk.
Aeril mengangguk lalu mereka menuju ke kedai makan yang berdekatan.

"Apa yang penting sangat ni? " Aeril masih menyedut minumannya. Dania masih terkulat kulat. 'Nak cakap ke tak nak eh ni?' Bisik hati Dania.

"Hm, sebenarnya saya nak bagitahu yang..make sure Aeril kena hati hati sekarang ni. Sebab... Kakak saya Sofea sedang merancang sesuatu untuk jatuhkan Aeril. Jadi Aeril harus ada sentiasa dengan isteri Aeril " Dania memandang ke lantai. Aeril memandang Dania pelik.

"Haha, apa yang awak merepek ni? Cuba ulang balik.. Permainkan? Rancang? " Aeril masih pura pura tidak faham.
Dania mengangguk perlahan.

"Yaa" Dania bangun dan berlalu keluar dari kedai makan itu. Aeril masih merenung nasibnya. Adakah benar Sofea yang selama ini aku mahukan rupanya ialah seorang psycho? What the fish!

Ting!

Aeril membuka telefonnya dan mendapat masej dari seseorang yang selama ini dia tunggu.

Sorry sayang I tak boleh lah keluar dengan you 😭 - Sofea

Oh its okey -Aeril

Okey. Thanks baby, I miss you so much 😘 - Sofea

Aeril mematikan chatting antaranya dan Sofea. Aeril mendengus geram. Berani kau permainkan aku, oh rupanya kau nak hancurkan hubungan aku dan Amirah! Aku dah ingat sikit. Kau memang kejam Sofea! Kau syaitan yang bertopengkan manusia!

Tiba tiba Aeril ternampak seseorang yang sangat dia kenali. Sofea! Tapi dia dengan siapa. Aeril mengikuti pasangan itu dari belakang.

"Oh ke kedai baju rupanya" Aeril pura pura mencari baju. Topinya diangkat sedikit. Sofea memengang tangan Rai erat. Rai juga memegangnya erat.

"Wtf, kau kenal Raihan? Sofea! Aku dah agak kau pasti curang dengan aku! " Aeril mendengus kasar. Aeril mendekati Sofea dan membawanya ke dalam keretanya.

"You! Apa yang you buat ni" Sofea masih bergelut. "Kau gila Sofea, sanggup kau hancurkan hubungan aku dengan Amirah. Sofea kau tahu tak aku cintakan Amirah sangat sangat! " Aeril meninggikan suaranya.

Sofea tersenyum sinis. "So? You know my game ha? " Sofea merapatkan mukanya ke muka Aeril. Aeril mengelak sedikit. Dihidupkan enjin kereta dan kereta itu meluncur di atas jalan raya.

"Aeril! Lepaskan I lah Aeril" Sofea menggedik gedik sambil mengetuk getuk tingkap di sebelahnnya. Makin kuat jeritan Sofea, makin laju kereta dipandu Aeril.

Bumm!!

Apakah yang berlaku padanya sekarang? Sambungannya nanti... Di bab 33
Teruskan support ha! 😘 Thank you pada yang vote ❤
Thank you!

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now