Bab 27

11.3K 292 7
                                    

Sofea duduk di kerusi lembutnya, kepalanya di sandarkan ke kepala kerusi.

"Huh! Aeril. Kau dah bahagia dengan betina tak guna tu. Kau tau tak aku macam orang gila rindukan kau! Aku rasa macam nak mati Aeril, nak mati! Macam ni kau buat aku Aeril. Aku akan balas dendam dan jangan harap isteri kau yang kau sanjungi tu hidup lagi! " Jerit Sofea. Cawan di atas meja itu dilemparkan kearah pintu. Habis berkecai cawan tu.

Pengurus peribadi Sofea iaitu Zam, sekadar melihat padahal dalam hati rasa nak mati. Nasib cawan tu tak kena aku. Sofea ke pintu untuk mengutip kaca kaca itu namun disergah oleh Zam.

"Biar aku yang buat. Kau duduk je dekat situ" Zam mengarahkan Sofea. Sofea hanya akur dan dia terlena mengingatkan perkara antara dia dan Aeril.

---------------

"Mana kau nak bawak aku ni?! " Lantang sahaja suara Amirah menerjah lelaki itu. Lelaki itu hanya tersenyum dan membelokkan keretanya. Secara automatik badan Amirah pun tergolek.

Flashback*

"Aduhh, asal Aeril ni tak ambil pulak. Selalu ada je, takkan lah busy kot" Amirah menggosok belakang lehernya disebalik tudung yang disarungnya.

Tiba tiba ada sebuah kereta menghalang laluan Amirah dan dua orang lelaki memakai kod hitam mengangkat Amirah dan memasukkannya didalam kereta.

Seorang lelaki memakai penutup mulut manakala seorang lagi memakai topeng muka. Agak susah juga nak cam muka dia orang sebab dah tutup muka.

Seorang lelaki itu melekapkan sapu tangan ke mulut Amirah secara automatik Amirah pengsan tidak sedarkan diri.

End flashback*

Seorang lelaki memakai kot coklat datang menghampiri Amirah dan Pap! Mencucukkan jarum ke lengan Amirah.

"Aarhh! Sakitt. Siall!! " Jeritan Amirah tiada sesiapa yang mendengar malahan ada yang mengajuk.

"Bos, kita orang dah settle kan dia bos " Lelaki tersebut beredar apabila bosnya menyuruhnya pergi.

"Amirah Amirah. Kau yang paksa aku buat macam ni, aku mintak baik baik tapi kau buat aku macam orang bodoh. Amirah aku nak kau mati malam ni jugak" Ujar gadis tersebut tangannya menyentuh pipi Amirah lembut.

Amirah tidak terdaya, tangannya diikat. Kakinya juga diikat. Terdapat bekas bekas merah baru lepas dipukul rasanya.
Gadis itu menekan punat menelefon kakaknya iaitu Sofea.

"Lepaskan aku lah setan! " Laungan Amirah tidak dihiraukan malahan lagi kuat ketawa gadis itu. Kain dimata Amirah direntap dengan kasar. Amirah mendongak memandang gerangan yang membuat dia jadi sebegini.

"Dania! " Hanya itu yang terkeluar dari Amirah. Dania tersenyum sinis memandang Amirah. Ditangan Dania terdapat pisau agak tajam.

"Kau kalau kau bagitau sesiapa pasal hal ni. Mati kau! Malam ni jugak! " Dania merentap tudung Amirah lalu menarik rambut Amirah. Ya Allah sakitnya! Pisau yang dipengangnya diacukan ke leher Amirah. Amirah menelan air liur, kelat rasanya.

----------------

Aeril tak henti henti melirik jam. Mak aih budak ni dah pukul 7 petang pun tak balik lagi. Tanya kawan kawan dia semua tak tahu. Tanya mama, umi, papa, abah lagi lah tak tahu.

"Amirah, mana kau ni " Tanpa banyak kata Aeril terus mendapatkan kunci kereta seraya mengunci pintu utama. Karang kalau perompak masuk sia sia je aku.

Hampir sepuluh pusingan Aeril mengelilingi sekolah, kawasan perumahan, taman tetap tak ada. Ya Allah, Amirah mana kau! Raung hati Aeril. Lemahnya aku tanpa kau.

Tiba tiba Aeril mendapat masej dari Dania ianya video. Lantas Aeril mengambil telefon barunya dan membuka video tersebut.

"Ahh. Sakit Dania! Hen-tikan" Dania menumbuk dimuka Amirah dan menapar pipinya berkali kali. Aeril hanya menggumpal tangannya menahan geram dengan sikap Dania.

"Hahaha, rasakan " Tangannya masih menumbuk muka Amirah. Amirah sedaya upaya menahan sakit yang amat mendalam. Rasa boleh berlubang kot mukanya.

"Dania!!! "Aeril segera mencari kawasan yang baru dihantar Dania. Dania menarik rambut Amirah kasar, habis mukanya penuh luka. Dania tersenyum puas!

"Woi! Betina! Kejap lagi husband kau yang terchenta tu dah nak sampai! Kalau aku tahu kau nak lari.... Aku bagi kau ni... " Dania mengacukan pistol ke dahi Amirah. Amirah mengangguk tanda faham.

Aeril perlahan lahan berjalan. Dia juga telah menghubungi pihak atasan iaitu polis. Katanya ada kes culik dan cubaan hampir membunuh.

Setelah masuk kedalam satu pintu, alangkah terkejutnya apabila dia melihat Amirah betul betul dalam keadaan tidak bermaya. Matanya kuyu, bibirnya pecah, pipi dan matanya bengkak.

Aeril mendekati gadis itu. Dania mengacukan pistol kearah Aeril. Aeril mengangkat kedua dua belah tangannya. Dia memandang Dania meminta simpati.

"Heh, tak guna dah kau nak selamatkan isteri kau ni sebab dia akan mati malam ni jugak. Then bila Amirah mati kau akan kahwini aku Aeril " Dania memandang Aeril dengan pandangan menggoda seraya tangannya mengacukan pistol tepat ke muka Amirah.

"Dania... Dania... Kita settle kan masalah ni secara berbincang okey. Aku tak nak ada yang cedera kat sini" Aeril cuba menenangkan Dania.

"Diam sial! Selangkah kau kedepan aku akan tembak dia!" Pistolnya masih mengacukan ke arah Amirah. Amirah hanya menutup mata menahan resah, gementar, takut. Air matanya mula bergelinang membasahi pipi.

Aeril semakin menghampiri Dania. Dania secara tidak sengaja menarik picu pistol tu..

Bangg!

Amirah membuka matanya. 'Aik, masih hidup' Dia meraba raba tubuhnya. Memang hidup. Apabila dia memandang lantai alangkah terkejutnya Aeril yang sedang mengerang kesakitan menahan keperitan peluru yang betul betul kena pada bahunya.

"Aeril!!! " Raung Amirah sekuat hati. Dania tersenyum sinis memandang pasangan yang sweet tu. Heh menyampah!

Bang!

Amirah memerhati Dania juga terjatuh dan terdapat kesan darah pada bajunya. Di bahagian belakang badan.

"Jangan bergerak. Polis! " Jerit salah seorang polis. Konco konco Dania mula menjadi tak keruan. Ada yang lari tapi dapat ditangkap.

Salah seorang anggota pantas menuju ke arah Amirah dan membuka ikatan tali. Amirah segera menuju ke arah Aeril yang sedang terbaring lemah.

"Ami-rah ja-ga di-ri bai-k ba-ik kal-au saya ma-ti " Aeril mengusap lembut rambut Amirah lalu mengelap air mata Amirah yang masih bersisa. Amirah makin mengeratkan pelukannya.

Dua orang polis mengangkat Aeril dan Dania ke dalam ambulans. "Cik Amirah sila ikut kami kebalai" Ajakkan salah seorang anggota perempuan.
Amirah berasa bersalah mahu meninggalkan Aeril sorang sorang kat hospital itu tapi dia perlu menjadi saksi untuk kes tu.

Sofea baru tiba ditempat kejadian dan nampak Aeril, Dania didalam ambulans. What! Dania! Apa kau buat ni! Kalau Aeril mati macam mana. Sofea tanpa banyak tanya terus mengikuti jejak ambulans itu.
"Kau bodoh Dania. Aku suruh kau pukul je yang kau degil nak pakai pistol tu apasal! " Jerit Sofea didalam kereta sambil mengetuk stereng.

Amirah hanya diam seribu bahasa akibat kejadian tadi. Tak mampu untuk dia berkata kata. Amat perit rasanya, salahkah aku nak bahagia dengan cinta aku sendiri? Ya Allah dugaan apakah ini?

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now