Bab 14

12.1K 308 3
                                    

Seperti biasa masuk waktu subuh, Amirah akan bangun untuk solat subuh dan pergi ke sekolah.

Amirah menggosok matanya berkali kali. Terus tangannya mencapai tuala dan memasuki tandas.

Setelah usai solat subuh dan lengkap berpakaian pakaian unit beruniform iaitu kadet polis. Bergegas Amirah turun ke bawah untuk sarapan. Setiap kali kokurikulum unit beruniform Amirah akan selalu sarapan bagi menjaga kesihatan.

"Good Morning ma. Good Morning pa" Kata Amirah mesra.

"Good Morning Amirah" Ujar Datin Zatira dan Dato' Fazli serentak.

Satu keluarga bahagia itu sedang menikmati sarapannya dengan senang hati.

--------------

Aeril menuruni tangga satu per satu. Dia memakai baju unit beruniform nya yang baru sahaja di beli olehnya sendiri. Aeril tanpa sarapan terus menyalami uminya dan dikucup lembut dahi uminya.

"Umi, Aeril pergi dulu. Assalamualaikum."

"Hati hati ya Aeril bawa kereta tu. " Kata Datin Seri.

Setelah hilang kereta Aeril dari perkarangan rumah, Datin Seri masuk ke dalam rumah seperti biasa. Datin Seri mencapai telefon dan menekan punat satu per satu.

Tut... Tut... Tut....

"Hello? " Suara dalam telefon itu mula bertanya.

"Hello, Ira chapter one complete. Anak kau dah siap dan dah gerak belum? " Tanya Datin Seri.

"Anak aku baru gerak tadi. Hehehe nampaknya nanti kau datang rumah, terus merisik lah ye" Ujar Datin Zatira satu per satu.

Datin Seri menangguk tanda faham. Mereka memang sudah plan dari awal untuk menyatukan anak mereka sendiri.

--------------------

Datin Seri datang ke rumah Datin Zatira dengan sebentuk cincin yang ringkas tiada corak atau berlian. "Amirah memang suka yang jenis simple tak suka yang susah susah" itu sahaja apa yang Datin Zatira pernah memberitahunya.

Datin Seri hanya membuat merisiknya biasa biasa dek mengikut adat je. Datin Seri memberikan cincin itu kepada Datin Zatira. Datin Zatira menyambut huluran cincin itu dan simpannya di dalam kotak cincin semula.

--------------------

Amirah dan Putri pelik dengan sikap kawannya yang sorang ni, katanya tak ada teman lelaki. Tetiba pulak ada.

"Wei put, mana ikha dapat lelaki ni? " Bisik Amirah.

"Ntah lah Irah, kau tengok dia orang tu. Bukan main sawit lagi eak" Amirah sudah menunjukkan muka nak muntah sementara put tunjuk lidah.

"Sawit kejadah kau. Hahaha" bergema ketawa mereka berdua di kantin itu.

Zulaikha yang terdengar ketawa mereka terpaksa menghentikan perbualannya sementara.

"Haiss korang ni, tak nak tengok aku bahagia ke? " Tanya Zulaikha dengan muka sedihnya.

"Hahaha, lek lek lu ikha" kata Putri dan menyambung gelak tawanya bersama Amirah.

Nurin dan Farisya datang dengan membawa dua pinggan nasi lemak. Mereka duduk di meja sebelah Amirah berdiri. Amirah juga turut duduk dan hanya melihat mereka berdua makan.

"Ha, apa pandang macam tu. Nak mintak sikit lah tu" Farisya dah masak dah dengan perangai kawannya sorang ni.

"Hehehe, aaaaaaaa. Ammm. Sedap lah nasi lemak ni" kata Putri. Walaupun masing masing kaya. Mereka tetap jaga badan agar tidak melampau ketika makan.

Waktu rehat telah tamat. Seperti biasa hari rabu lepas rehat pasti subjek Bahasa Melayu yang membosankan Amirah. Cikgu Aeril masuk dengan cermin matanya meleret kebawah. Segera dia membetulkan cermin matanya.

Namun mata Amirah tertancap pada baju Aeril yang agak sama dengannya iaitu kadet polis. Amirah sedikit menyampah.

"Cehh sebuk jugak nak kadet polis en mamat ni. Poyo sangat "
Bisik Amirah seorang diri. Tetapi dalam fikirannya terfikir rancangan jahat. Dia tidak minat subjek Bahasa Melayu tu, jadi tak mengapalah kalau dia ke tandas dalam masa yang lama. Amirah menuju ke meja guru.

"Cikgu izinkan saya ke tandas" Kata Amirah.

Aeril hanya mengangguk tanpa memandang siapa gadis itu. Amirah keluar kelas dengan riang.

"Yeyy dapat keluar today".

Tanpa Amirah sedari ada seseorang telah mengikutnya. Lelaki itu menarik sikit bahagian belakang tudung Amirah menyebabkan Amirah terpusing memandang lelaki tersebut.

"Eish! Siapa yang tarik tudung aku ni.. Eh. Naufal! " kata Amirah.

"Hai Amirah, dah lupa aku ke? Sombong ea kau sekarang" Ujar Naufal sedikit kecewa. Naufal ialah sepupu Amirah yang paling rapat dengannya.

"Eh, tak ada lah. Mana ada aku lupa kau. "

"Dah tu tadi nak marah aku, merajuk arh cenggini" Naufal pura pura menyilangkan tangannya tanda merajuk.

"Alolololo, bende kecik pun nak merajuk. Macam budak budak lah kau" Ujar Amirah kemudian ketawa dengan galak sekali. Naufal juga turut serta dalam gelakkannya.

"Kau tak masuk kelas ke Fal? ".

"Tak, aku nak follow kau hari ni" kata Naufal.

"Bukan ke kau minat subjek bahasa Melayu? " giliran Amirah untuk tanya.

"Ya tapi aku nak tengok sepanjang waktu Bahasa Melayu ni kau buat ape" Balas Naufal.

"Ala, tak de buat apa apa lah " Jawab Amirah.

Hampir setengah jam mereka berbual. Akhirnya Naufal meminta diri untuk pergi. Amirah juga turut sama. Masing masing pergi kelas sendiri. Amirah terpaksa mendengar apa yang di ajar oleh Aeril. Aeril yang perasan kelakuan Amirah terus membaling marker tepat kena kepalanya.

Papp!

"Aduhh, sakit lah bodoh" kata Amirah. Terus dia menekup mulutnya.

"Haa, apa , bodoh? Dah lah tak fokus lepastu cakap orang bodoh. Pandai sangat ke awak ni? " Kata Cikgu Aeril sedikit menyengat.

Amirah membalas. "Yer, cikgu hampir menyebabkan saya bodoh sebab cikgu baling marker pen ni" marker pen itu ditunjuk tunjuk.

Satu kelas tergelak sakan. Nurin juga ketawa.

"Lah apasal semua ketawa dah benda betul. Apa gelak gelak ha!" Marah Amirah, mukanya juga dah berubah merah. Satu kelas ketawa kecuali Redzwan. Amirah lega kerana Redzwan tidak gelakkannya sekali.

"Aiihh, lawak lah awak ni Amirah. Haha"Kata Aeril sambil gelak bersama sisa tawanya.

Kringg!!!

"Yeah kokurikulum. "

"Suka ye kau Irah " kata Farisya.

"Ntah, tau lah etlit negara. Cewahh" Kata Nurin kemudian ketawa.

"Hahaha"Putri hanya ketawa.

Di dataran setiap unit beruniform akan beratur mengikut uniform masing masing.

Farisya, Putri, Zulaikha, Nurin dan Amirah memang kadet polis sejak tingkatan 3. Amirah memang nak masuk. Tapi dia orang sebab nak tengok abang abang kawad. Apa kejadahnye lah.

"Haiiee, macam kenal je orang tu."

"Mana, mana? " kata Putri.

"Tu" jari telunjuk ku ditunjukkan ke arah seorang lelaki.

"Aah Cikgu Aeril dia kan cikgu yang jaga kadet polis ini. Kau tak tau Amirah? " kata Farisya.

"Ooo" Itu sahaja respons ku.

Amirah pun balik ke rumah seperti biasa. Pak Lin mengambilnya dari sekolah. Amirah melambaikan tangannya kearah empat orang kawannya itu. Mereka membalas dengan lambaian dan senyuman yang manis. Sehingga menyebabkan lelaki pun cair woo.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now