Bab 39

9.9K 254 1
                                    

"Sayang, abang keluar kejap tau. Nak beli lauk. Malas lah nak masak, okey? Jaga diri tau" Pipi gebu Amirah dicium lembut.

"Yelah. Ingat ayang ni penakut ke? Ini Amirah lah. " Aeril tersenyum senget melihat keangkuhan isterinya.

"Okey lah kalau macam tu. Duduk rumah je tau, duduk je atas katil ni jaga Ika" Amirah mengangguk laju tanda faham kata kata suaminya.

"Iye. Dah dah pergi ayang lapar dah ni" Amirah menyapu bahagian perutnya yang sedikit buncit.

"Okey. Bye" Sekali lagi pipi gebu Amirah dicium. Akhirnya kereta Aeril telah keluar dari perkarangan rumah.

Tok tok tok!

"Aik, siapa pula yang datang ni. Aeril pun dah gerak" Amirah turun dari katil lalu pergi muka pintu.

Amirah terpaku melihat gerangan di hadapan pintunya. Darahnya seakan akan tersekat dari mengalir. Macam mana dia boleh muncul lagi Ya Allah!

"Amirah, tolong aku ada orang cari aku. Dia nak bunuh aku! "Sofea berkata dengan nada cemas.

"Ha! itu dia!" Tiga orang lelaki tegap mengejar Sofea dari belakang dan mencuba untuk masuk ke dalam rumah Amirah.

"Sofea cepat masuk!" Amirah juga menjadi cemas. Tanpa berlengah terus Sofea masuk ke dalam rumah Amirah.

"Terima kasih Amirah. Kalau tak ada kau, aku tak tau lah apa jadi pada aku nanti" Sofea memeluk Amirah.

Amirah sedikit terkejut diperlakukan begitu. Amirah sedang perasan apa yang berada di tangan Sofea.

"Arghh! " Muka Amirah berubah menahan kesakitan yang diberi oleh Sofea. Pisau ditangannya mencucuk bahagian belakang Amirah.

"Haha, padan muka kau! Hey pompuan! kau ingat senang senang je ke aku nak bagi Aeril aku pada kau!? " Rambut Amirah direntap kasar membuatkan darah yang keluar dari mulut Amirah menitis terkena pada bajunya.

"Ab..ang" Penglihatannya berubah gelap selepas menyebut perkataan terakhir itu.

"Jangan bergerak polis! " Polis mula mengepung setiap bahagian rumah Amirah. Sofea mencuba melarikan diri, sangkaannya meleset kerana Dania dan Rai telah menghalang laluannya.

"Tepilah bodoh! Aku nak jumpa bakal suami aku sebab isteri dia dah mati! " Sofea menengking Dania dan Rai.

Satu tamparan hangat dari Dania kepada kakaknya Sofea. Sofea terkejut dengan kelakuan adiknya. Selama ini adiknya hanya turuti apa yang disuruh oleh kakaknya. Tapi bukan kali ini, dia bertekad untuk berubah dari membuat perkara yang teruk Itu.

"How could you... " Sofea cuba meraih simpati.

Papp! 

Satu lagi tamparan hinggap dimuka Sofea. Bahang rasanya.

"Dah lah akak. Adik dah penat nak buat kerja teruk ni dengan akak lagi. Akak tau tak, sebab akak Amirah jadi macam tu akak tau tak! Amirah tu kawan Dania kak! Kawan Dania! " Akhirnya setitis air matanya menitis ke lantai.

Sofea mula berasa serba salah dengan kata kata adiknya. Memang betul apa yang dia cakap. Memang Sofea selalu suka kacau Amirah walaupun dia tak kacau Sofea.

"Adik... Akak.. Akak minta maaf.. Akak.. Tau ini semua salah akak." Tangisan Sofea menjadi perhatian orang sekeliling.

"Satu je Dania minta akak kena buat" Sofea mendengar dengan teliti permintaan adiknya.

"Serahkan diri akak pada polis.. " Sofea cuba melarikan diri lagi. Namun Aeril yang menghalangnya dari lari.

Sofea menundukkan wajahnya. Sekali sekala dia menjenguk wajah Aeril yang bengis memandangnya seperti menahan marah.

"Sofea! AKU NAK KAU SERAHKAN DIRI KAU PADA POLIS DAN AKU NAK KAU DAPAT HUKUMAN YANG BERAT! " Tegas suaranya.

Tangan Aeril mula diangkat, akan tetapi Rai menahan Aeril dari menampar wajah Sofea.

"Dah lah tu Aeril. Kau serahkan dia pada polis je, senang" Rai membisik ke telinga Aeril. Aeril menangguk faham dengan kata kata Rai.

Akhirnya Sofea menyerahkan dirinya pada polis dan dipindahkan ke hospital gila.

"Cikgu.. Eh bukan, Aeril saya mintak maaf sangat sangat sebab Sofea buat macam tu. Saya tak tau dia ada sakit mental. Lagipun dia gila.." Perkataan gila diperlahankan.

"Tak apa, aku maafkan kau tapi aku tak akan maafkan Sofea sampai bila bila! " Wajah Amirah ditenungnya.

"Erk. Tak apalah kalau kau nak kitaorang teman kan kau?.. " Rai bertanya.

"Tak... Tak payah korang boleh balik je. Aku tunggu Amirah" Aeril meraup rambutnya kebelakang secara kasar.

"K lah kitaorang balik dulu. Assalamualaikum. " Rai dan Dania keluar dari hospital.

"Waalaikumusalam".

"Siapa suami dia? " Tanya doktor yang bernama Zul.

"Saya suami dia" kata Aeril.

"Okey encik sila ikut saya" Ujar Doktor Zul.

"Isteri encik mengandung ya? " Tanya Doktor Zul.

"Ya, kenapa dengan kandungan nya? " Soalan dibalas soalan.

"Anak encik okey cuma isteri encik perlu hanya rehat sebab bukan kecil ya terkoyaknya besar jugalah. Jadi kami harap encik jaga isteri encik baik baik lah" Terang Doktor Zul.

"Baik. Doktor. Jadi macam mana dengan isteri saya?".

"Keadaan isteri awak lemah lagi cuma tak boleh banyak bergerak je lah.Jadi boleh lah saya pindahkan puan Amirah ke wad biasa? " Aeril mengangguk perlahan.

Memang dia tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Padahal dia pergi ke restoran itu sekejap je tak sampai 10 minit kot.

Aeril menyandarkan kepalanya ke dinding belakang dimana tempatnya duduk.

"Ya Allah! Beratnya dugaanmu. Adakah aku tak layak untuk berbahagia? Aku rasa aku berdosa sebab aku tak ada untuk selamatkan isteri aku. Beratnya dugaan dia Ya Allah. Moga moga lah anak aku sihat seperti bayi yang normal dan tidak ada cacat cela".

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now