Bab 36

11.6K 255 4
                                    

5 tahun kemudian

"Umi tepat tikit" Ujar Erika.

"Sabarlah mama tengah pakai tudung ni" Jawab Amirah.

"Apa kata Ika pergi panggil babah? " Erika terus meluru turun ke bawah dan menuju ke arah Aeril.

"Babah.. Umi lamat lagi lah" Ujar Ika dengan pelatnya.

"Oh. Iye ke umi lambat? " Aeril memegang bahu anaknya itu lalu membawanya naik ke kereta.

Amirah mengambil yassin dan menaiki kereta yang dipandu Aeril. Kereta itu meluncur di atas jalan raya dengan berhati hati.

"Umi.. Tite nak pergi mana? " Kata Ika. Amirah memandang wajah anaknya yang seakan akan serupa dengannya itu.

"Kita nak ke kubur nenek sayang" Amirah berkata lembut. Ika memang seorang yang ceria dan lincah sama sepertinya masa dia berumur 17 tahun. Sifat anak dan ibu memang tak akan hilang. Sentiasa serupa.

Aeril sekarang sudah berhenti menjadi cikgu dan telah bekerja dengan ayahnya. Iaitu menjadi business man di sebuah syarikat.

Amirah pula membuka sebuah butik di Amerika dan di Malaysia. Alhamdulillah sekarang butiknya dah lebih maju dari dulu.

Erika sudah berumur 4 tahun. Tak lama lagi akan bersekolah di tadika.

Setelah tiba di kawasan kubur islam. Amirah turun dari kereta seraya memimpin tangan anaknya manakala Aeril disebelahnya.

"Mama.. Amirah dah lama tak datang ke kubur mama. Amirah rindu dengan mama. Alhamdullilah sekarang Amirah dah bahagia dengan Aeril dan mempunyai seorang anak. Nurul Erika Najihah binti Aeril Zaqif namanya mama. Amirah harap sangat mama tenang dekat sana. Sekarang papa dah bahagia dengan pengganti mama. Walaupun dia baik tapi Amirah tak suka dia sebab dia rampas kedudukan mama sebagai mama Amirah tapi.. Kalau papa dah sayang dia Amirah tak boleh nak bantah. Amirah rindukan mama" Teresak esak tangisannya. Bagaikan masa berlalu terlalu pantas, cepat sangat segalanya berubah.

Aeril menyentuh lembut bahu Amirah yang sedang menangis teresak esak dihadapan kubur mertuanya. Memang dia juga rindukan ibu mertuanya juga tapi kalau Allah dah sayangkannya dulu. Kita tak mampu buat apa apa selain berdoa dan bertawakal.

Erika masih berdiri disebelah ibubapanya. Amirah dan Aeril membaca surah yassin juga surah Al-Fatihah supaya arwahnya tenang disana.

Usai sahaja baca, mereka terus berlalu masuk ke kereta. Seperti tadi Aeril memandu manakala Amirah dikerusi penumpang. Erika di kerusi belakang sedang nyenyak tidur.

"Sayang? " Aeril menjenguk Amirah di sebelahnya yang dari tadi diam. Amirah hanya memandang luar tingkap. Tak tahu nak cakap apa.

"Sayang... Jangan macam ni, diam je. Risau abang tau tak? " Aeril masih berlembut dengan isterinya.

"Hm.. " Hanya itu sahaja jawapan yang keluar dari mulut Amirah. Bukan dia mahu membuat suaminya marah tapi dia tak suka bila balik ke rumah papanya. Ye lah, dia kan tak suka dengan mama tirinya.

"Kenapa diam je dari tadi. Cuba cakap sikit" Aeril menyentuh tangan Amirah serta mengucupnya.

"Amirah cuma tak suka bila kena balik rumah papa " Amirah masih lagi merenung di luar tingkap.

"Lah.. Kan Bagus kalau cakap awal awal" Aeril tergelak sendiri. Amirah menjelingnya terus senyumannya putus.

"Assalamulaikum" laung Aeril dari luar. Amirah mendukung anaknya yang tidur lena didakapannya.

"Waalaikumusalam" Jawab Datin Syifa a.k.a ibu tiri Amirah. "Eh Amirah.. Masuk masuk" Jemput Datin Syifa. Mereka pun masuk ke dalam tanpa berkata.

"Amirah.. Balik pun" Dato' Fazli memeluk anak gadisnya. "Amirah sentiasa balik jenguk papa kan" Amirah masih cuba bergurau. Mereka selalu menjenguk Dato' Fazli sebab rumah dekat je.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now