Bab 29

11K 294 6
                                    

Keesokkan harinya, Amirah tersedar dari lenanya apabila terdengar bunyi kaca pecah. Lantas kakinya menuju ke dapur.

"Apa ni kaca pecah" Amirah mengutip kaca kaca tu. "Auchh! " kaca halus terkena pada jari Amirah.

"Biar aku bersihkan " Suara tu macam dia pernah dengar. Amirah mendongak memandang pemilik suara tadi.

"Naufal! " Amirah terkejut melihat Naufal. Tak sangka Naufal kat sini bukan jauh ke rumahnya? Hm bukan Amirah kesah pun. Janji dia ada.

"Kau pergi duduk depan dulu biar aku bersihkan kaca tu" Naufal menolak Amirah perlahan. Amirah akur dan berlalu ke ruang tamu.

Sesudahnya membersihkan kaca.Naufal mengambil peti kecemasan yang tersedia untuk mengeluarkan kaca itu. Kemudian, Naufal duduk di sofa ruang tamu bertentangan dengan Amirah.Naufal mengeluarkan kaca itu dan membalut luka.Naufal hanya tersengih memandang Amirah.

"Naufal, kenapa kau datang sini?" Amirah bosan dengan pandangan Naufal. Naufal tersengih bagai kerang busuk.

"Sebenarnya. Mak kau suruh aku temankan kau sebab suami kau tak ada kan jadi akulah mangsa dalam hubungan ni. Kesian aku " Amirah ketawa bila Naufal menggunakan ayat seperti itu.

"Kau ni tolong temankan aku ni ikhlas ke tak? " Masih tergelak dengan sisa tawanya. Naufal meletakkan jarinya didagu persis orang sedang berfikir.

"Hm... Tak kot... " Naufal memandang Amirah. Amirah mencebik seribu cm.

"Haha, yela yela. Aku ikhlas. Demi kau. " Naufal mengusik rambut Amirah. Amirah menjeling lelaki itu.

"Amirah, kau sayang suami kau tak? " Naufal mula bertanya. Amirah mengangguk perlahan. Walaupun masih baru kenal, Amirah memang cintakan Aeril sejak jejaka itu memeluknya dulu.

"Hello. Are you there? " Naufal melambai lambaikan tangannya di depan Amirah. Amirah tersedar dari lamunannya.

"Amirah, kalau kau nak bersendirian. Its okey, aku boleh je masak so kalau kau nak bersendirian kau pergi bilik kau" Naufal memandang gadis di depannya. Dah lah muda lagi, lepastu dugaan suami hilang ingatan. Memang dia kesiankan Amirah. Amirah menuju ke biliknya dan mengunci pintu.


-----------------

"Aeril makan nak " Datin Seri menyuakan bubur McD ke mulut Aeril. Aeril hanya diam membatu tidak membuka langsung mulutnya setelah mendengar penjelasan dari uminya.

'Kenapa semua orang nak aku dengan Minah senget tu! Aku benci dia aku benci dia. Aku sayang Sofea je. Dia yang tulus mencintai aku seorang! ' Raung hati Aeril.

"Aeril makan nak" Datin Seri sudah hilang sabar dengan anaknya ni. Ada juga yang kena hentak ni karang.

Setelah lama berdiam akhirnya Aeril makan juga bubur McD yang di suap uminya tadi. Jangan buat umi marah!

------------------

Amirah pergi mencari kelibat Cikgu Izzati. Setelah jumpa Amirah menerjah ke arahnya. Lek lah Amirah kamceng dengan cikgu tu.

"Cikgu.. Saya nak tarik diri dari kem tu boleh? Saya ada masalah teknikal lah cikgu" Amirah berkata sambil matanya memandang lantai.

"Besar sangat ke masalah tu? Bukan awak suka ke pergi kem? " Cikgu Izzati mula bertanya.

Amirah sekadar mengangguk perlahan. "Hm, yela nanti minta duit balik ya" Amirah mengangguk tanda faham. Cikgu Izzati pun beredar dari situ.

"Amirah jum rehat" Nurin menyentuh bahu rakannya. Amirah memandang Nurin dengan pandangan sukar ditafsir.

"Wei, ikut aku jap" Amirah menarik Nurin ke belakang sekolah dan menceritakan kisahnya dan Aeril dari A sampai Z.

"Lah. Macam mana boleh hilang ingatan ni? " Nurin memandang Amirah dengan simpati. Kesian Amirah.

"Ni semua salah Dania tak guna tu. Aku benci dia! Dia kidnap aku lepastu tembak Aeril. Aku benci dia! " Akhirnya air matanya mula menitis. Nurin menepuk nepuk belakang badan Amirah.

"Dah lah. Aku tak patut menangis lah" Amirah mengelap air matanya. Patutlah Cikgu Aeril tak datang rupanya perkara ni yang berlaku.

Setelah lama meluahkan isi hatinya. Mereka berdua menuju ke kantin seperti biasa. Macam tak ada apa apa antara mereka berlaku.

1 bulan selepas Aeril keluar dari wad hospital.

"Amirah! Aku lapar! Aku nak makan! " Aeril menjerit kepada gadis itu. Terkocoh kocoh Amirah dibuatnya.

"Tapi kan Amirah dah masak" Amirah membuka tudung saji yang berada di atas meja makan.
Wajah Aeril bertukar ceria terus mengambil pinggan dan makan.

"Wui, malam nanti aku nak keluar dengan Sofea. Aku nak kau rahsiakan hubungan aku dengan dia. Kalau Umi dengan Abah aku tahu. Nahas kau aku kerjakan" Aeril memberi amaran.
Amirah mengangguk kepala dan berlalu naik ke atas.

"Masya'allah. Kenapa dia masih sayangkan Sofea tu, lepas apa yang berlaku" Sejak akhir akhir ni Aeril kerap keluar bersama Sofea. Balik kerja selalu keluar, balik rumah malam lepastu keluar balik.

Amirah menangis sepuas puas nya di dalam biliknya. Peristiwa itu memang sangat sakitkan hatinya. Amirah bernekad untuk tinggalkan kenangan antara Aeril dan dia.

Cikguku Husbandku Where stories live. Discover now