[Chapter 2]

2.5K 283 4
                                    


Apa yang aku dah buat ni?

Yeong Nari's

Aku cepat-cepat ke tandas disebabkan jantung aku yang dah berdegup-degup kencang ni.

Oh, jantung tolonglah berhenti rehat sekejap!

"Aku dengar Taehyung masih sukakan perempuan tu."

Aku terdengar perbualan dua orang pelajar perempuan di sebalik pintu tandas. Perbualan mereka menarik perhatian aku.

"Perempuan mana tu?"

"Tzuyu."

Taehyung? Tzuyu?


Ah malas nak ambil peduli sangat tapi bukan ke budak Taehyung tu yang duduk di sebelah aku? Dia dah tak ingat aku? Budak lelaki yang selalu tolong aku semasa aku di tadika asuhan. Dia ex-crush aku atau masih sampai sekarang.



+ + +

"Saya dengar khabar kamu ni bisu, betul ke?" soal Cikgu Song Hye Kyo pada aku.

Aku mengangguk laju lalu memandang anak matanya yang cantik itu.

"Abaikan mulut orang tau? Tunjukkan yang kamu pun ada kelebihan.Cikgu tahu kamu kuat. Jadi, berusahalah ya?" nasihat Cikgu Hye Kyo pada aku.

Aku mengukirkan senyuman manis dan mengangguk sekali lagi. Setelah itu, aku mengorak langkah untuk keluar dari bilik guru.

Namun, tanpa aku sangka, aku terpijak kulit pisang yang bertaburan di atas lantai. Badan aku mula hilang daya imbangan lalu aku jatuh terjelopok dan berlanggar dengan seseorang.


Budak perempuan tersebut bangun membantuku. Aku mengerling tanda namanya.

Tzuyu

Macam pernah dengar nama tu. Tanpa berlengah lagi, aku meminta maaf dengan membongkokkan badan aku 90 darjah. Dia menghulurkan aku tangan untuk membawa buku latihan yang Cikgu Yoongi suruh.

Baiknya dia. Mesti ramai lelaki suka dia kan? Aku dapat tengok ramai lelaki yang memandang ke arah sebelah aku ni. Dah agak, orang secantik dia mesti akan dipandang.


Setibanya sahaja di kelas aku, semua orang terkejut melihat tzuyu membawa buku latihan untuk aku. Aku menjongketkan keningku. Ada yang berbisik seperti mengumpat. Diam boleh tak? Asal nampak muka aku mesti nak mengumpat. Takde kerja ke?


Aku ambil semula buku-buku tersebut dia terus ambil balik dan tawarkan untuk letak atas meja aku. Pelik betul. Tapi aku tetap mengangguk dan membiarkan dia berbuat begitu.


Tzuyu terus letakkan buku tersebut di atas meja aku. Dia memandang Taehyung dengan muka yang sayu.

Taehyung berpaling sebentar ke arah Tzuyu. Namun hanya jelingan yang dihadiahkan buat gadis itu. Aku tengok, Tzuyu ni dah senyum sampai ke telinga. Taehyung berpaling sekali lagi ke arah aku lalu memanggil aku.

Aku berjalan ke arahnya. Sempat aku melihat muka Tzuyu yang nampak masam. Sah, mesti mereka berdua ni yang aku dengar sewaktu dalam tandas tu.

Taehyung meminta aku supaya duduk di sebelahnya. Aku ikutkan sahaja. Wajah Tzuyu yang nampak sedikit hampa itu buatkan aku serba salah ingin duduk di sebelahnya. Kenapa dengan mereka berdua ni?


"Tolong jaga dia elok-elok untuk saya" tiba-tiba dia berbisik halus di telingaku.

Aku meneguk kasar air liur sendiri dengan perasaan yang mengelirukan. Kenapa aku pula yang kena jaga dia? Dia tu baby ke? Atau aku ni babysitter dia?


TBC

Some days are just bad days, that's all. You have to experience sadness to know happiness, and I remind myself that not every day is going to be a good day, that's just the way it is!☔

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now