[Chapter 8]

1.9K 214 9
                                    


Bwi's

Aku mengetap bibir aku. Perlu ke tak eh aku cakap kat dia? Kau tahu dia tak sesuai lagi untuk cakap pasal hal ni. Dan pastinya dia akan mula jauhkan dirinya daripada aku bila benda ni terbongkar.

Okay, jadi pertama sekali aku kena pancing dia dulu.

"Aku datang untuk tolong kau lah.Haha. Apa lagi? Lembap lah kau ni." 

Serius, aku tak tahu kenapa tapi aku suka sangat sentuh rambut perempuan ni. Dia buatkan aku ingat masa aku kecil-kecil dulu dengan dia tapi sadisnya, dia tak pernah kenal siapa aku.

Flashback 13 tahun lalu,

Sewaktu  berumur 5 tahun ...

Seorang budak perempuan sedang menangis di satu sudut taman. Bwi mendekati budak perempuan tersebut.

"Awak, kenapa ni?" Bwi yang tua dua tahun daripada Yeong Nari menyoal.

"Coklat saya, d-diorang dah a-ambil." rengek Nari dengan air mata yang sudah berlinangan. 

"Takpe ... saya akan ambikkan tau?"

Bwi bangun dan berlari ke arah sekumpulan budak lelaki yang sedang bermain di atas gelongsor.

"Hoi, budak jahat! Cepat bagi balik coklat!" jarinya telunjuknya menunjukkan ke arah coklat yang mereka pegang.

Namun mereka hanya tergelak. Bwi terus memegang kolar baju salah satu ahli kumpulan kanak-kanak itu.

"Aku cakap bagi balik! Kau tak faham bahasa ke!"

"Berlagak hero ya? Okay, kita lawan. Kalau kau menang kau ambik, kalau kau kalah ... coklat dan badan kau lunyai hari ni." kata kanak-kanak itu dengan senyuman sinis.

Akhirnya pertarungan itu dimenangi oleh Bwi dengan begitu mudah. Dia menyerahkan coklat tersebut kepada Nari.

"Nah, untuk awak."

Nari menangis semula. Dan Bwi mula gelabah.

"Hei, kenapa nangis balik ni? Kan dah ada coklat kat tangan awak."

"A-awak dah luka banyak s-sebab saya ... Terima kasih, hiks."

Bwi meyentuh lembut rambut Nari sambil tersenyum.

"Tak apa. Tae akan lindungi awak buat selamanya."

"Kalau Tae mati?"

"Saya akan jadi fallen angel untuk lindungi awak,mungkin awak lupakan saya. Tapi, saya takkan pernah lupakan awak buat selamanya."

"Janji?"

"Ya, janji!"

Sejak haritu mereka tak pernah berjumpa kembali kerana Bwi dikatakan telah meninggal dunia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sejak haritu mereka tak pernah berjumpa kembali kerana Bwi dikatakan telah meninggal dunia.

Flashback ended

"Bwi, kau ok? Mengelamun sampai mana tu?"

Lamunan Bwi tiba-tiba terhenti.

"O-okay jer. Ah tak payah sibuklah kau!"

Nari memandang wajah aku sambil tangannya menyelitkan sebahagian rambut ke belakang telinga. Perbuatan tu sama macam dulu.

Aku dah mati jadi aku tahu, yang aku takkan kekal selamanya bersama dia.

Apa BTS WINGS akan buat eh kalau aku tak bawa balik misi aku?

Cepat-cepat aku hilangkan diri dari situ.

* * *

BTS WINGS HOUSE

"Hyung, kalau Bwi tak bawa balik misi tu macam mana?"

"Kau nak mampus ke Bwi?"

"Aku tak sanggup."

"Kalau dia tak mati kat tangan kau, dia akan mati kat tangan orang lain. Ramai lagi yang cuba bunuh dia. Dia istimewa, Bwi."

Aku mengeluh kasar. Maafkan aku Yeong Nari.

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now