[Chapter 6]

2K 238 7
                                    


Dua hari kemudian,

"Nari.. Teman pergi beli burger kat kantin please.. "

Seorang perempuan berambut keperangan terus menarik lengan Nari menuju ke kantin. Nari hanya mengikut tanpa membantah.

Selesai membeli burger, mereka menuju ke kelas 5-2. Tiba-tiba Tzuyu melangkah ke arahnya sebaik sahaja Nari melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Nari."

"Ya?" jawab Nari dalam hati.

"Aku nak minta tolong kau boleh? Hantarkan kertas kerja dalam kotak ni kat bilik stor. Boleh la weh. Aku ada kerja dengan Cikgu Yoongi ni pasal hari sukan. So, aku harap kau boleh tolong aku. Satu lagi, kau pergi dengan Taehyung tau? Aku banyak sangat kerja. Sorry." Tzuyu terus berlari menuju ke arah pejabat meninggalkan Nari yang terkebil-kebil.

Nari menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejurus kemudian, dia mengangkat kotak tersebut dan menghayunkan langkah ke meja Taehyung. Dia melekatkan sticky note pada meja Taehyung.

Tzuyu minta awak teman saya pergi bilik stor. Tapi, saya tak tahu bilik tu kat mana. Boleh tolong saya?

Dia membaca ayat pada sticky note itu lalu tersenyum. Taehyung menawarkan dirinya untuk membawa kotak yang agak berat itu. Wajah gembira Nari dipandangnya.

Mereka masuk ke dalam bilik simpanan itu. Nampaknya memang bilik simpanan ini amat berhabuk dan dipenuhi barang lama. Mereka meletakkan kotak yang berat itu bersama-sama di atas Almari.

Akibat kecuaian Nari sendiri, kakinya tergelincir kerana berdiri di atas kerusi yang rosak lalu badannya hilang imbangan.

Nahas sahaja dia hampir terjatuh namun sempat di sambut oleh Taehyung.

"Kau ok?" soal Taehyung dengan suara yang serak basah itu.

Wajahnya didekatkan dengan Nari agar dia dapat melihat dengan jelas wajah Nari yang samar-samar kerana bilik stor tersebut sedikit gelap.

Pantas sahaja Taehyung melepaskan tangannya daripada terus memeluk erat pinggang Nari apabila sedar gadis itu tidak selesa.

"Maaf." katanya sepatah.

Nari hanya diam walaupun pipinya dirasakan amat berbahang ketika ini.

Nari's


"Bwi?" Aku menekup mulutku apabila Bwi berdiri di belakang Taehyung tanpa lelaki itu sedari.

"Kau tengok apa?" soal Taehyung.

Aku hanya menggelengkan kepala. Kotak tadi telah Taehyung letakkan di atas Almari.

Tiba-tiba Bwi muncul di sebelah aku. Gila! Suka sangat kejutkan aku. Nasib baik tak sakit jantung.

Bwi kenyitkan matanya ke arah aku. Aku mengangguk. Oh, aku dah faham. Aku kena luahkan perasaan pada dia.

Tanpa berfikir panjang, tangan Taehyung diraih lembut oleh aku.
Aku cuba untuk berkata sesuatu. Namun belum sempat aku cuba menyampaikan perasaan aku, dia memotong terlebih dahulu.

"Tzuyu dah tunggu tu. Sorry ya? Aku kena pergi dulu."

Dia terus berlari meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik stor.

Dia tak suka aku kan? Jadi kenapa aku bodoh sangat mengharapkan cinta dia?

"Jangan pernah putus asa." Bwi menarik aku dalam dakapannya lalu diusapnya kepala aku dengan lembut.

Taehyung, kenapa kau buat aku macam ni? Aku sepatutnya sedar diri.

"Ish kau ni lembiklah. Sikit pun dah nak nangis" Dia menyapu bersih air mata aku yang mengalir di pipi sambil merenung aku dengan ekspresi muka yang sukar untuk ditafsirkan.

"Jangan menangis sebab aku tak suka." bisiknya perlahan.

Aku mengangguk lemah.

TBC

Don't worry about breaking me or making me sad because you can't break something that is already broken and sadden someone who is already sad. 💛

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now