[Chapter 10]

2K 196 2
                                    


Bilik tahanan :

"Nah."

Sebungkus kimbap diletakkan di hadapan Nari. Nari hanya merenung kosong makanan tersebut.

"Kau kena makan kalau nak hidup. Faham?" Chanyeol berkata lalu berjalan pergi.

Nari yang sedang memeluk lututnya itu terus mengambil bungkusan Kimbap yang diberi oleh Chanyeol. Dia makan dengan lahapnya. Tanpa sedar, setitis air jernih sudah mengalir di pipi jernihnya.

* * *

"Hyung!" jeritan Bwi begitu kuat sehingga mengegarkan rumah BTS.

Suga lekas berlari ke arah punca bunyi suara tersebut.

"Kalau suara tu dah macam mangkuk, jangan jerit boleh tak? Ganggu hyung tidur betul!" Mata Suga terjengil memandang Bwi.

Bwi mencapai kolar baju Suga. Dirinya terlalu resah ketika ini.

"H-hyung. Nari kena culik!" lirihnya perlahan.

Suga segera merentap kasar tangan Bwi daripada terusan mencekup kolar bajunya.

"Kau kena terima padah atas apa yang kau buat huh!"

Suga berlalu pergi meninggalkan Bwi keseorangan. Bwi mengeluh kasar. Otaknya cuba memerah idea yang bernas.

"Macam mana?"

Tiba-tiba ideanya muncul. Dia mengambil sebentuk cincin dan meletakkan cincin tersebut ke dalam poket seluarnya. Dengan kekuatan yang dia miliki, dia cuba mencari susuk tubuh Nari. Dia tersenyum senget apabila terlihat kelibat gadis itu.

"Gotcha!" dia tersenyum.

* * *

"Kau buat apa ni chanyeol?" Suara Nari cemas apabila Chanyeol memasukkannya ke dalam ruang perbaringan yang dilitupi kaca seperti cerita dongeng zaman dahulu iaitu Snow White.

"Bunuh kau," jawab Chanyeol bersahaja. "Malangnya Bwi tak dapat nak jaga kau elok-elok. Kau ni tak hargai satu pun usaha dia untuk lindungi kau."

Chanyeol mengambil pisau yang telah disediakan dalam dulang emas. Dia menjilat pisau tajam itu lalu disuakan pula ke bibir Nari.

Zapp

Darah mula mengalir keluar perlahan-lahan dari bibir gadis itu. Nari mengerang kesakitan menahan pedih akibat bibirnya dicederakan oleh Chanyeol menggunakan pisau.

"Darah kau sedap." Chanyeol berkata selamba lalu mengambil sebahagian darahnya lalu dititiskan ke atas bunga Lily.

Hanya satu lagi langkah sebelum Baekhyun pula mengambil alih tugasnya untuk membunuh gadis ini melalui upacara pemujaan.

Namun, belum sempat dia bertindak sudah ada satu tumbukan padu yang tepat mengenai jantung Chanyeol.

"Argh!" Dia mengerang kesakitan. Telapak tangannya diletakkan di dadanya.

Dada Bwi berombak-ombak. Terasa mahu pecah pembuluh darahnya melihat Chanyeol mencederakan haknya.

"Don't you ever touch this girl!" suara Bwi lantang kedengaran. Nadanya lebih tinggi daripada kebiasaan.

Sayapnya yang berwarna hitam itu tiba-tiba muncul membuatkan Nari dan Chanyeol tercengang.

"Dah lama aku tak bunuh orang." Bwi tersenyum sinis.

Dirinya seakan berubah tiba-tiba.Pisau yang terjatuh di atas lantai Bwi apungkan untuk menyerang kembali Chanyeol.

"Jangan!" jerit Nari lalu tangannya yang kecil itu menahan pisau tersebut daripada mencederakan Chanyeol.

Bwi bagaikan tersedar daripada pukauannya. Serta-merta dia terus terbang menuju ke arah Nari yang sudah rebah di atas marmar permata itu.

Tubuh Nari yang lesu tidak bergerak itu dipeluknya erat. Tangannya tidak lepas daripada memegang pipi Nari.

"Kau!" matanya kini bertukar merah semula dengan ekspresi wajah yang menakutkan.

Chanyeol terketar-ketar lalu menelan air liurnya sendiri.

Gulp.

"Jangan, Taehyung." sempat Nari berbisik lemah sebelum dunianya gelap.

TBC

.

.
.
.
.
.
.

Nak tengok rupa taehyung masa dia marah?
Tengok media di atas. 😱

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now