[Chapter 20]

1.3K 143 14
                                    

"Maaflah aku lambat. Aku menyusun sepuluh jari mohon beribu ampun jika aku ada buat salah silap kat kau."

Aku tersentak seketika. Wajahnya yang kacak itu aku pandang.

"Aipp, ayat mana pulak kau ambik ni?"

Bwi menayangkan sengihannya yang comel,"Radio yang kau kata buat loyar buruk tiap hari tu lah."

Fulamak, patut pun. Radio tu memang ada masalah dengan aku pun. Dengar jer nama radio tu, terus aku naik angin satu badan.

"Huh, dah la tu. Jom, masuk,"

Aku menghulurkan tiket di kaunter jualan. Bwi pula sejak tadi pandang belakang.

"Kau pandang apa tu?" soalku.

Aku rasa macam tengah date sekarang ni. Walaupun dia
fikir ini bukan date, biarlah sebab dia tu bengap sangat.

"Err..." Bwi menggaru belakang tengkuknya sambil menggigit sedikit bibir bawahnya. "Aku datang dengan kawan-kawan aku." ujarnya lagi.

Tiba-tiba daripada belakang Bwi, muncul 6 orang lelaki. Semuanya tampak kacak apabila mengenakan baju polos.

Aduh, wahai hati. Kau bersabarlah ya? Biar betul Si Bwi ni. Musnah harapan aku. Wajah aku yang tersenyum tadi bertukar masam.

"Hi, saya jungkook."

"Saya jimin comel!"

"Yow wassup aku yoongi."

"Hoseok kuda!"

"Namjoon a.k.a. Rap Monster!"

"Jin pinky pinkish!"

Oh tuhan, kenapa diaorang ada kat sini?

Aku terus berjalan mendahului mereka yang nampak sangat teruja. Macam first time datang sini pula.

"Nak naik tu!"

"Ni yang ni!"

"Owemji.. Pinkeu.. Patung barbie la!"

"Kebabian apakah yini?"

"Wuu~hye girls!"

"Noona... pinggan dah retak, nasi dah takde, kalau dia dah taknak,saya kan ada."

Aku menggelengkan kepala melihat gelagat mereka ni. Macam budak-budak pula.

Tangan aku diraih lembut oleh seseorang. Bwi menghadiahkan aku sebuah senyuman manis.

"Aku nak bawa kau kat satu tempat ni."

Aku mengangguk lalu membuntuti sahaja langkahnya.
Rupa-rupanya dia nak ajak aku naik ferris wheel.

Aku pun join je lah sebab dah lama jugak aku tak naik benda ni.

Selesai masuk, ferris wheel tersebut semakin bergerak naik ke atas. Aku agak gayat sebenarnya. Mataku dipejamkan semahunya.

"Takpe... aku ada kat sini." dia menenangkan aku.

Aku menarik nafas panjang lalu duduk berhadapan dengan tempat Bwi duduk.

"Kau tahu kenapa aku bawa kau kat sini?" Bwi memecahkan keheningan suasana.

Aku mendongak memandangnya lalu menggelengkan kepala.

"Sebab dulu aku ada kawan Jepun namanya Yuki. Dia cakap kalau kebanyakan orang jepun nak luahkan perasaan dia ajak masuk ferris wheel dan luahkan perasaan kat situ. Kalau kiss kat situ, cinta diorang akan berkekalan buat selamanya."

Aku terpempam. Perasaan ingin tahu kini meluap-lupa dalam batin aku. Dia nak luahkan perasaan kat aku ke?

"Tapi bukan itu maksud aku bawa kau ke sini. Tinggal 1 bulan sahaja lagi sebelum tarikh penentuan hidup mati kita. Sama ada kau atau aku yang mati,"

Mata aku mula terasa panas. Cecair jernih sudah bertakung di  Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatiku.

"Jadi dalam masa 1 bulan ni..." dia menarik nafas panjang.

"Jom date dengan aku. Hanya 1 bulan sahaja, let's love each other."

Apakah? Betulkan apa yang aku dengar ni? Dia cakap jom cintakan satu sama lain kan?

"With lies.Aku tak cintakan kau. Jadi, aku akan pura-pura cintakan kau. And now it's almost time for this dream to end."

Senyuman aku yang tadinya mekar kini mati. Bibir diketap menahan rasa. Jadi betul lah kau tak cintakan aku pun? Kau cuma kesiankan aku? Tapi kenapa?

By the way, sekarang dah nak malam... mungkin dalam pukul 7 malam?

Aku menghelus nafas, "Bwi. Aku terima. Aku akan jadi girlfriend kau selama 1 bulan ni. Puas hati kau?"

Dia tersenyum mendengarkan jawapan aku. Amboi, suka nampak? Macam mana lah senyuman dia dah cukup memaniskan teh hijau tanpa gula eh?

"So, this is our first—"

Tanpa menyambung kata-kata dia, Bwi menarik aku masuk dakapannya lalu tangannya memegang lembut leher aku. Bibirnya yang mungil itu bersentuhan dengan bibir aku. Lembut dan terasa hangat.

Serentak itu, bunga api pun muncul di langit malam.

*pichuu (sound effect ,😂)

Aku harap saat ni boleh berkekalan. Just a little bit more time.

"Our first and maybe last kiss." dia menjarakkan wajahnya.

Last kiss?

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now