[Chapter 13]

1.4K 164 0
                                    

Nari's


"Nari, Cikgu Yoongi panggil kau!"

Aku terus menuju ke bilik guru selepas Daehwi memberitahu bahawa Cikgu Yoongi yang memanggil aku.

Setibanya menapak di bilik guru, aku melihat Cikgu Yoongi yang sedang memeriksa markah peperiksaan kami. Muka tu mat aih, serius sangat.

Aku beranikan diri untuk mara ke hadapan. Cikgu yoongi yang masih tak perasan akan kehadiran aku mengeluh.

"Kenapa ibubapa diorang susah sangat nak hadir festival muzik ni" Cikgu Yoongi mengeluh kasar.

Ketika itu barulah dia berpaling ke arahku yang sedang berdiri di sisinya. Dia membuang kaca mata yang dipakainya lalu diletakkan di atas meja kerjanya. Kopi pekat itu disisipnya sedikit.

"Sebenarnya cikgu panggil sebab nak minta tolong awak ni."

Aku mengangguk dengan laju lalu dia ketawa kecil. Ha, kan comel jer kalau ketawa macam tu cikgu. Ini tak muka asyik masam 24 Jam. Tidur pun agaknya mimpi anak murid dapat markah rendah dalam exam.

"Cikgu nak kamu jadi watak utama untuk persembahan muzikal kelas kita."

Aku tergamam sejenak. Are you kidding me? Terus aku geleng kepala laju tanda protes akan permintaannya.

"Sebab awak punya karakter yang sesuai untuk watak ni,"

"Mana tahu, awak akan jumpa apa yang awak cari selama ni?"

Aku diam. Betul lah apa yang cikgu cakap,

Aku pandang dunia ni gelap dan suram. Aku fikir tak perlu untuk hidup dengan orang lain selagi aku masih selamat dalam lapisan dalam 'telur'. Aku tak pernah tahu yang kalau 'telur' tu pecah atau meletup, saat itu aku nampak dunia sebenar yang indah.

Tapi mampukah aku pecahkan telur tu?

Atau

Aku kekal dalam sumpahan tu selamanya?

Aku bingung.

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now