21

789 74 9
                                    

7 Bulan kemudian

" Doktor !! Doktor !! " panggil puan kim dengan pantas .

Doktor Park segera berlari anak menuju ke wad taehyung . Dia mengambil steteskop lalu memeriksa degupan jantung taehyung .

" Syukur .. Dia dah sedar " katanya .

Puan kim iaitu ibu tiri taehyung dan suaminya melonjak gembira . Begitu juga adik beradik tiri taehyung yang lain .

Taehyung membuka perlahan matanya . Dia memerhatikan segenap ruang yang ada . Hatinya terdetik untuk bercakap tapi dia langsung tidak punya tenaga untuk mengeluarkan suara .

" Anak omma ni rehat banyak-banyak tau ? Jangan fikir banyak benda . Omma nak kamu rehat sampai kamu sembuh "

Puan Kim mengusap rambut anaknya dengan lembut . Dia tahu dia tak boleh bagitahu taehyung tentang Nari , takut-takut taehyung akan bertindak di luar kawalan .

Taehyung cuma mengangguk .

Dari hari berlalu kepada minggu dan dari minggu berlalu kepada bulan .

Setelah menghabiskan masa hampir 1 tahun di hospital , taehyung akhirnya dibenarkan untuk keluar dari hospital .

Tak pernah satu kali pun dia mereka sekeluarga khabarkan berita tentang kematian Nari pada taehyung dan waktu yang mereka tunggu telah tiba .

Kereta mewah tersebut diparking elok di hadapan rumah mewah puan kim . Taehyung keluar bersama tongkat barunya .

Disebabkan kakinya hampir hancur , doktor dapat membaiki sebahagian sahaja dari kakinya . Dia terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan .

" Macam mana , ok tak tae ? "

" Nae , omma . Tae rasa lebih dari sihat dah ni "

" Baguslah . Kalau macam tu omma masuk dulu . Kamu duduk la dulu kat bangku tu , nanti omma suruh bibik hantar makanan kat kamu "

Taehyung mengangguk lalu mempercepatkan langkah untuk duduk di atas bangku .

Tak lama kemudian dia terpandangkan tanah yang kelihatan tidak rata seperti ada sesuatu yang disembunyikan dalam tanah itu .

Taehyung berjalan bersama tongkatnya menghampiri longgokan tanah itu .

Dia mengambil glove berwarna hitam dari poketnya lalu memakainya . Setelah itu , dia mengorek sedikit tanah tersebut .

Lama kelamaan muncul satu kotak seperti harta karun berwarna kuning dari dalam lubang tanah itu .

Taehyung mencari-cari kunci tersebut . Tiba-tiba mindanya teringat akan rantai kunci yang dipakainya .

" Ini ke kunci tu ? "

Lantas dia membuka mangga yang dikunci tadi menggunakan kunci yang berada di rantai lehernya .

Klakk !

Peti mini itu terbuka lalu keluarlah kepingan gambar polaroid .

Tangan taehyung terus menggigil . Ini kan gambar perkahwinan dia dan isterinya .

Dia terus mengambil peti tersebut dan berjalan pantas masuk ke dalam rumah agam keluarga kim .

" Eomma .. Appa .. Apa semua ni ? Mana Nari ? Kenapa dia takde ? Dia pergi mana hah ? Semua orang tipu tae eh ? "

Puan Kim dan suaminya bergegas menuruni anak tangga .

Taehyung membaling tongkatnya ke tepi lalu dia terus rebah kerana kakinya tidaklah sekuat mana .

Air mata membasahi pipinya .

" Maafkan kami tae . Eomma takut kamu .. T-tak sedia terima semua ni . N-nari dah pergi tinggalkan kita "

Taehyung meraung semahunya . Puan kim menepuk lembut bahu anaknya . Peti harta karun itu dipeluk oleh taehyung dengan kemas .

+++

Nari POV

Nama aku Lily .

Walaupun aku sendiri tak kenal diri aku tapi aku bahagia dengan hidup aku .

Walaupun .. Aku ibu tunggal , aku yakin aku boleh tampung kos hidup aku dan hyunnie .

Masa lalu biarkan berlalu .

Aku bukan lagi puan kim walaupun aku sendiri tak kenal siapa suami aku .

Welcome to the reality , lily .

TBC ❤

+ vote
+ comment

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now