[Chapter 7]

2K 213 39
                                    


"Kau jangan nak sibuk boleh tak? Blah."

Nari melangkah keluar dari bilik stor tersebut dan Bwi terus  menghilang.

* * *

"Weh, Nari! Kau nak tahu sesuatu tak?" Tzuyu datang ke arahnya lalu punggugnya dilabuhkan di atas kerusi di hadapan Nari.

Nari menganggukkan kepalanya tanda ingin tahu. Rambutnya tadi yang diikat kemas kini dibiarkan lepas. Rimas.

"Semalam, Taehyung datang tolong aku. Ah, gembiranya!" Tzuyu berkata dengan nada ceria.

Muka Nari yang sedia monyok itu  bertambah monyok namun cuba disembunyikan sebaik mungkin di hadapan Tzuyu.

"Erm, actually, semalam aku pengsan sebab banyak sangat buat kerja kat padang sekolah. Waktu aku bangun, aku dah ada dalam bilik kesihatan. Jadi aku cuba tanya pelajar lain dan diaorang kata Taehyung lah orang pertama yang cemas dan tergesa-gesa untuk angkat aku. Weh, kau tahu tak hati aku ni rasa macam nak meletup jer sekarang!" ujar Tzuyu panjang.

'Tzuyu, aku minta maaf sebab aku pun minat dia juga.' gumam Nari di dalam hatinya.

"Ah, baru aku ingat. Ini borang untuk penyertaan kelab. Aku tolong ambilkan untuk kau,"

'Eh, aku dah masuk kelab usahawan haritu. Jadi kenapa dia bagi lagi borang lain untuk aku?' bisik Nari di dalam hati.

Tzuyu yang seakan faham terus berkata, "Kita boleh masuk dua kelab lah kat sekolah ni. Nah."

Huluran kertas itu aku sambut bersama senyuman tipis.

'Kenapa aku tak boleh benci kau tzuyu?'

Nari menundukkan kepalanya tanda terima kasih kepada Tzuyu.

"It's okay, kau kan sahabat aku."

Tzuyu tersenyum lalu berlari ke arah tempat duduknya apabila Cikgu Yoongi savage datang mengajar matapelajaran Inggeris.

Nari's

Sahabat? Kenapa kau layan aku baik sangat hah? Kau buat aku makin terluka tau.

* * *

"Nari, meh la aku tolong kau bawakan buku tu. Banyak sangat kot untuk kau bawa sorang-sorang."

Taehyung cuba mengambil sedikit buku latihan dari tangan aku. Aku terus menepis kasar tangannya. Wajahku turut mempamerkan riak marah.

"Janganlah macam ni, aku tak suka!" bentak Taehyung tiba-tiba.

Ah, kenapa dia selalu cakap macam tu? Dia memang takde perasaan kat aku pun kan? Jadi kenapa dia perlu layan aku baik sangat?

Fikiran aku menerawang jauh tanpa sedar separuh buku latihan untuk dibawa ke bilik guru telah lesap diambil Taehyung.

Dia memang tak reti faham bahasa manusia eh? Geram pula aku. Ah, aku patut abaikan sahaja dia.

"Nari," sapaan itu membuatkan aku makin laju menghayunkan langkah.

"Nari," kali ini panggilannya begitu lembut dan merdu.

Jantung aku berdetak laju. Namun aku tetap tidak menghiraukan dirinya yang berjalan di belakangku.

Aku berlari sekuat yang mungkin,  meninggalkan Taehyung.
Perlu ke layan aku elok-elok kalau kau anggap aku ni nothing?

Tanpa aku sedar, sekarang tepat pukul 3 dan kaki aku sudah melangkah ke arah bumbung sekolah.

3:00 p.m.

Bamm!

"Auch!" aku menggosok lembut kepala aku disebabkan perlanggaran dahi.

"Kau nak mati ke?" Bwi menjentik kuat kepala aku.

Pantas aku merenungnya tajam lalu rambut warna hitam itu ditarik kuat olehku.

"Woi, kaulah penyebab aku jadi macam ni!" jeritku lagi.

Bwi pula menjerit kesakitan, "Hoi, sakitlah mangkuk ayun!"

"Kenapa kau buat aku macam ni hah?" soalnya lagi.

Kami bergelut sehinggakan berguling di atas lantai dan yang paling memalukan adalah apabila aku terduduk di atas Bwi.

Cepat-cepat aku bangun dari atas badannya namun lengan aku ditarik menyebabkan aku terjatuh semula di atas badannya. Deruan nafas hangatnya terasa. Aku memandang matanya yang seakan pernah dilihat itu.

"Kau memang nak cabar aku, eh?" soal Taehyung dengan senyuman sinis menghias wajahnya.

Bibirnya yang mungil itu mendarat di atas bibirku. Lembut dan—jantung aku berdegup-degup kencang.

Ciuman itu cuma bertahan beberapa saat. Dia menolak wajahnya menjauhi aku.

"Byuntae!" jeritku sambil mengelap bibir yang dirasakan hangat itu.

Tak mungkin, dia dah curi ciuman aku? Dia suka aku ke?

"Bagi kitaorang kiss tu tak bermakna pun." jawab Bwi yang seperti dapat membaca fikiran aku yang sengal ni.

"Tapi tu first kiss akulah wei! Aku nak simpan untuk orang lain, bukan kau!" jeritku lagi.

Kepalaku disembamkan di atas lutut.

"Suka hati kaulah budak. Yang kau kiss ni pun berharga tau. Siapa suruh kau nakal sangat kan tadi?Kalau nakal lagi aku anggap kau nak aku kiss kau lagi."

Euww!

"Haha. Yalah tu. Kau dah rosakkan hidup aku."

"Hidup? Kau patut bersyukur kau masih hidup. Sebab aku datang untuk—"

Aku memandang wajah Taehyung yang terpempan itu.

'Dia sembunyikan sesuatu dari aku ke? '

TBC

NaV or Natae shippers? 😂😂


"Keep your face always toward the sunshine - and shadows will fall behind you."

Walt Whitman 💐

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now