[Chapter 21]

1.2K 122 4
                                    


Aku menolak tubuh Bwi jauh dari aku. Tanganku pantas menekup mulutku. Aku dapat rasakan pipi aku semakin berbahang.

"Apa kau dah buat ni?"

Aku mengundurkan langkah ke belakang apabila Bwi melangkah beberapa tapak ke hadapan. Aku mengundur lagi hingga belakang tubuhku bertembung dengan dinding.

"Kau fikir aku nak buat apa hmm?" soalnya sambil tersenyum sinis.

Daguku diangkat lembut supaya memandang wajahnya yang mampu membuatkan jantung aku menggila.

Aku sudah menutup mata apabila dia mendekati wajah aku. Terasa hembusan hangat nafasnya mengenai hidungku.

Tiba-tiba dahi aku dijentik dengan kuat. Aku membuka mata sambil mengerang kesakitan. Dahi yang terasa sakit itu aku gosok semahunya.

"Kau ingat aku nak cium kau lagi ke? Dah la. Jom turun." Bwi mencerlung memandang aku.

Aku terpempan lalu mengetap bibir tersenyum. Aku girlfriend dia?

End of Nari's

* * *

"

Aku nak kau pergi jumpa cikgu Yoongi jap." Daehwi memanggil Nari lagi.

Nari cuma mengangguk lalu langkahnya dihayun ke bilik guru.

Cikgu Yoongi sudah sedia menunggu kehadirannya. Setelah Nari tiba, dia menyuruh gadis itu duduk di hadapannya.

Nari melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi. Sempay dia memerhatikan meja Cikgu Yoongi. Rupanya dia pun minat warna pink ek?

Cikgu Yoongi berdehem untuk mengalihkan perhatiannya daripada melihat diari comelnya di atas meja. Kemudian dia menolak sekeping kertas ke arah Nari.

"Taehyung akan jadi hero dalam persembahan ni." ujarnya.

Nari membeliakkan matanya. Sungguh dia tak percaya. Si mamat Taehyung tu juga?

"Mungkin awak tak sedar yang sebenarnya ada yang lebih baik daripad apa yang awak lihat sekarang."

Nari bagaikan tersentak buat seketika. Dia mengambil kertas yang berada di atas meja itu lalu mengangkat punggung dan meminta untuk berlalu pergi. Langkah di atur ke bumbung sekolah.

"Huh aku harap semua ni mimpi je." dia berbisik pada dirinya.

Nari memegang tiang penghadang sambil menjengketkan kakinya.Hatinya tergerak untuk membunuh diri. Entah apa yang merasuk jiwanya ketika itu.

Tangannya didepakan sambil matanya terpejam rapat.

"Semoga kehidupan akan datang lebih baik." bisiknya sebelum membiarkan dirinya jatuh.

"Yah!"

Satu suara tiba-tiba muncul entah dari celah mana membuatkan Nari tersentak sekali gus membuatkan matanya yang terpejam tadi kembali terbuka.

"Bodoh!"

Satu jentikan diberi pada dahi Nari. Nari mengerang kesakitan sambil menggosok dahinya.

"Kau buat apa ni?"

Taehyung memeluk pinggang Nari kerana degil tidak mahu turun.

"Lepaskan aku!" Nari meronta kuat minta dilepaskan.

Taehyung menggeleng malah pelukannya itu makin erat.

"Kau bodoh Nari! Kau ingat semua orang nak kau mati ke? Mak kau nak letak mana,hah? Bengap pun biarlah bertempat."

Taehyung merangkul badan Nari lalu membawanya turun ke bawah. Nari hanya mendiamkan diri.

"Korang buat apa tu?" Bwi yang muncul di sebalik pintu menyoal.

Hatinya dipagut cemburu dengan aksi mesra dua orang pelajar ini.

"B-bwi... kau salah faham ni."

Taehyung melepaskan tangannya dari rangkulan itu tadi.Bwi melangkah laju menuju ke arah Nari.

Tangan Nari digenggamnya erat.Bwi menjeling sekilas Taehyung yang sudah berada jauh satu meter dari Nari.

Nari mengikut langkah Bwi pergi.Dia melihat tangannya yang dipegang oleh Bwi.

"Kan seronok kalau kau cintakan aku?" bisik Nari perlahan.

Bwi membawa Nari pergi ke perpustakaan sekolah.Tempat yang paling sunyi memandangkan ramai pelajar tidak sukakan buku.

"Jangan dekat sangat dengan dia boleh tak?"

Bwi menghempaskan sejumlah buku yang tersusun kemas di atas meja.

"Argh!"

Nari tekup telinganya. Dia menjerit kecil. Bwi menjadi lebih agressif. Dia menarik dagu Nari dan kuku panjangnya mencengkam elom dagu comel itu hingga darah turut jua menitik.

Nari menangis minta dilepaskan.Badannya dijatuhkan ke rak buku hingga rak tersebut jatuh menghempapnya. Nari mendongak melihat Bwi yang seperti bukan lagi orang yang dia kenal. Mata Bwi berwarna merah bukan seperti biasa iaitu berwarna biru.

"Bunuh kau."

Suara seram itu bagaikan terngiang-ngiang di telinganyam
Tubuhnya yang makin sakit disentuh sedikit. Nari membeliakkan matanya apabila atu meja bulat saiz kecil diangkat oleh Bwi lalu dihalakan ke arahnya.

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now