[Chapter 22]

1.1K 125 0
                                    

"Kau dah sedar?" soal Taehyung pada Nari baru sahaja mencelikkan mata.

Nari memalingkan mukanya menghadap wajah taehyung. Sungguh dia rasa tertipu dengan Bwi. Kenapa sampai perlu melukakan dirinya?

Nari bangun daripada perbaringannya tadi. Nampaknya dia berada di hospital. Matanya tidak lepas daripada memandang taehyung sehinggakan taehyung terpaksa berpaling ke arah lain kerana mereka memandang satu sama lain dalam tempoh yang agak lama.

"Kau tak sembuh lagi, baringlah."

Nari hiraukan kata-kata Taehyung lalu berjalan terkedek-kedek menuju ke luar pintu bilik wadnya. Taehyung menggelengkan kepalanya. Degil betul!

'Luka-luka pun sanggup pergi sebab nak jumpa Bwi tu' bisik Taehyung di dalam hati.

Dibiarkan sahaja perempuan itu berjalan berseorangan walaupun hatinya kini rasa resah dan gelisah.

Lama juga dia berfikir nak turunkan ego atau tak, akhirnya dia membuat keputusan untuk mencari Nari yang hilang entah ke mana itu.

"Oit, Nari!"

Taehyung berlari sambil bola matanya meliar mencari di mana Nari berada.

'Kau kat mana?'

Suara Taehyung itu bagaikan menyapa gegendang telinga Nari. Nari tergamam. Betul ke apa yang dia dengar atau Taehyung memang sengaja mainkan dia sekarang ni?

* * *

Taehyung mencari kelibat Nari. Dia hampa. Batang hidung pun tak nampak lagi. Kemudian berjalan dengan lemah menuju ke mesin air.

Ting!

Bunyi duit syiling jatuh menarik perhatiannya. Dia melihat seorang perempuan sedang turut menggunakan mesin tersebut di sebelahnya dan dia ialah Nari.

"Nari... kau... aku dah jumpa kau!"

Akibat perasaan yang terlalu gembira, Nari dijadikan tempat pelukan Taehyung dilepaskan. Tangannya merangkul erat pinggang ramping tersebut lalu ditarik masuk ke dalam dakapannya.

Nari terkedu. Ternyata taehyung berani memeluknya. Namun dia tidak selesa berada di pangkuan taehyung.

"Tae... lepaslah!"

Rengekan Nari tidak didengar oleh taehyung.

Chup!

Dahinya di cium lembut. Terasa hangat dahinya.

"Jangan lari lagi." bisiknya perlahan.

"Tak, jangan buat macam ni. Aku dah ada Bwi. Lepaskan aku." Nari membalas perlahan.

Taehyung terpempan. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali melihat Nari yang sudah melangkah pergi.

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now