[Chapter 12]

1.6K 191 10
                                    


"Yoongi, kenapa kau selamatkan aku?"

Nari menyamakan langkahnya dengan lelaki itu. Yoongi berhenti berjalan lalu menoleh ke sisinya menghadap wajah Nari. Ditatapnya wajah si gadis itu  sebelum dia menarik nafas panjang.

"Kau kena lah tolong aku untuk hapuskan Lucifer dalam diri Taehyung tu."

"Ok, aku tak faham! kenapa aku?"

"Kau tahu tak kisah silam kau? Kenapa kau ada mak tapi takde ayah?"

Nari menggeleng. Dia pun pernah terfikir juga di mana ayahnya dan mengapa ibunya selalu mengelak bila buka cerita pasal ayah dia. Kata ibu, dia bercerai dengan ayah Nari sewaktu dia masih dalam kandungan ibunya.

"Ayah kau manusia tapi dia manusia yang tamakkan dunia. Dia nak harta jadi dia buat korban. Korban tu adalah kau. Waktu kau kecik, pernah juga datang Stukers nak ambil kau tapi tak boleh sebab ada budak halang diorang daripada ambik kau.By the way, Stukers tu roh jahat. Orang suruhan Lucifer."

Yoongi berhenti seketika menarik nafas lalu menyambung, "Budak yang halang kau ialah si Bwi tu.Dia lah pengganti korban kau. Sekarang ni Lucifer dah tahu dia salah ambik korban jadi dia nak balik korban dulu dia. Biasalah, makhluk tamak dan kedekut.Sekarang ni Bwi cuba lindungi kau sebab janji dia buat pada kau masa kecik. Kuasa janji tu lebih kuat daripada kuasa lucifer untuk putuskan janji korang. Mungkin sampai waktu nanti janji tu akan terputus"

Nari menguap. Dia tak rasa begitu takut memandangkan dia sendiri yang cari nahas, walaupun dia rasa banyak benda lagi dia perlu tahu tapi setakat ini, dia hanya mahu sedikit sahaja. Bahaya menantinya.

"Aku ni istimewa ke?"

Yoongi mengangguk. Mereka meneruskan perjalanan sambil berbual.

"Kau adalah jantung Lucifer. Senang cakap, kau dan dia kongsi satu benda sama."

"Tak faham"

"Ok macam ni, Lucifer adalah ketua penjahat yang memerintah kerajaan gelap, iaitu Levis Kingdom. Suatu hari, ayah kau yang mempunyai kebolehan istimewa datang jumpa dia, kata ayah kau dia akan korbankan kau kalau Lucifer bagi dia sebanyak mana pun harta dunia ni. Semua benda tu hanya sementara bila Lucifer tarik balik dan cuba bunuh ayah kau. Ayah kau letak bunga lili kat jantung kau. Tatu bunga lili kat leher belakang kau tu adalah kesan cakaran lucifer sendiri tapi dia tak boleh cederakan kau sebab kalau kau mati tanpa upacara perpisahan bunga lily, Lucifer akan hidup tanpa jantung. Tanpa jantung,dia tak sekuat dulu dan mungkin juga mati."

"Aku ni tak kuat nak lawan lucifer. Macam mana nak kalahkan dia?"

"Kau bukan kena kalahkan lucifer tapi Taehyung."

"Kenapa Taehyung?"

"Bunuh Taehyung untuk bunuh Lucifer."

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now