[Chapter 15]

1.3K 150 4
                                    

"Tahniah, cik diterima."

Kata-kata staf perempuan itu membuatkan aku melonjak kegembiraan. Akhirnya, impian aku akan jadi kenyataan.

"Tapi cik takkan pernah jumpa kebahagiaan cik." katanya sambil tersenyum sinis.

Aku terkedu sebentar. Tak faham dengan maksud kata-kata setiausaha CEO Best Hit tu tapi abaikan jerlah. Asalkan aku dapat kerja dengan syarikat ternama.

Tanpa mempedulikan kata-kata staf itu, aku melangkah keluar dari bangunan syarikat 20 tingkat itu. Biar betul! Umur CEO hanya 23 tahun? Hanya beza 5 tahun dari aku.

Aku membeli aiskrim tatkala tekakku terasa mahu makanan yang manis. Best juga hidup kalau ada duit ya? Aku boleh buat macam-macam. Ibu pun tak perlu bekerja kuat sangat.

Aku melabuhkan punggung di atas sebuah bangku usang. Bangku ini betul-betul berhadapan dengan sebuah taman permainan lama. Pada masa yang sama, bulu aku meremang memerhatikan taman terbiar itu.

Tiba-tiba ada satu benda yang pantas merentap tangan aku. Nafasku menjadi laju dan jantung aku berdegup-degup kencang. Aku bergelut dengan makhluk itu. Rupanya amat mengerikan malah lebih hodoh daripada gambaran hantu yang diceritakan oleh manusia. Ah, terlalu ngeri! Cengkaman makhluk itu semakin dalam sehingga aku mengerang kesakitan kerana makhkuk itu menusuk hebat pergelangan tanganku.

"Tolong... " aku melirih dan saat itu juga air mataku gugur semahunya.

Tiada siapa yang dapat mendengar jeritan aku. Tempat ini terlalu sunyi.

Makhluk itu merenung aku tajam.Dia makin dekat dan dekat hingga dia nak ci-cum aku? Nafasnya yang busuk itu membuatkan aku ingin muntah.

Aku pukul kepalanya dengan kuat. Malangnya, pukulan aku tidak berkesan langsung.

Tangannya hampir merayap ke leher aku. Dia cuba untuk mencium leher aku. Dia nak buat apa ni? Aku tolak semampunya daripada dicium olehnya. Tolong, sesiapa!

Hanya satu nama yang muncul dalam fikiranku ketika ini.

"BWI!"












*splash*

Darah membuak keluar daripada kepala makhluk itu. Aku menjerit ketakutan apabila makhluk itu mati di hadapanku. Kukunya masih mengcengkam leherku. Akh menekup telinga. Lututku terasa lemah.

Aku takut.

TBC

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now