26

782 90 4
                                    

Pang !

Pipi taehyung ditampar kuat oleh Nari . Taehyung terus bergerak menjauhi Nari seraya tangannya memegang kepalanya.

Nari terus berlari masuk ke dalam biliknya manakala taehyung masih statik berdiri sambil menyumpah seranah dirinya yang tidak boleh mengawal diri sendiri .

" Bodoh ! Kenapa kau cium dia hah ?? "

-Dalam bilik Nari-

Nari terus menghempas pintu biliknya dan mencari bagasi tempat dia simpan segala barang yang dia bawa dari Busan .

Setelah puas mencari , akhirnya dia terjumpa juga satu keping gambar di dalam begnya yang sudah terkoyak dua .

Gambar perkahwinan dia dan seseorang yang dia tak kenali . Entah kenapa hatinya mengatakan lelaki yang berada dalam gambar tersebut ialah taehyung .

Dia menggelengkan kepalanya .

' Tak mungkin dia orang yang selama ni aku cari '

Nari menatap semula gambar tersebut dengan sayu . Cuma ini kenangan terakhir dia dan suaminya .

Lama kelamaan , dia akhirnya tertidur di atas katil sambil memegang gambar tersebut .

9.00 p.m.

> Taehyung POV <

Laparnya aku . Kalau macam ni tak lena lah aku nak tidur .

Aku bangun dari meja kerja aku dan turun menggunakan lif yang sedia ada dalam rumah aku bersama tongkat kesayangan aku . Selamat berkenalan , nama tongkat ni Ali . Jadi korang boleh panggil dia Ali , ok ?

Sampai di tingkat paling bawah sekali , aku menuju ke bahagian dapur dan membuka peti sejuk . Wah , ada lagi pizza aku pesan haritu !

Aku mengambil sepotong pizza dan duduk di atas kerusi . Perlahan-lahan , mulutku mengunyah makanan sambil melihat sekeliling . Tiba-tiba mata aku terpandangkan satu bilik yang lampunya masih lagi bernyala .

Aku ingat dah tidur budak tu . Tak tidur lagi ? Kaki aku pantas berjalan ingin menjenguk bilik Lily .

Aku mengetuk pintu biliknya tapi tiada yang menyahut malah bunyi kipas pun takde . Dah jadi arwah ke perempuan ni ?

Aku memegang tombol pintu biliknya . Ternyata dia tak kunci pintu biliknya . Aku terfikir patut ke aku masuk ? Kalau masuk macam menceroboh pulak tapi aku kan tuan dia ? Tak salah kan ?

Tanpa membuang masa , aku terus memulas tombol pintu dan membuka pintu bilik Lily . Kelihatan dia sedang nyenyak tidur dengan memakai dress hitam yang baru aku belikan petang tadi . Mesti penat sangat kan ?

Mata aku tiba-tiba terpandangkan gambar yang berada dalam genggaman tangannya .

Gambar apa tu ?

Aku berjalan ke arahnya dan cuba menilik gambar yang dipegang kemas olehnya .

Kejap !

Gambar ni ..

Gambar perkahwinan ?

Ni bukan Nari ke ?

Dan disebelahnya adalah aku walaupun gambar tu sebelah lagi bahagian gambar tersebut sudah koyak .

Aku yakin tu aku . Aku mengeluarkan sesuatu dari poket aku iaitu gambar perkahwinan aku dan isteri aku .

Dah agak , memang sama dengan gambar aku .

Jadi sangkaan aku betul ?

Dia ni Kim Nari , isteri aku ?

Tapi kenapa dia menidakkan identiti sebenarnya ?

Kenapa dia perlu merahsiakan semua ni ?

Nombor jungkook pantas didail oleh aku .

" Hello kook , siasat tentang Lily , pembantu rumah aku "

Taehyung terus menutup panggilannya . Dia memandang Nari yang sedang nyenyak tidur . Dia mencapai selimut di kaki nari dan diselimutkan hingga ke paras bahu nari . Taehyung mengusap rambut nari sambil tersenyum .

" Sweet dream , Kim Nari "

+++

Sedutan episod seterusnya

" Mencintai manusia adalah kesilapan terbesar aku "

Siapakah dia ?

Kenapa aku selalu mimpikan suara dia ?

Kalau dia bukan taehyung , jadi siapa 'dia' ?

" Jaga dia taehyung "

" Bwi ? "

" Aku nak kisah korang berakhir dengan gembira "

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now