04

1K 100 6
                                    

Nari POV

Aku masuk ke dalam bas hentian terakhir.

"Eh cik lagi?"

Tanya seorang pak cik yang umurnya mungkin dalam 40an.

"Ah nae,ahjusshi"

Aku mengangguk dengan sopan kepada pemandu bas itu lalu mengambil tempat duduk belakang.Aku menyandarkan kepala aku pada kerusi tempat duduk sambil memikirkan nasib keluarga aku.

'Macam mana aku nak bayar bil rawatan hospital kalau kerja aku pun gaji cukup makan jer.'bisik hatiku pula.

Aku menutup mata aku lalu membiarkan segala masalah aku pergi buat sementara waktu.

'Bila pari-pari nak datang tolong aku?'

Monolog hati ku lagi.

Skip

-Hospital Gwangjae

"Boleh saya lawat mak saya?"

"Maaf cik tapi masa melawat dah tamat.Jadi,cik tak dibenarkan masuk"

"T-tapi..saya nak tengok mak saya"

"Kami tetap tak boleh izinkan cik masuk.Ini tugas kami"

Aku mengeluh perlahan lalu mula melangkah keluar dari hospital.Dengan keadaan yang lemah,aku cuba gagahkan diri aku untuk terus berjalan.

Makin lama mata aku makin berpinar.Semua benda di sekeliling aku makin kabur lalu aku rebah.

"Tolong"

No One Pov

Taehyung memandu kereta mewahnya di perkarangan hospital.

Tiba-tiba matanya tertancap pada seorang gadis yang amat dikenalinya.

"Apa yang dia buat kat sini?"

Keretanya dipandu perlahan.Sewaktu keretanya berselisih dengan Nari,dia sempat melihat wajah Nari yang nampak lemah dan tidak bermaya.

Namun dia buat pura-pura tidak nampak.Rasa tidak sedap hati mula bertandang namun Taehyung cuba menepis perasaan simpati itu.Keretanya tetap meluncur laju ke perkarangan hospital.

Tiba sahaja di hadapan hospital dia memandang ke belakang.Sah,gadis itu sudah pengsan.

Taehyung mengeluh sambil meletakkan tapak tangannya di dahi (facepalm) sambil menggeleng kepala.

"Haih,menyusahkan aku betul"

Kereta Ferrarinya di pandu semula hingga sampai ke tempat Nari jatuh.Nari masih pengsan.Badannya tampak lemah sekali.

Taehyung keluar dari kereta.Kemudian dia mengangkat Nari gaya bridal style.Sempat dia pandang sekilas wajah Nari.

"Aku kena tunaikan janji aku"

Skip

"Woii..dah pagi ni!"

Kejut taehyung tiba-tiba pada tuan empunya badan yang masih tidur nyenyak di atas katil saiz king.

"Omma..5 minit lagi"

Gumam Nari sambil mengangkat tapak tangannya.

Taehyung menggeleng.Dia duduk di sisi katil Nari.Perlahan-lahan tangannya menyentuh dahi Nari.

"Dia demam lagi?"

Suhu dahi Nari masih panas malah lebih teruk daripada semalam.

Taehyung berdiri untuk mengambil ubat.

'Anak juon macam yoongi sungguh.Lembik."

Kutuknya dalam hati selamba.

Tiba-tiba tangannya dipegang oleh Nari.Nari masih lagi dalam keadaan mamai.

"Kajima (don't go)"

Taehyung berpaling.Serentak itu dia membuka selimut yang menutupi badan Nari.

"Jom ke hospital"

"Tak nak!"

Nari masih mamai dan mahu meneruskan tidurnya.Diorang berdua main tarik tali pulak dah dengan selimut.

"JOM!"

"TAK NAK!"

"JOMMM"

"TAK NAK"

Nari menarik selimutnya dengan kuat hingga Taehyung terdorong jatuh di atasnya.

Chupp!

Wrong Fate +kth ✔Where stories live. Discover now