BAB 1

29.8K 1K 2
                                    

1990

"Abang kenapa buat Nina macam ni? Anak kita bagaimana? Izz masih kecil lagi..dia perlukan kasih sayang ayahnya"jerit Rosnina. Bagaikan hilang separuh nyawanya apabila suaminya menjatuhkan cerai talak satu terhadapnya melalui satu pesanan ringkas sms.
Izz yang masih kecil lagi hanya pelik melihat ibunya berlinangan air mata.

"Ibu..kenapa ibu nangis?" Izz mengelap air mata ibunya..
Takda apa2 sayang..mata ibu sakit..sayang jangan risau ya" Rosnina hanya mampu menguntum sebuah senyuman manis buat anak lelaki tunggalnya itu.

Dia perlu kuat demi anaknya.
TENGKU IZZAT AZRIF BIN TENGKU AZMAN.
Anak lelaki hasil perkahwinannya bersama Tengku Azman setelah 10 tahun mendirikan rumah tangga.. Anak kecil itu sudah berusia lima tahun..perkahwinan yg mendapat tentangan hebat dari pihak sebelah suaminya menyebabkan mereka selalu mengalami konflik rumahtangga tidak berkesudahan.

Flashback.

"Mama tak bersetuju man berkahwin dengan perempuan ni.Keturunan yang tak baik kita tak tahu.Mama nak Man kahwin dengan Zarina..Keturunan dia pun baik2 macam perempuan ni..asal dari mana.entah"sinis Datin Fauziah kepada bakal menantunya.

"Mama please....tak semestinya Nina anak yatim kita boleh tuduh dia macam tu..lagipun man cintakan dia.Apa pun yang terjadi man takkan kahwin dengan Tengku Zarina walaupun man terpaksa tinggalkan mama." Rosnina tak menyangka Azman sanggup meninggalkan keluarganya demi dia..Dia tidak mahu Azman digelar anak derhaka.

"Awak...apa yang awak cakap ni ..sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu..awak beruntung tau masih ada ibu..saya rela undur diri..tapi please jangan buat macam ni lagi ya..dengar cakap mama awak"Rosnina bangun keluar dari rumah agam tersebut dengan berlinangan air mata..

"Nina! Tunggu dulu." Jerit Azman.

Azman!!Setapak lagi kau langkah keluar dari rumah ni aku akan hentikan semua apa yang kau ada..syarikat,duit kereta,tanah semua aku sekat. Kalau kau masih nak kan perempuan tu ,mama akan pastikan rumah tangga kamu takkan kekal lama."jerit Datin Fauziah.

"Maafkan man mama....."
Azman berlaku pergi meninggalkan mamanya yang jatuh terduduk dengan keputusan anak sulungnya itu.

"Dasar perempuan tak guna!

"Ibu...Ibuu.."panggil Izz menampar lembut tangan ibunya..
Tersentak dari lamunan panjang itu. Rosnina mengambil keputusan untuk berpindah semula ke Kelantan tanpa memberitahu sesiapa pun demi melupakan suaminya yang tak pernah luput dalam hatinya..

'Sampai disini saja jodoh kita kan bang..Nina sangat bertuah dapat bertahan selama 10 tahun hidup bersama abang.. menempuh liku2 rumahtangga dengan abang walaupun sekarang abang tak seperti dulu yang nina kenal dulu..Nina tetap sayang abang dunia akhirat.selamat tinggal Azman .'

15 tahun kemudian.......

"Ibu..ibu tak perlu laa susah2 kerja lepasni..lagipun ijat rasa macam nak buat kerja partime lepasni.. lagipun ibu bukan sihat mana pon.."Izz memujuk ibunya sambil menghulurkan sesudu ubat batuk.

"Ibuu tak apa2 Izz,ibu masih kuat lagipun ni batuk2 biasa jaa..Izz masih belajar lagi..ibu nak Izz tumpukan pelajaran dulu yaa..lagipun Pak Leman banyak tolong kita kat sini Izz.. Izz janji tau bahawa anak ibu sorang ni berjaya genggam segulung ijazah untuk ibu."Rosnina mengusap belakang anak lelaki tunggalnya.

"Ijat janji ibu..Ibu jangan laa macamni..ibu buat ijat risau tau..macamni ijat tetap dengan pendirian ijat nk kerja part time..Kalau ibu masih nak berkerja di warung Pak Leman ijat tak halang asalkan ibu tak buat kerja2 berat tau." Izzat menguntum senyuman manis menampakkan lesung pipit utk ibunya.

' Senyuman Izz macam abang. Nina doakan Izz jadi anak yg soleh dan berbakti kepada ibu bapa suatu hati nanti.' Doa ikhlas dari hati ibu buat anak syurganya nanti.

Mohon tekan bintang comel di bawah.  😘

Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now