BAB 38

10.1K 315 3
                                    

wei..kau hantar aku balik kelantan boleh tak? √√

kau tau kan aku ni xboleh naik bas.. sakit kepala kesian ibu aku nak jaga aku pulak..√√

harap2 kau tak kisah laa eak.. √√

Chat dari Izzat dibacanya.

'Huh dia ni mintak tolong tapi tak bagi salam.Tapi macam mana ni?  Perlu tak aku tolong dia.. Kelantan tu jaoh mak oii. ' nureen berkira2 sebelum membalas chat tersebut.

'Kau hantar jelaa.. bukan sesiapa pun dia tu.. nanti kesian mak dia nak jaga dia bagai nanti.' Nureen mengambil keputusan sebelum menelefon abangnya.

"Assalamualaikum abang.. ermm reen balik lewat sehari boleh? " nureen meminta izin.

"kenapa pulak dik.. kereta rosak ke.. boleh ja abang ngn ayah pergi ambik adik sana. " Rais menjawab di hujung panggilan.

"Bukan.. kereta okey jee.. reen rasa cam nak lepak rumah kawan utk satu hari ni.. balik lewat kit.. takpe kan. " nureen mencari alasan.

"ohh.. macamtu.. takpa laa..  reen bukannya cuti sehari dua ja kan.. pergi laa spent time dgn kawan.. nanti abang bagitau papa reen balik cuti lewat sehari. "Rais memahami keadaan adiknya.

"Terima kasih abang.. adik tidur dulu yaa.. esok nak jalan jaoh..  assalamualaikum. "selesai abangnya menjawab salam dia meletakkan panggilan dan membalas chat Izzat.

4.oo pagi.

Izzat mengosok matanya sebelum berjalan ke tandas untuk membasuh muka. Selepas terasa segar dia mengambil keputusan untuk membuka buku persiapan sebelum hadir ke kelas.Sempat dia mencapai hamdphonenya terlebih dulu untuk melihat balasan dari nureen.

Okey boleh jaa..nanti bagitau saya kelas awak habis pukul berapa lepastu kemas siap2 barang awk tu dan tunggu depan pintu pagar kolej. Saya kalau boleh nak bertolak awal..harap awak tak kisah laa..saya malam2 takut pulak nak memandu..√√

Tersenyum izzat melihat chat tersebut.

'Banyak songeh laa minah ni..  aku tau laa adab2 menumpang ni. ' terus jari dilarikan diatas skrin handphone membalas chat tersebut dan kembali menyambung study yg tergendala itu.

Nureen PoV.

Dia mengambil jam loceng ditepi. Jam menunjukkan pukul 11pagi.. Maya dah lama pergi exam. Tinggal dia terpisat2 bangun mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.
Selesai menyegarkan diri dia kembali ke katilnya dan membuka roti utk mengisi perutnya.Dia menunggu maya pulang dari exam dan mereka berpakat untuk makan tengah hari sekali. Tu pun maya melekatkan sticky note diatas
meja studynya.Sambil menguyah roti dia mengambil handphonenya yg sedang dicas. Dibuka whatsapp dan melihat chat Izzat pada pukul 4.05 pagi.

'Awalnya dia bangun.. kalah aku tuu.. 'nureen menepuk dahinya sendiri. Maklumlaa lepas subuh tadi dia terus menyambung tidur.

aku habis kelas pukul 4petang ni.. nanti kau tunggu depan pintu utama kediaman aku boleh tak? aku malas nk jalan jauh.. terimakasih √√

'Amboi.. sedap pakcik ni mengarah.. takpe2..ni last dah kau berbakti dgn dia lepasni tak jumpa dah.. bye! ' nureen meletakkan handphonenya dan kembali menyambung membaca novelnya.

3.45petang.

Setelah siap makan tengah hari bersama Maya dan siap nangis mengucapkan selamat tinggal,  dia terus menghidupkan enjin kereta untuk ke kolej kediaman lelaki.Matanya yang bengkak kerana menangis sudah semakin surut. Sampai je di sana,  keadaan disitu semakin sesak dgn pelajar2 yang mahu meraikan cuti akhir semester. Nureen menunggu Izzat di dalam kereta dan membuka handphonenya dan kelihatan satu mesej.

Wei kenapa tak bukak whatapps.. no plat kereta kau apa? kereta apa kau pakai ni?

'Adui.. lupa pulak nak bagitau..  harap2 mamat ni tak marah.' Terus je nureen mendail nombor Izzat.

"Hello.. kau kat mana ni? aku dah tunggu kat luar.Panas tau."izzat menyerang nureen dlu tanpa sempat dia membuka mulut.

"Okey2..sabar2..kereta saya kat bawah pokok depan bilik security..kereta myvi silver nombor plat JAE 6174.." nureen menerangkan.

"okey.. aku nampak."terus je talian dimatikan.

'ishh... macam mak2 nak ambik anak dkt asrama ja aku rasa. ' nureen tersengih dan terkejut mendengar ketukan di tingkap keretanya.

Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now