BAB 46

9.9K 332 1
                                    

Setelah meminta izin dari ibu kami berangkat ke pantai. Sampai disana kami memilih tempat strategik untuk melihat matahari terbenam.

"Awak nak cakap pasal apa semalam? " tanya nureen kepada Izzat.

"Bila masa? " Izzat saja buat2 lupa. Sebenarnya dia gemuruh untuk memberitahu isi hatinya kepada Nureen.

"Adalaa semalam.. awak ni saja kan.. Dah laa saya taknak cakap dengan awak. " Nureen buat2 merajuk dan memandang ke laut terbentang luas.

"Aku.. aku sebenarnya dah jatuh cinta dekat kau. " Satu nafas dia mengeluarkan perkataan tersebut. Terkedu nureen mendengar ayat dari Izzat.

"Awak takyah main2 ucap perkataan tu boleh.. habis Nini awak nak campak kat mana. "mendatar je suaranya.

"Aku tak main2..aku serius ni.. Pasal Nini sebenarnya dia dah tau pasal hubungan kita ni. " Malu Izzat mendengar respon dari Nureen.

"Awak tak payah nak tipu.. kalau dia dah tau kenapa dia layan saya baik2 saja sedangkan dia boleh je putus kawan dengan saya. " Nureen terus membela. Tidak mahu menaruh harapan pada hatinya.

"Kau ingat tak yg dia kirim surat kat kau suruh bagi dekat aku.. dari situ laa aku dapat tau perkara ni. "Izzat terus meyakinkan Nureen.

"Entah susah saya nak percaya. Jom balik.Saya ada kerja nak buat. " Nureen bangun dari tenpat duduknya. Rancangan untuk melihat matahari terbenam dah terkubur dengan sedikit perbincangan itu.

"Kau tak percaya dekat aku ke? " Izzat memegang tangan Nureen seketika. Nureen melepaskan gengaman tangan itu. Senyap.

"Kau balik laa dulu.. Aku balik lepasni.. Nanti pandai2 aku bagitau ibu. " Izzat kecewa dengan tindak balas Nureen malah dia malu kerana luahan hatinya tidak berbalas.

Nureen berlalu ke arah kereta. Dalam kereta dia melihat susuk belakang Izzat.

'Patutkah aku percayakan dia setelah apa yang dilalui sebelum ini..' Nureen memulakan enjin kereta dan berlalu pergi.

Malam.

Rosnina pelik melihat kelatah kedua anaknya itu. Dari tadi diam. Selalunya ada topik dibahaskan. Izzat pon pulang berasingan dgn Nureen tadi. Tadi ditanya dia hanya cakap lepak dengan Soleh kawan seberang kampung sana.

"Kamu berdua senyap je malam ni? Gaduh ke? "tanya Rosnina.

"Takda apa laa ibu.. Izzat pergi masuk bilik dulu bu. " Izzat mengambil pinggan diletakkan dalam singki dan berlalu pergi.

"Sara kenapa dengann Izz tu? Pelik je ibu tengok sejak dari petang tadi. Pagi tadi mood happy semacam je. " bagitau Rosnina.

"Entah la ibu.. Sara pon tak pasti. Ibu lepas ni kita nak buat projek apa?" Nureen menukar topik. Tidak mahu isu ini dipanjangkan.

"Malam ni ibu nak ajar Sara buat kuih jala mas. "Kuih Jala mas merupakan kuih tradisi di Kelantan.

"Bunyi macam menarik. Okey bu.. ibu sediakan bahan dulu.. Sara tolong basuhkan pinggan. "Nureen mengutip pinggan kosong diatas dan dibawa ke singki.

Pagi.

"Jom ibu kita bertolak. Dah pukul 7.00 pagi.. nanti tak sempat budak2 nak rasa kuih jala mas kita buat semalam. " Aku mengajak ibu sambil mengemaskan bekas kuih di belakang kereta.

"Ibu dok tunggu Izz ni..subuh takdi gi surau sekali tapi sekarang tak balik lagi. " Risau dia dengan anak lelakinya itu.

"Mungkin dia lepak mana2 kot.. ibu takyah risau.. Izz kan lelaki.. pandai dia jaga diri. "Aku menenangkan hati ibu.

'Mamat ni pon agak2 laa taknak jumpa aku pon. Ni buat ibu risau pulak. 'Bisik hatiku.

"Ermm.. ye laa kot Sara. Jom. " Ibu mengunci pintu rumah sebelum kami bertolak ke kedai.

Sampai di kedai kelihatan seorang lelaki duduk di pangkin. Aku menolong ibu mengangkat bekas kuih dan ibu menegur Izzat yang ralit menghadap phonenya.

"Izz ado sini doh.. bimbe (bimbang)ibu.. bilo2 oyak (cakap) dulu ko ibu tokpon Sara. "kata ibunya.

"Ijat sajo ambik angin sini ibu.. Tenang sikit. " Ayat dibelakangnya agaknya macam memerli aku je. Aku buat2 tak nampak dia kat situ sampai jualan habis kami pulang bersama2 ke rumah.

Jangan lupa vote.. 🌟🌟🌟



Tergantung Sepi.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu