BAB 9

11K 409 4
                                    

Nureen tengah menyiapkan tugasan dalam laptop di bangku bawah pokok.Tetiba seorang lelaki menghampirinya dan duduk berhadapan dengannya.

"hai.."lelaki tersebut menegur nureen.

" awak tegur saya ke?" Nureen sekadar ingin pasti.
' Kalau di bukan tegur aku.Nak letak muka kat mana laa lepasni.' Hatinya berkata.

"Saya tegur bidadari depan saya ni.Taktau dia dengar tak." Lelaki itu ketawa kecil.Nureen hanya tersenyum kecil.

"By the way..saya Amirul.. panggil jaa Am..saya dari jurusan kejuruteraan sains komputer dan sofware.. Saya asal dari UK.. ulu klang..hahaha.. saya dah lama peratikan awak dan suka kat  awak..tunggu timing tepat nak luahkan..saya harap tepat laa.. hihihi..btw.. siapa awak ? boleh berkenalan?" Panjang bebeno introduce si Amirul ni.

"Ouh..saya Nureen..saya jurusan di pharmacist." Nureen kembali menghadap laptop.Bukan dia sombong tak melayan tapi dia sedar akan status dirinya.

' Aik.. pendeknya introduce dia. Aku punya ke panjang introduce. Mana nak letak muka ni. Mungkin dia terkejut kot kau pergi sergah dia tetiba.' kata hati Amirul.

"Awak dah berpunya?" Amirul sekadar bertanya kot2 dia ni girlfriend orang.Matilanak....

"belum berpunya tapi orang lain dah punya saya terlebih dulu." Nureen hanya tersenyum. Paham2 kau laa amirul...

" Ohhh..melepaslaa ni.."amirul mengeluh kecil tetapi sempat didengari Nureen. Nureen tersenyum di sebalik laptop menyiapkan kerja nya.

Masing masing senyap melayan diri.

"Eah...mana perginya fail aku simpan tadi."Nureen mula cuak.

"Kenapa wak? Boleh saya bantu? " amirul berjalan menuju ke arah Nureen.

"Folder kerja saya tadi hilang. Dahlaa petang ni kena hantar." Cemas Nureen.Berpeluh dahinya.

"Ouh...meh sini saya tengok. Mungkin ada virus  sembunyi fail awak kot. Saya mahu scan laptop awak sebentar boleh?." Nureen serta merta berdiri memberi laluan untuk amirul membaiki laptopnya.

15minit kemudian, amirul bangun dan menunjukkan fail kerja Nureen yang hilang tadi. Alhamdulillah.

" Alhamdulillah..terima kasih am..saya lupa ada pakar kat sini. Saya kemaskan dulu ya sebab ada kelas lepasni"nureen ketawa kecil.

"Small matter. Harap kita jumpa lagi bidadari yang dah berpunya." Amirul ketawa kecil.

"Macam2 awak ni..haha.. btw terimakasih sekali lagi kerana menyelamatkan saya walaupun saya tak layan awak tadi."Nureen mula mengatur langkah. Tiba2 dia berpaling ke arah amirul.

"Saya mungkin dah dipunyai seseorang...tapi kita boleh ja kawan." Nureen tersenyum dan berlalu pergi.Amirul hanya mengangguk.

Izzat POV.

"Wei jat...sejak akhir2 ni aku tengok hang kuat sangat termenung.Lecturer pon perasan tau. Depa taknak tegur ja. Aku jaa nak tegur.Aku risau kat hang jaa. "Fazmi mengambil berat.

"Takdak apa laa Mi..hang jaa melebih aku biasa2 ja." Izzat tersenyum.

"Biasa laa sangat..ayat hang dah lapuk tau..kita kenai bapa taon dah..kalau hang ada masalah cerita kat aku..mana tau aku dapat tolong hang ka takpun beban dalam otak hang kurang sikit.masalah duit kan?" Fazmi membebel panjang

"Haa..memang aku ada masalah. Bukan masalah duik ka apa. Just masalah peribadi aku ngan diri aku sendiri.Takyah dok risau.. aku boleh settle sendiri..hang jangan dok pening2 pikiaq." Izzat menumbuk perlahan bahu Fazmi.

"Aku takmau hang tak fokus dalam pelajaran Jat.Kau budak pandai..karang jadi lagu lain.. naya..masalah tu aku harap hang settle cepat2 bagi takpayah beban kat hang."Fazmi memberi nasihat.

"Yelaa ayah..cheq ingat pesan ayah sampai kemati."izzat mengajuk kata Fazmi.

"Hang ni saja kan nak cari pasai.. tulaa aku soh hang carikan makwe sorang taknak. senang sikit nk kongsi masalah. dah 5taon kat sini hang tak sangkut kat mana2 minah aku tengok . kau normal tak ni jat?. " fazmi memandang pelik ke arah izzat.

"Amboii mulut hang..aku tenyeh cili hijau satgi.Aku dah adala.. cuma taknak heboh2..dalam process perkenalan dengan budak fakulti ni ." Izzat tersengih menunjukkan giginya.

"Amboii hang..bedal dak2 junior hg..diam2 ubi berisi hang noh.tak bagitau pon aku.."fazmi buat muka sedih.

"Masih setahun jagung lagi laa.. takyah terasa hati sangat.. cepuk kang.. dah2 tutup kes.mohlaa kita siapkan lukisan ni." Izzat mengambil sebatang pensil dan membuat lakaran bangunan.

Mohon tekan bintang comel di bawah.  😘

Tergantung Sepi.Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang