BAB 47

9.8K 350 9
                                    

Nureen melihat Izzat duduk di pangkin bawah pokok rambutan depan rumahnya melihat bintang2 memutih dan bersinar malam itu.Dah dua hari mereka tidak bercakap. Ibunya pula asyik menanyakan perihal tersebut.Nureen menuruni tangga mendekatinya. Ibu tidur awal kerana kepenatan pagi tadi.
"Awak. "Nureen menegur Izzat tanpa disedarinya dari belakang.
"Opocot mak kau. "terkejut izzat dan mengurut dadanya selepas melihat Nureen. Nureen ketawa mendengar latah izzat.

"Asal kau ketawa? Nak apa.?  mendatar suaranya. Nureen memberhentikan tawanya dan duduk di sebelah Izzat.

"Awak masih marahkan saya ke? " tanya Nureen.

"Tak tahu. "Sepatah je ayat keluar dari mulutnya.

"Kalau awak marahkan saya, saya nak minta maaf.. tak elok kita macam ni.. nanti apa pula kata ibu. "Nureen memulakan bicara.

"Ermm.Habistu kau nak aku buat apa?Pura2 rapat dengan kau setelah apa yang terjadi kat pantai haritu."Izzat meluahkan isi hatinya. Suasana sepi seketika.

"Saya bukan tak percaya cakap awak haritu. Cuma saya perlukan masa. Benda tuu terlalu payah nak terima bagi saya. " terang nureen.

"Perlu ke aku tunjukkan surat tu untuk kau baru kau nak percaya? "soal Izzat.

"Bukan macam tu maksud saya..  Bagi saya kenal hati budi awak dulu. Dulu saya yang mengharapkan awak dapat terima saya masa2 kita mula2 jumpa. Tapi harapan saya hancur."Terang Nureen sebak.

"Dulu aku ikut perasaan, tapi sekarang aku betul2 hargai kehadiran kau. Kau dah banyak berkorban untuk Nini, tolong ibu kat sini. Bagi aku peluang tebus semua tu balik dekat kau."Izzat memegang tangannya.

"Tengok lah dulu." Nureen main tali tarik. Padahal dah lama dia menunggu Izzat menerimanya.

"Ke kau dah ada orang lain? " Izzat mula kecewa.

"Maksud awak Amirul ke.. Awak dia tuu kawan saya je la.. tak lebih dari tu pon.. saya pon tak pernah bagi harapan dekat dia. " terang nureen tidak mahu Izzat salah faham.

"Habistu kenapa kau susah nak terima aku? " desak Izzat.

"Sebab awak tak romantik.Awak masih dengan panggilan dulu2." Gurau nureen.

"Maaf ye kalau tu penyebabnya. Aku mana reti bab2 macam ni. Aku membesar pon tanpa ayah. Jadi aku tak tau nak romantik macam mana. Tapi aku janji mulai sekarang aku cuba untuk kau. "Izzat mengangkat tangan menayangkan senyuman manisnya.

"Saya gurau je lah.Kalau awak nak saya bagi awak peluang,  awak kena buat sesuatu untuk saya."Timbul idea nakal dari Nureen.

"Apadia? Saya sanggup. " Semangat ucapnya.

"Saya nak awak tangkapkan saya kelip2 malam ni. Selagi tak dapat selagi tu awak tak dapat peluang dari saya. "Perintah Nureen.

"Apani?  Malam ni mendung laa.. Mana nak keluar kelip2..kau ni agak2 laa. "bingung Izzat dengan arahan tu.

"Saya dah agak.. tadi saya nampak kelip2 terbang dekat sini. Kalau tak boleh takpa la. " Rajuknya. nureen saja tipu nak mengenakan Izzat.

"Aku tak cakap pon tak boleh..  nanti aku tangkap satu botol cuka ni untuk kau. "Izzat mengambil botol cuka kosong di bawah pangkin tersebut.

"Auww.. sweetnya awak.. mengantuk pulak rasa.. saya naik tidur dulu ya.. Satu botol ya sayang.. Goodluck dan selamat malam. "Nureen mencubit kedua belah pipi Izzat sebelum berlari anak ke tangga rumah.

"Kau taknak temankan aku ke? " Izzat menjerit perlahan. Dia ingatkan malam ni boleh lepak dengan Nureen menikmati malam indah itu. Namun dia terlebih mengharap. Kuat tengok drama korea laa ni. 😂

"Ohh.. nah.. saya wakilkan hati saya temankan awak. " Nureen meletakkan tangan didadanya,  menutup dan meniupkan kepada Izzat. Dia pon terus melangkah menutup pintu.

"Boleh laa."Izzat mengambil 'hati terbang ' itu dan meletakkan di dadanya.Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Hanya seekor je kelip2 dijumpai setelah tiga jam dia mencari.Matanya terasa berat kerana letih sebelum mengambil keputusan untuk naik ke rumah.

'Tadi sembang kencang satu botol..tapi seekor je dapat.. Sekor pon sekor lah.. Asal dapat.' Dia meletakkan kelip2 itu di tepi katilnya sebelum menyalin baju dan membasuh kaki untuk tidur.
Jangan lupa vote. 🌟🌟🌟






Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now