BAB 54

10.2K 356 10
                                    

"Sara,ibu nak tanya sikit boleh? tapi Sara keno jawab dengan jujur.. "ucap Ibu setelah mereka selesai menunaikan solat fardu maghrib.

"Apadia bu.. insha Allah Sara jawab dengan jujur soalan ibu. " padahal dia sudah gelabah mendengar ayat ibu.

"Apa hubungan Sara dengan Izzat? "ibu melihat tepat matanya. Dia melarikan pandangan matanya dari ibu.

"Sara cuma kawan rapat je dengan dia bu. "tipunya. Sebenarnya dia tidak mahu merosakkan majlis yg berlangsung tak lama lagi.

"Pandang Ibu Sara.. tapi ibu tak rasa sebagai kawan rapat je.. ibu rasa kamu berdua lebih dari itu? "tembak ibu.Dia memegang tangan ibu mencari kekuatan.Dia takut bahawa ibu tidak dapat menerimanya jika diberitahu hal sebenar.

"Sara takut ibu kecewa dengan Sara.. Sara minta maaf ibu. " ucapnya mengalirkan airmata.

"Cerita laa dulu.. insha Allah ibu cuba terima apa yg Sara ceritakan."Ibu membalas pegangan tangannya.

"Pertama sekali Sara nak minta maaf banyak2 dekat ibu sebab Sara rahsiakan benda terbesar ini dalam idup Sara...kami sebenarnya dah.. dah bernikah bu. "Nurin memandang wajah ibu. Namun tiada rekasi terkejut dari wajah itu. Apakah ibu dah tahu tentang ini?

"Okey.. ibu pon sebenarnya dah tahu tentang ni dua tiga hari lepas.. tapi kenapa kamu berdua boleh nikah sampaikan ibu tak tahu tentang ini.. dan kenapa perlu sembunyikan dari ibu.. kamu berdua ada buat benda tak elok ke belakang ibu? " tanya ibu gementar. Bukan dia nak menuduh tapi dia juga amat takut kalau hal ini terjadi.

"Ini semua berpunca dari Sara ibu..kalau ibu nak marah ibu marah Sara je.. Izzat tak salah dalam hal ini.. begini ceritanya malam itu.... blablabla. " Nurin menceritakan apa yang berlaku pada hari kejadian. Walaupun terkejut dengan apa diceritakan Puan Rosnina cuba memahami situasi yang berlaku.

"Sara minta maaf banyak2 ibu kalau ini salah Sara. "Dia mencium tangan ibu.

"Jadi Sara sekarang cintakan Izzat? "tanya ibu.

"Sara cintakan dia ibu. Dia lelaki baik yang Sara pernah kenal." kata Nurin.

"Kalau Sara cintakan dia.. ibu nak Sara yang naik pelamin minggu depan." ucap ibu memeluk Nurin.Reaksi gembira terpancar pada wajah mereka.

******

Lagi empat hari majlis itu akan berlangsung.Nurin sudah siap mengemas barang2 nya. Sudah diberitahu kepada abangnya dan ayahnya supaya datang ke sini untuk sama2 meraikan hari bahagianya.

"Assalamualaikum. "Dato Kamal memberi salam. Rais sedang mematikan enjin kereta.

"Waalaikumussalam. "jawab Puan Rosnina yang baru saja menolong penduduk kampung menyediakan majlis persandingan itu.

"Kamal? "Puan Rosnina terkejut melihat lelaki didepannya. Kamal merupakan kawan baik Azman,bekas suaminya dulu.

"Ros?"tegur Kamal.Dia amat kenal dengan isteri kawannya. Lagipun Azman dah lama mencarinya.

"Masuklaa dulu.Maaf rumah tak seberapa ini."Jemput Rosnina dia terus ke dapur menyediakan minuman.

"Jadi Nurin tinggal dekat sini? Jadi awak ibu mertua dia ke?" kata Kamal kepada Rosnina baru saja menuangkan air. Menurut cerita Rais, anaknya sekarang di rumah ibu mertuanya.

"Ya.. Sara duduk disini nak dekat sebulan dah..jadi kita berbesan la ni."ucap Rosnina.

"Nampaknya..haha.. kecil dunia ni kan?Azman tahu ke Ros kat sini?" Kamal bertanya.

"Ehemm.. makcik..Nurin dekat mana yaa.. Rais nk jumpa dia. " sengih Rais menyampuk. Dia sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan mereka berdua.Lagipun dia amat rindukan adiknya.

"Sara dalam bilik hujung sana tengah bersiap." kata Rosnina menunjukkan bilik tersebut.

Setelah Rais berlalu pergi dia menjawab persoalan Kamal.

"Azman tak tahu saya kat sini..  Lepas dia ceraikan saya, saya terus bawa Izzat ke sini."cerita Rosnina.

"Awak salah faham hal itu.. setahu saya Azman tidak pernah ceraikan awak.. Mesej itu dihantar oleh Tengku Zarina..Dia dah lama cari awak Ros..Dah dekat 20 tahun rasanya. " terang Kamal memandangkan dia merupakan rakan kongsi Tengku Azman.  Jadi dia tahu tentang hal ini.

"Betul ke? Jadi apa saya fikirkan salah..Dia masih sayangkan saya walaupun dulu dia berubah.." Mengalir airmatanya kerana salah faham tentang hal ini sampai terpalit pada Izzat sekali.
Jangan lupa vote.. 🌟🌟🌟
Sis belanja padu2..maaf reader dah lama tak update. 🙇😥😥

Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now