BAB 29

10K 351 1
                                    

"Apa kau cakap ni.. merepek laa kau ni. "Nureen cepat2 cover.

"Reen, aku siriyes tau.. aku tau aku pernah tipu kau pasal penyakit aku dulu.. sekarang aku nak kau jujur dgn aku. "Nini memandang tepat mata nureen.

"Sorry nini.. aku patut bagitau kau awal2 pasal ni.. "Nureen menunduk ke lantai.

"Memang kau patut bagitau aku awal2..kenapa tak cerita ja dgn aku sebelum ni. "Nini mengusap bahu Nureen.

"Aku rasa benda tu tak penting..  aku kawen pon bukan atas persetujuaan kedua pihak. " jelas nureen.

"Gila kau cakap tak penting..  so sekarang ni macam mana.. if kau jumpa suami kau balik? apa kau nak buat. "Nini cuba mengorek perasaan nureen.

"Dulu aku pernah cuba utk setia menunggu dia.. tapi sekarang aku rasa benda tu dah tak perlu.. dia dah ada life dia.. aku pon kena move on laa kan.. buat apa nak tunggu benda tak pasti.. lagipun aku tak rasa dia akan cinta kan aku.. "Nureen meluahkan semuanya.

"Mana kau tau dia tak cintakan kau? entah2 dia pon tunggu kau sama ke.. "Nini sekadar menduga.

"Kau tau aku kawen sbb apa? Aku kawen dalam keadaan tangkap basah.. waktu tu aku baru saja lepas SPM.. macamni cerita dia.. "nureen terus membuka cerita. (sila rujuk bab 2&3) 😂

"Ohh begitu... kesian gak aku dgr kisah kau.. kenapa kau tak bagitau dia hal sebenar. "

"Aku tak sempat nak bagitau dia sebab dia begitu benci dgn aku.  Dah laaa... aku sebenarnya taknak ungkit kisah lalu.. skrg aku nak teruskan hidup aku..  aku tak perlukan dia pon.."  jelas nureen.

'Kesian kat kau reen..aku pasti kau masih sayangkan Izzat cuma kau tu ego taknak mengaku ataupun kau kesian dekat aku. Aku kena baiki semua ni sebelum terlambat.' nini memeluk bahu Nureen.

"Nini.. aku nak bagitau kau yang aku dah jumpa ayah kandung aku.. "nureen terus menukar topik lain. Malam tu dia tak study.. dibuka cerita pasal ayahnya pula.

Keesokkan harinya.

"Reen.. kau tahu kan hari jumaat ni hari apa."Nini menyoal nureen yang ralit mentelaah buku.. Maklumlaa minggu depan dia dah mula exam.

"Tau.. hari jumaat kan cuti.. kenapa? "

"Betul ke kau tak ingat hari jumaat ni ada apa? " nini terus menanyakan soalan.

"Aku ingatlaa.. harijadi kau kan jumaat ni.. kau nak hadiah apa..  nanti aku pergi beli. " ujar nureen.

"Amboi.. mentang2 ayah kau kirim myvi kat sini terus ja nak drive. hahahhaha"nini mengusik.

"ehh.. takda laa.. habis kau nak apa nanti harijadi kau.. mintak laa apa2 nanti aku tunaikan.." nureen berjanji.. lagipun ini last birthday buat rumetenya sebelum nini berangkat ke UK.

"Aku takda perancangan lagi ni..  kalau dah ada nanti aku bagitau kau.. janji tau kau akan tunaikan. "nini memohon kepastian.

"Ya aku janji... tapi janji dgn aku jugak kau kat UK nanti jangan ponteng treatment kau ya.. nanti balik malaysia ni aku nak jumpa tuan punya badan. " nureen pergi memeluk nini.

"Ya.. senang ja permintaan kau ni.. pergi laa study.. aku taknak kacau kau.. buat yang terbaik utk exam ni. "nini merungkaikan pelukan nureen.

"thanks my bubbly boo.. " nureen mengucai kacirkan rambut nini.

"Zainureen Maisara bt Kamal..  aku terajang kang.Rosak laa rambut aku macamni.." Nini marah2 manja.

"werkss.. jgn kacau.. zainureen nak study ni.. nanti report kat felo(warden) ."Nureen terus menyambung study nya yang tergendala.

Mohon tekan bintang comel di bawah.  😘

Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now