BAB 41

10.3K 352 2
                                    

Rosnina bangun untuk menggerakkan nureen utk solat Subuh. Namun niatnya terbantut melihat anak itu tidur bersimpuh beralaskan katil bersama telekung.

'Mungkin sambung tidur lepas solat agaknya.Penat semalam belum lepas lagi kot.' Rosnina berlalu ke kamar Izzat.

"Izz..izz bangun solat subuh nih.. pukul 6.30 dah ni. " Rosnina menepuk peha anaknya.
"Kejap lagi bu.. lima minit lagi erk. " tutur Izzat dalam keadaan mamai.

"Mano buleh.. cepat bangun.. nati atar ibu nak gi jual pulok keda nuh.Budok2 nak gi sekoloh dok nunggu nih." Ibunya mula membebel.Selalunya jualan Rosnina menjadi perhatian budak2 sekolah untuk dibawa sebagai bekalan.

"Okey bu.. ijat bangun ni. " Izzat terpisat2 menggosok matanya sebelum berlalu ke bilik air khas di dalam biliknya.

Rosnina berlalu membuat persiapan jualannya sebelum berangkat.

Motor dinaiki mereka sampai di gerai kecil milik ibunya sendiri hasil titik peluh jualan di kedai Pak Leman dulu. Terletak di hadapan sekolah rendah.

Selesai menolong ibunya menyediakan makanan jualan. Tidak seperti selalu, Izzat ingin menyambung rehatnya kerana hari ini dia berasakan penat untuk menemani ibunya menjual.

"Ibu... Ijat balik dulu eah.. raso nak sambung rehat.. ijat janji hari2 lain ijat teman ibu nego. " Izzat membuat muka simpati dan menghulurkan tangan utk bersalam.

"Aishh.. kamu ni.. lupa ke rumoh kito tuu ada tetamu.. tok baik duk berdua-dua dumoh..mai teman ibu jual sekejap.. lepasni kito balik. "Ibunya menepis huluran tangan Izzat.

"Auchh..lupo laa bu.."Izzat menggaru kepalanya yg tidak gatal.

"Kalau gitu Izz rehat dulu kat pangkin sano.. tido dulu ko kejap.. nati siap jual ibu gerok. " Rosnina menunjukkan pangkin berhampiran dgn gerainya.

"Okey bu.. ijat pergi rehat dulu erk. " Izzat melangkah ke pangkin tersebut.

Nureen POV.

Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Terkejut nureen dari tidurnya.

'Ishh aku ni... dahlaa menumpang bangun lewat pulak.. aduii.. malunya kat ibu dia nanti. 'nureen bergegas melipat telekung dan mencapai tudung bawalnya sebelum keluar ke bilik air untuk mandi.

'Aik.. sunyi nyaa.. mana pergi semua orang. 'Mata nureen melilau di ruang dapur papan itu.

'Ouhh.. lupa.. ni mesti dia pergi hantar ibu dia pergi berniaga pagi tadi. 'Nureen cepat2 masuk mandi membersihkan badannya sebelum pulang ke rumahnya harini.

Selesai mengemas barangnya dan melipat katil kedengaran bunyi motor dari luar. Jam menunjukkan pukul 10 pagi.

'Awalnya balik..Rileks nureen kau harini cuma perlu bersalam, minta izin utk pulang, lepastu ucap terima kasih dekat mak dia lepastu kau chauuwww balik johor jumpa abang rais dan ayah.. lepasni kau dah tak hadap dah muka dia.' Nureen merangka persiapannya untuk pulang ke rumahnya.

Nureen berdehem tiga kali sebelum mencapai tudungnya untuk ke ruang tamu.

"Ehh.. Sara dah bangun.." tegur Rosnina.

"Haa makcik.. maaf ya tadi terbabas tidur lepas subuh. " Nureen menayangkan sengihan bersalah.

"Ke memang sejak dulu macam ni? " Izzat mula menyampuk.

"Ishh.. kamu ni Izz.. tak baik kato gitu..mokcik faham Sara letih mandu semale.. takpo laa. " Rosnina menepis lengan ibunya.

'Ehh.. mamat ni dah mula.. lepasni tak kuasa dah aku nak nolong dia. Baik aku cepat2 blah dari sini..'Nureen menjeling ke arah Izzat buat2 menggosok lengan tamparan ibunya.

"Saya faham.. Izzat gurau je kan? Kalau macamtu saya nak minta izin dulu makcik."Nureen menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Awal lagi nak mintak izin gi pantai.. lagipun makcik dah bawak balik bekalan lebih utk sara. " Rosnina menunjukkan bungkusan di tangannya.

"Pantai? "Nureen bertanya bingung.

"Yelaa.. semalam Izzat kato kat makcik sara ado nak buat kajian pasal pantai kat Kelate ni. Berapo lamo? Kalau gitu duduk dgn mokcik dulu takpo takyah bazir duit nak dok homestay." Rosnina menerangkan kepada nureen.

"Sebulan bu. "Izzat menyampuk memandangkan nureen masih terkejut dgn rancangannya.

'What?!!!! 'Nureen hanya mampu menempik dalam hati dan matanya membulat meminta penjelasan dari Izzat. Impian rancangan di bilik tadi hancur berkecai.

Vote bebanyak kalau nak saya update lagi cepat . 🌟🌟🌟🌟

Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now