BAB 44

10K 319 0
                                    

"Makcik buat kuih apa ni? " Nureen menegur Rosnina sedang mengukus pulut.

"Eh Sara, makcik niatnya nak buat kuih seri muka. Sara pernah makan? "

"Pernah..abang Sara pernah cakap ni kuih kegemaran arwah mak. "sebak nureen mengenangkan arwah ibunya.

"Makcik minta maaf Sara. Makcik tak tau yang-. "

"Takpa makcik..bukan salah makcik.. Sara cuma terkenangkan arwah mak je.. Sara terkilan sebab tak pernah kenal mak. "Nureen mengelap air matanya hampir menitis. Rosnina terus memeluk gadis di depannya.

"Shushh.. jangan nangis.. kalau Sara nak suruh makcik jadi mak Sara pon boleh sayang.. Panggil ibu sayang. "Rosnina mengusap belakang Nureen yang teresak menangis.

"ibu. "sepatah ayat keramat keluar dari mulut Sara. Lama dia ingin menyebut perkataan sebegitu.Lama mereka berpelukan.

"Drama hindustan apa kat dapur ni bu? " Izzat yang baru pulang dari membeli barang dapur melihat adegan tersebut. Nureen cepat2 mengelap air mata dan masuk ke tandas.

"Takda apa laa Izz.. mana barang ibu suruh beli tadi. " Rosnina menghulurkan tangannya mengambil plastik dari tangan Izzat.

Izzat berlalu ke bilik. Pelik. Takpa nanti esok dia korek sama ibu.

Keesokan paginya.

"Ibu kenapa dia menangis semalam? " Sambil mengatur kuih sambil itu dia bertanya.

"Siapa dia? "Rosnina buat2 tak tahu.

"Nureen.. ehh Sara. "tersasul pulak.

"Oh.. takda apa.. Izz nak tau pergi laa tanya dia sendiri. " Rosnina mengambil kerusi plastik untuk duduk.

"Alaa bu.. ngan ijat pon nak berahsia.. bagitau laa sebagai upah ijat teman ibu harini sampai jualan habis. "Izzat bermain tarik tali dengan ibunya.

"Taklaa..semalam macam ni kisahnya.. "Rosnina menerangkam perihal semalam.

"Ohh macamtu..ijat ingatkan apa semalam. "Izzat mengaru kepalanya yg tidak gatal.

"Yang kamu ambil kisah kenapa?  Dah jatuh hati kat anak dara orang ke? Ibu pon berkenan kalau Sara jadi menantu ibu." Rosnina mula cucuk jarum.

"Ehh.. ibu ke situ pulak.Tunggu Ijat konvo dulu baru Izzat bawa balik menantu untuk ibu.. lagi sebulan je lagi. "izzat cepat2 cover.

"Yelaa.. tapi ibu harap2 izz bawak balik Sara kat sini lagi sebagai menantu ibu. " usik ibunya lagi. Izzat malas melayan usikan ibunya dan berlalu ke pangkin.

Petang.

Nureen macam biasa mengambil angin petang di pantai ditemani Izzat. Lama kemudian baru dia duduk menghadap laut. Tenangnya.

"Kau kenapa menangis semalam? " Izzat memulakan topik walhal dia sudah tau puncanya.

"Awak nampak ke? "merah muka Nureen menahan malu.

"Takyah laa malu.. macam aku tak pernah tengok kau nangis..  dah puas tau. "

"Kalau dah puas.. nanti kalau cerita balik, saya nangis balik awak nk pujuk. "Nureen membidas.

"Taknak laa pujuk, kau besar panjang.. pandai2 pujuk diri sendiri. "Izzat membalas tak mahu kalah. Sepi.

"Kau rindu mak kau kan? " Izzat memandang wajahbdi depannya.  Terus berubah riak mukanya.

"Aku tau laa.. tapi kalau kau nak kongsi ibu dengan aku boleh je.. aku tak marah.. kita berdua sama kekurangan kasih sayang..  aku masih ada ibu tapi tiada ayah sedangkan kau pula sebaliknya.. tapi kau kena ingat ramai lagi kat luar tidak punya kedua2 nya.. jadi kita masih beruntung.. kalau arwah mak kau tengok kau macamni mesti dia sedih tau.. kau boleh jaa anggap ibu sebagai mak kau.. lagipun dia ibu mertua kau jugak kan. "panjang lebar Izzat memberi kata2 semangat tidak sedar orang disebelahnya terburai air mata.

"Terima kasih.Tapi ayah awak dah tiada ke?"Nureen sekadar ingin tahu.

"Entah hidup ke tak.. aku malas nak  fikirkan pasal dia.Kau cerita laa pasal ayah kandung kau tu.. aku nak dengar." Izzat membaringkan dirinya.. Kalau boleh ingin lupakan pasal ayah kandungnya. Sudah bertahun ibu menipunya cakap ayah sibuk kerja sampai tak balik rumah.  Kesudahannya mesej di telefon ibu dibuka dan ditanya pada jiran sebelahnya maksud 'cerai' itu. Setelah tahu kebenaran itu Izzat tak berani untuk tanya kepada ibunya lagi bimbang menimbulkan kesedihan ibunya.

"macam ni ceritanya...... " nureen menjelaskan satu persatu.

Jangan lupa Vote. 🌟🌟🌟

Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now