BAB 52

10K 332 1
                                    

"Sara.. subuh takdi, Izzat ado call ibu.. dio oyak selamat sampai doh sano. "Bagitahu ibu sedang mengemaskan jualannya dan turut dibantu Nurin.

"Ohh.. yeke macamtu.. alhamdulillah."ucap Nurin. Dia pon sebenarnya dah sedia maklum melalui whatapps pagi tadi.

"Sara..lepasni ibu nak mintak Sara temankan ibu pergi dekat butik pengantin boleh tak? " kata ibu.

"Nak buat apa bu kat sana? " Nurin sekadar bertanya malah dia dapat menekanya lagi. Ini mesti untuk meminang anak penghulu kampung tu.

"Ibu nak tempah baju untuk Izzat dan Mila..boleh tak Sara hantarkan ibu? Kalau boleh ibu nak cepat2 kan..takpun lepas Izzat habis belajar nanti."kata ibu meletakkan bakul kuih terakhir diatas gerai.

"Ohh.. haa.. boleh bu.. nanti ibu tunjukkan jalan. "tergagap dia seketika.Kenapa cepat sangat.. Mahu bertanya takut bimbang masuk campur urusan dua beranak itu.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, mereka pun bertolak ke butik tersebut.Lebih kurang lima belas minit mereka sampai di Dream Bride Boutique. Mereka berdua masuk ke dalam dan dipersilakan untuk melihat contoh2 pakaian yg ingin ditempah.

"Cuba Sara tengok hokni..lawa kan?" tunjuk ibu melihat pakaian pengantin jenis satin berlabuci itu.Nurin pon agak berkenan juga.Nampak cantik dan simple potongannya.

"Cantik bu..Sara suka potongan dia..Manik2 pon terletak elok je. "Dia bersetuju dengan pilihan ibu.

"Tapi nak warna apa ye..Sara rasa sesuai dengan warna apa?" kata ibu.

"Entah ibuu.. apa kata ibu tanya tuan punya badan sendiri. " Sebenarnya dia tidak mahu melebih2..orang lain punya majlis jadi tak perlu dia masuk campur.

"Tadi ibu ada call...dia busy mengajar budak tadika di negeri Perak...nanti ibu tanya dia balik.. bagi pendapat Sara warna apa yg sesuai. "terang ibu.

"Kalau Sara.. better kita pilih warna cerah2 untuk kain ni.. warna ungu cerah pon lawa ibu. " dia memberi pendapat.

"Okey jugak.. takpa.. nanti ibu call dia tanya lagi, takut dia tak setuju pulak. "kata ibu.

Setelah selesai memilih mereka pula diminta untuk mengukur pakaian untuk potongan.Dirinya diminta diganti sabagai ukuran. Ibu kata Mila lebih kurang dia je.Pelik dengan ibu sepatutnya dia pergi bersama bakal pengantin. Tapi mungkin juga ibu taknak menyusahkan menantu dia duduk jauh tu. Lagipun tidak salah dia menolong ibu waktu sebegini kerana ibu juga banyak menolongnya sepanjang berada disini.

Malam itu dia mendapat chat dari Izzat.

Asslamualaikum, awak tengah buat apa tu? (i)

Waalaikumussalam.. takda buat apa lahh.. baca novel je. Penat harini. (n)

Penat kenapa? Maaf susahkan awak. (i)

Ehh.. bukan tu maksud saya.. saya penat sebab selalu berlari2 dalam fikiran awak. hahaha.(n)

Hahaha.. pandai buat pickupline ehh.. sapa ajar ni? (i)

Takda laa tadi terbaca dalam facebook.. btw awak macam mana kat sana? (n)

Baru sampai petang tadi dah berlambak lec bagi assignment akhir tahun. (i)

mohon tabah okey.. biasalaa akhir tahun banyak kena selesaikan.. kipidap..haha(n)

lagipun saya takleh buat kerja sekarang.. ermm (i)

kenapa? kalau takboleh buat tidur laa dulu sebentar. mungkin mabuk bas awak tu belum hilang lagi. (n)

mungkin.. ni juga buat saya rindu dan angau dengan jari2 awak urut kepala saya ni haa.. hahaha. (i)

mengada.. dahlaa.. saya nak jenguk ibu kat dapur masak apa.. (n)

haha.. okeylaa.. jaga diri.. take care.. i miss u so much love. (i)

baru je sehari.. mengada je lebih..gerak dulu..fighting utk final ni.. assalamualaikum..(n)

Nurin terus meletakkan telefon di birai katil dan berlalu ke dapur untuk menolong ibu memasak untuk berniaga esok pagi.

"Ibu.. ada apa yg Sara boleh tolong? " tanyanya.

"Aihh.. takdok doh..semua dah siap.. lagipun ibu tau Sara penat harini teman ibu. "jelas ibu mengangkat bekas kuih diletakkan atas meja.

"Takda apa laa ibu.. Sara senang hati menolong ibu. "Nurin memeluk belakang ibu.

"Suka hati ibu kalau Sara selalu bersama ibu. "Ibu membalas pelukannya.

Jangan lupa vote. 🌟🌟🌟










Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now