BAB 53

10.1K 313 1
                                    

Lebih kurang seminggu lagi Izzat bakal menghabiskan pengajian. Cepat betul masa berlalu. Semalam dia mendapat panggilan dari ibu.Ibu menyuruhnya siap2 menempah barang hantaran untuk hari persandingannya nanti.Hatinya berbunga ceria

Falshback.

"Assalamualaikum Izz.. Izz free ke harini? " tanya ibu.

"Waalaikumussalam bu..Ijat baru je habis study group petang tadi..ni nak rehat sebentar.. ada apa ibu call? " tanyanya sambil merehatkan badan di atas katil.

"Ibu nak cakap sesuatu dekat Izz.. macamni, haritu Izz ada cakap kat ibu Izz ada duit simpanankan haritu? "tanya ibu seolah2 berbisik.

"Haa bu.. ada laa dalam 3000 macamtu.. kenapa ya bu? " pelik Izzat kerana ibu selalunya tidak bertanya pasal hal ini. Duit tabungan itu disimpan semasa dia belajar dan bekerja semata2 ingin membawa ibunya ke tanah suci suatu hari nanti.

"Ibu nak Izz gunakan duit tu untuk diri Izz. "jelas ibu.

"Tapi kenapa bu..Ijat nak bawa ibu pergi haji pakai duit tu.Ke ibu nak pakai duit tuu..nanti esok Ijat transfer dekat akaun ibu." kata Izzat

"Bukan.. ibu nak Izz pakai duit tu untuk barang hantaran nanti. "terang ibu.

"Barang hantaran? Maksud ibu dekat Mila ke? Tapi ibu Izzat tak bagi kata putus lagi kan."terus terduduk Izzat dari pembaringannya.

"Bukan untuk Mila.. tapi untuk Sara.Nanti lepas Izz habis belajar nanti ibu nak Izz kawin terus dengan dia.Izz suka kat Sara kan?"teka ibu.

"Apa?ka.. ka..kawin.. tapi kenapa cepat ni ibu? " tergagap dia sekejap. Mana taknya mereka pon dah sah menjadi suami isteri. Kawin kali kedua? 

"Kenapa? Izz tak suka ke? "tanya ibu.

"Ishh.. bukan ibu..Ijat suka dia tapi sebenarnya Ijat dah..ermm dah.. "teragak2 dia memberitahu ibunya.

"Kamu ni dah kenapa gagap2.. terkejut sangat ke?haha Izz ibu letak dulu yaa..Mak Limah mari rumah ni nak siapkan pelamin.. Tapi hal ni jangan bagitahu Sara. Ibu nak buat suprise dekat dia.. Nanti Izz tanya laa dia nak apa untuk hantaran nanti ya. Assalamualaikum"Ibu meletakkan panggilan sebelum sempat Izzat menjelaskan perkara sebenar.

'Takpa laa Izzat.. nanti kau balik kau terus terang dekat ibu.' Dia mengambil tuala dan berlalu untuk mandi.

End Flashback.

Izzat keluar ke megamall terbesar di JB memandangkan  minggu depan dia dah exam.Duit dikeluarkan dan dia menelek phone nelihat list barang2 kesukaan Nurin. Malam tadi dia menghabiskan masa dua jam chatting dengan Nurin semata2 hal ini. Nurin amat pelik dengan kelakuannya namun dengan cepat dia mencipta alasan ingin mengenali lebih diri Nurin. Hal ini kerana ibu dah berpesan supaya Nurin tidak boleh tahu tentang ini.Lagipun Nurin seorang yang bersederhana tak minta barang yg mahal membuatkan dia tetap dengan pilihannya menjadikan Nurin suri hatinya.

Okey let's go! Lagipun senang kerjanya kerana dia Nurin dah siap send gambar barang2 kesukaannya.

Selesai membeli belah,Izzat terus pulang ke bilik.

"Wei.. banyak barang kau beli Jat! " tegur Roshan.

"Ehh.. lupa nak bagitau.. nanti minggu depan jangan lupa mari rumah aku.. aku kawin. " terang Izzat dengan muka ceria.

"Wei.. kenapa tak bagitahu awal2..aku rumete kau kot. By the way congratulations bro." Roshan menepuk bahunya.

"Aku lupa.. maklum laa exam nk dekat. "cover Izzat. Padahal benda ni last minit baru ibu bagitau.

"Aku tengok kau rilek je Jat.. tak gabra ehh nak akad nikah ni.Aku taknak tengok kawan aku akad dua tiga kali.haha"gurau Roshan.
"Gabra laa jugak.. tapi aku dah praktis setiap hari. Buat persediaan awal. "tipu Izzat.

"Yelaa tu.. tak dengar pon.. ni bini kau orang mana?  mesti lawa kan sebab dah berjaya curi hati kau. "panjang pula dia menyoal selidik.

"Johor. Satu tempat belajar dengan kita jugak. Lawa tuu bonus laa bagi aku.. Kau nak tau siapa kau datang laa majlis aku nanti. "Izzat tersenyum terbayang2 wajah Nurin didepannya.

"Cakap laa.. satu kos dengan kita ke? ke budak diploma yg kau bercinta sakan haritu? " teka Roshan mengingatkan Izzat pada Nini.

"Kau datang majlis aku baru kau tau.. Dah laa aku nk pergi mandi. Malas layan kau. " Izzat mengambil tuala dan berlalu ke bilik air.

Jangan lupa vote. 🌟🌟🌟









Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now