BAB 43

10.1K 372 0
                                    

Nureen POV.

Aku bermain air ombak di gigi pantai.Izzat pon turut melakukan hal sama.

"Kau marah aku ke? " Izzat memulakan bicara setelah lama kami mendiamkan diri.

"Tak. "Sepatah je aku menjawab.

"Habistu kenapa kau senyap je.  Kau tak suka ke? "Lagi panjang soalan ni.

"Saya okey je. "Panjang sikit jawapan yang aku bagi sambil berjalan mara ke hadapan.Tiba2 tanganku ditarik untuk ke sisi pasir.Aku cuba untuk melepaskan tanganku.

"Apani!Tak suka laa."Bentak ku kepadanya. Aku masih marahkan dia kerana hal tadi.

"Duduk. "Izzat duduk dan mengeluarkan arahannya.

"Takpa.. saya okey je berdiri. Tak patah kaki pon. "Aku memandang pemandangan pantai di depan.

"Kau ni degil kan. "Izzat menarik kuat tanganku menyebabkan aku terduduk di sebelahnya.

"Tak boleh buat baik2 sikit ke.. main tarik2 ingat saya ni tali ke? "Aku membuang selipar dan dilapik di bawah punggungku menunggu bicaranya.

"Aku nak min- "Izzat mengatur bicara.

Izzat Pov.

Untuk mengelakkan isu ini berpanjangan,ada lebih elok aku minta maaf dan terangkan perkara sebenar.

"Aku nak min-"Tiba2 telefon bimbitku berbunyi.

"Assalamualaikum ibu.. kenapa? "

"Ye ke.. Takpa laa nanti kami singgah sana."

"Haa..ibu tunggu dalam 30 minit boleh? "

"Waalaikumussalam. "Aku memasukkan telefon di dalam poket.

"Lepasni boleh tak kita ambil ibu kat tempat mengaji? Motor bocor kat sana tadi. " Aku memberitahunya.

"Boleh saja.. nanti awak tunjukkan jalan. "Aku melihatnya mengutip kulit2 siput berhampiran.

"Kau nak balik sana ke?  Kalau nak balik aku izinkan. Pergi laa kemas barang malam ni.Takut kau tak biasa tinggal kat rumah aku yang sempit ni."Aku memulakan bicara sambil melihat pantai di depan.

"Saya tak cakap apa pon kan.. awak jangan buat saya macam jahat sangat. Saya pon dah biasa hidup susah." Nureen membela diri.

"Taklaa.. cara kau cakap dgn abang kau pon aku dah tau kau tak suka. "mendatar je suaraku.

"Bukan.. awak jangan salah faham.. saya selesa kat sini tapi apa yang buat saya tak suka, kenapa awak tak bincang dgn saya dulu pasal ni.. "panjang nureen menyuarakan isi hati.

"Okey.. aku bersalah dalam hal ni.. tapi aku buat ni ada sebab.. aku nak kau jaga ibu aku..aku tau dia sakit tapi dia taknak tunjuk depan aku.. memandangkan minggu depan aku dah nak sambung belajar.. aku nak minta tolong kau untuk sebulan ni..aku dah taknak susahkan jiran aku..kau boleh kan?"Ini merupakan salah satu sebab aku dan satu lagi misi mengenal hati budi dia.

"Kenapa tak beritahu awal2." Nureen berasa amat bersalah kerana mengikut perasaaan tadi.

"Aku dah bagitau.Jadi kau takyah laa buat muka cemberut macam tadi. Buruk. " Aku saja ingin mewujudkan kemesraan antara kami.

"Amboi.. suka hati cakap muka saya buruk. Awak laa penyebabnya eah. " Nureen mencebik bibir.

"Dah tengok tu buat lagi.. lagi buruk laa aku tengok muka kau. hahaha "Aku terhibur melihat rajuknya.

"Awak ni.. " Nureen ingin menampar belakangku tapi sempat aku menangkap tangannya dan dipegang kemas. Mataku melihat dalam matanya.

Aku berdiri dan dia ikut sama berdiri kerana tangannya masih ku pegang. Aku melepaskan pegangan tangan kami dan menjentik dahinya.Tersedar dia bagaikan dipukau.

"Kau kena sampuk hantu air ke? hahaha. "aku tergelak kerana dapat mengenakan dirinya.Saja aku berbuat begitu bagi dia rasa romantik suaminya ini walaupun tak diucap dengan perkataan 'i love u' macam pasangan lain.

"Sakit laa awak.!"Nureen menggosok dahinya.

"Tipu.. sikit je aku buat.. dah jom pergi jemput ibu.Dah lewat sangat dah ni."Tipuku melihat jam tangan masih lagi ada 10 minit dan terus berjalan ke depan.

"Awak tunggu.! "

Aku berpaling ke belakang melihat dia kalut2 menyarung selipar dan mengejar langkahku.  Aku tersenyum.

Maaf kepada reader sebab lama tak update.Jangan marah2 tau nanti kena sailang dekat Izzat.😂 Yang penting.......
.
.
.

Jangan lupa vote 🌟🌟🌟






Tergantung Sepi.Where stories live. Discover now