[13]

19.8K 689 8
                                    

Alesha terbangun daripada tidurnya. Alesha  melihat jarum sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Tiba- tiba angin dari tingkap yang terbuka menerpa mukanya. Angin itu berjaya membuatkan Alesha mengigil. "Baik aku pergi tutup tingkap" monolog Alesha. Apabila dia sampai ditingkap, dia terlihat pemandangan diluar. Terus dia terfikir akan Encik Aminuddin aka ayahnya. Muncul di benak hatinya untuk melarikan diri daripada rumah itu.

     Setelah melihat keadaan sekeliling, dia memulakan langkah dengan mengeluarkan kaki dari tingkap. Setelah berjaya keluar dari tingkap, dia terus berjalan rapat kedinding menuju ke tangga. Lalu dia mengelungsur melalui paip. Tetiba dia berasa seakan-akan pernah berbuat sedemikian. Apabila kakinya sudah mencapai tanah dengan selamat. Dia terus menahan sebuah teksi yang lalu disitu.

    Pemandu teksi itu berasa 'was-was' untuk menerima Alesha kerana tidak pernah lagi baginya seorang wanita hendak menumpang pada jam 2 pagi. Takut- takut bukan manusia pulak kan. Tetapi saat Alesha memberikan 'salam' ,pemandu teksi tersebut terus berasa lega lalu membukakan pintu kepada Alesha. "Cik nak pergi mana malam- malam buta ni" tanya pemandu teksi tersebut. " Boleh tak hantarkan saya ke Taman xx" balas Alesha. Pemandu tersebut membalas dengan anggukan kecil.

--------

  Puan Sabrina terjaga dari tidurnya setelah mendengar ketukan bertalu- talu dari pintu rumah. Dia berfikir bahawa itu ialah suaminya kerana memang kebiasaan suaminya akan pulang pada larut malam. Lalu, dia memulas tombol pintu. Maka, terpacul lah muka seorang gadis yang dibencinya. "Engkau kenapa kesini la perempuan murahan. Aku dah jual kau dekat Si kaya tu kan. Dah pergi mampus!" Jerkah Puan Sabrina. "Mak, Lesha tak nak mak. Izinkan Alesha duduk sini balik mak" sayu Alesha membalas.

   Dengan tanpa belas kasihan Puan Sabrina menolak Alesha sehingga terhumban kebelakang seraya mengunci pintu .Alesha menyandarkan diri di pintu sambil mengetuk- ngetuk pintu tersebut. Tiba-tiba muncul sebuah kereta Lamborghini Aventador. Apabila pintu kereta dibuka, terserlah lah muka Tengku Fawwaz sambil memakai 'Kot hitam'. "Long time not see, Yana" Ujar Tengku Fawwaz.

Alesha pov

Ni lagi sekor, suka sangat panggil aku Yana. Diorang tak faham bahasa ke apa? Aku ni Alesha Zahra binti Aminuddin! Semasa aku tengah bermonolog sendirian, tiba- tiba aku didukung Tengku Fawwaz secara 'bridal style' menuju ke keretanya. Aku cuba meronta untuk dilepaskan dan memukulnya. Tapi apakan daya, tenaga seorang lelaki lebih kuat berbanding seorang wanita.

Sesampai di kereta, dia membuka pintu seat sebelah pemandu lalu menghempas badanku.

B1 : Cinderella Untuk MafiaWhere stories live. Discover now