[16]

18.3K 624 1
                                    

Alesha pov

Aku tak tahu kenapa dah 3 hari aku rasa aku penat sangat. Macam kalau buat sesuatu je mesti aku penat. Walaupun cuma berjalan. Aku rasa macam pinggang aku sakit yang teramat.

End Alesha pov

Alesha menekan punat merah yang dikhaskan untuk memanggil jururawat. Pinggangnyer benar-benar sakit. Tidak lama kemudian, beberapa jururawat dan doktor masuk ke bilik tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Alesha sedang mengerang kesakitan sambil memegang pinggangnyer. Doktor terus menyuntik dengan ubat penenang. Dengan serta merta pemandangan Alesha menjadi kelam.

----------
Fawwaz pov

"Berdasarkan penyiasatan kami, Alesha mempunyai masalah pinggang. Kami syorkan untuk tuan segera mencari penderma pinggang yang sesuai untuk Alesha kerana ia sudah berada di tahap kritikal"

Haihh. Mana aku nak cari penderma pinggang pulak dah. Lepas satu hal, satu hal muncul. Aku nak balas dendam, apahal aku pulak yang kena jaga dia. Takkan aku nak derma pinggang aku untuk dia pulak.

End Fawwaz pov

"Hmm, awak, saya rasa saya nak derma pinggang la dekat Alesha". Pernyataan Meirlyn berjaya membuatkan Fawwaz tersentak." Dah kenapa pulak awak ni?" tanya Fawwaz lembut.

" Tak pe laa, tak salahkan, bolehlaaa, please. Kalau awak bagi, nanti saya akan fikirkan pasal lamaran awak hari tu" Mendengarkan perkataan lamaran, terus Fawwaz bersetuju. "Nanti kita jumpa doktor tanya awak sesuai tak"

----------

Skip - selesai pemindahan pinggang

Alesha pov

Kepalaku berasa berpinar- pinar. Kesakitan di pinggangku seseolah mula beransur pulih. Tiba- tiba pintu dikuak. " Cik dah bangun? Cik rasa pinggang cik ada perubahan tak? Tanya jururawat tersebut. " Pinggang saya rasa macam beransur pulih"

" Hmm bagusla, cik patut berterima kasih dekat Cik Meirlyn sebab dah bagi sebahagian pinggang dia kepada cik" ujar jururawat tersebut sebelum meninggalkan bilik itu.

Hah? Meirlyn yang derma kat aku? Walaupun aku layan dia macam tu?

Tiba-tiba aku terdengar dengkuran halus disebalik langsir yang menempatkan katil disebelahku. Aku menyelak sedikit langsir. Terlihat Meirlyn sedang tidur lena disitu. Tiba- tiba pintu dikuak dari sekali dan orangnyer ialah Fawwaz. Terus Aku memejamkan agar kelihatan seperti  sedang dibuai mimpi.

End Alesha pov

Fawwaz mencium dahi Meirlyn yang putih bersih. Tiada sebarang kesan jeragat atau jerawat di situ. Dari samar-samar, Alesha terlihat Fawwaz menangis lalu berkata " maafkan aku,  aku tahu aku tak sempurna buat kau. Banyak lagi lelaki yang boleh mendekatkan lagi kau dengan islam. Maafkan aku lagi sekali, aku lebih mementingkan dendam dari kau"

B1 : Cinderella Untuk MafiaWhere stories live. Discover now