[34]

21.5K 525 55
                                    

" Doktor, anak dan cucu saya dah boleh balik ?" soal Datin Sabrina. Tidak sabarnya hendak membawa cucunya ke alam baru. " Maafkan saya tapi saya syorkan cik Yana hanya tinggal disini dulu. Senang kami pantau kondisi baru Yana" ulas doktor. " Tak pe doktor jangan risau. Kami nanti akan jaga Yana sementara Yana pantang" ujar Datin Sabrina. " Bukan pasal pantang Datin, tapi pasal penyakit Yana " balas doktor. " Penyakit Yana?!" Soal Dato' Haydar pelik." Ya, penyakit Yana. Encik Fawwaz tak bagitahu Datin ke bahawa Yana menghidapi penyakit Leukimia" kata Doktor. 

" Leukimia?! Allahu "jerit Datin Sabrina. Hampir pitam mendengar anak menghadapi penyakit kritikal sebegitu. " Ya Allah, tahap berapa doktor?" tanya Datin Widad. " Tahap..empat" balas doktor bersalah. Terus Datin Sabrina pengsan mendengar bait bicara darii doktor itu. Segera Dato' Ikram memapah isterinya. Siapa tak terkejut dengar anak sendiri menghadapi penyakit Leukimia. 

Dato' Haydar terus mendail nombor telefon Fawwaz untuk mendengar keterangan.  1..2..3. Fawwaz masih tidak menjawab panggilan tersebut. Tiba- tiba talian dapat disambung. Tetapi tiada siapa yang menyahut. " Fawwaz jawab panggilan papa! " jerkah Dato' Haydar. Tetiba dengar suara serak basah dari hujung talian. " Kau nak anak kau hidup? datang dekat gedung terbiar Jalan Zdic ". Talian terus mati. " Woi, mana anak aku!" soal Dato' Haydar Tetapi malang, kerana talian telah dimatikan.

Datin Widad dan Dato' Ikram meghampiri Dato' Haydar setelah mendengar jeritan darinya. " Kenapa bang?" soal Datin Widad. " Anak kita..dekat gedung terbiar jalan Zdic. " Hah? dah kenapa anak kita kat situ" soal Datin Widad.

-

-

Yana dari tadi mendengar perbualan Dato' Haydar dari sebalik pintu. Setiap perbualan mereka dapat didengarinya. Dah bapa mentuanya bukak speaker. "Gudang terbiar jalan Zdic". Mendengar sahaja bicara itu, Yana terus membuka langkah ke sana. Dengan berbaju hospitalnya itu. Segera dia menahan teksi yang tepat lalu di hadapannya. 

" Adik nak pergi mana ni? Tergesa je pakcik nampak" soal pakcik itu. " Pakcik tolong hantar saya dekat gudang terbiar jalan Zdic" arah Yana. Pemandu itu terus mengikut sahaja kehendak Yana yang terburu-buru itu. Walaupun aneh juga nak pergi gudang tu pagi-pagi jumaat ni. " Pakcik laju sikit" pinta Yana. " Ye ye pakcik laju ni " jawab pemandu itu.

Situasi Fawwaz,

" Kau nak tahu tak? aku benci gila dekat kau. Kau perempas Yana aku. Bodoh" ujar Fauzan sambil menonjol kepala Fawwaz yang hanya tinggal nyawa ikan. Dari semalam ia dilibas dan ditoreh kulitnya oleh syaitan yang bertopeng manusia dihadapannya tadi. Ditambah lagi bau busuk mayat Fasya yang masih fresh lagi tu. 

Flashback

" Apa ni Fauzan. Kau dah janji takde cederakan, yang kau pergi libas Fawwaz kenapa? " marah Fasya. Janji tak kacau 'crush' memasing. " Heh biasalah, aku melayu kut. Melayu mana pernah tepati janji" balas Fauzan . " Tapi kau dah melebih lah! " jerit Fasya. " Baik kau diam sebelum dengan kau kau aku libas" ugut Fauzan. " Huh berani sangat sini lah. Kau memang-" tidak sempat Fasya menghabiskan ungkapannya, ia sudah dijemput illahi. Hanya dengan satu das tembakan yang tepat mengenai jantungnya.

End Flashback

" So Fawwaz, ada ungkapan terakhir? aku malas nak berlama dengan kau" kata Fauzan sambil mengacu pistol pada kepala Fawwaz. " A..ku akan pastikan kau takkan dapat Ya..na aku" ujar Fawwaz dengan sisa nafasnya yang masih ada.  " Kesian kau, takkan tercapai cita-cita kau" balas Fauzan sinis lalu menarik picu pistolnya.

Bang.

Bersaksikan empat mata itu, Yana rebah dilantai dengan darah laju mengalir daripada perutnya yang ditembusi peluru pistol milik Fauzan. Terbuntang mata dua jejaka itu. Terketar-ketar tangan Fauzan pabila mengetahui dia telah membunuh si penjantung hati dengan tangannya sendiri.  " A..bang..Allah dengar doa' abang.. Yana yang tak mati sebab penyakit tu.. Yana mati demi abang. Abang jangan risau, Yana akan sentiasa doa'kan abang kat sana..Saya sayang abang. Jaga anak kita" ujar Yana sebelum ia menghembus nafasnya yang terakhir pada hari yang mulia.

Tiba- tiba terdengar tangisan bayi. Tangisan Aniq yang didukung oleh neneknya. Rupanya setiap bait bicara Yana tadi, didengari oleh anggota keluarganya. Sayu. Aniq seakan memahami pemergian ibunya. " Lepaskan pistol anda, anda sudah dikepung oleh polis" ujar Ketua polis.

-

-

-

-

To be continue..

Jangan nangis reader ku sayang uu~ Kerana air mata mu amat berharga buat Author.



B1 : Cinderella Untuk MafiaWhere stories live. Discover now