[26]

17.8K 567 9
                                    

Thanks kepada reader yang comel-comel belaka nih. Tak sangka boleh sampai 8k view story nih. Thanks again reader! ----

Setelah penyakit yang dihadapi Yana diketahui, layanan Fawwaz telah pun berubah 360°.
------------
"Awak kita gugurkan jelah kandungan tu, awak punya kesihatan lagi perlu. Setakat anak, lain kali pun kita boleh buat kan?" pujuk Fawwaz. Sudah seringkali  di menasihati isterinya dengan pelbagai cara.

" Saya dah kata saya tak nak, saya tak nak lah. Takkan awak nak bunuh anak awak yang tak bersalah ni!" marah Yana. " Haih, yelah awak tapi-" tak sempat Fawwaz menghabiskan ayatnya apabila Yana berkata " Awak ni kenapa nak bunuh anak sendiri?!" seraya mengambil langkah masuk ke bilik.
Namun baru 10 langkah dia menaiki tangga, Fawwaz terlebih dahulu menarik tangannya.

" Haih sayang, janganlah macam ni. Tolonglah gugurkan je budak tu" Marah Fawwaz. " Saya kata saya tak nak. Maksudnya Saya tak nak lah" ujar Yana seraya cuba menarik tangannya semula. Tapi hampa, apabila Fawwaz makin menguatkan cengkamannya.

" Lepaslahhhh" Jerkah Yana seraya menolak tubuh Fawwaz. Terus dia mengambil langkah kembali untuk ke biliknya. " Haih, nasiblah sayang" monolog Fawwaz. Tiba-tiba telefonnya berbunyi, menandakan ada panggilan masuk.

" Kenapa call ? " tanya Fawwaz. " I nak kita jumpa kat cafe biasa " ujar seseorang yang menelefonnya tadi. Lalu dimatikan telefonnya dengan segera. " Fasya ai-, erghhh apahal semua perempuan hari ni menyusahkan je tau?" keluh Fawwaz.

--------

" Hah you dah kenapa nak jumpa I, you tau tak yang I ni busy sekarang " ujar Fawwaz.
" Alaa you ni, I cuma nak tanya bila you nak ceraikan perempuan tu  hmmm?" tanya Fasya. " I mungkin takkan ceraikan dia"balas Fawwaz. " Hah?!? But why? You dah janji dengan I yang you nak ceraikan dia kan?!" marah Fasya.

" You ni, cakaplah slow sikit. Orang tengok macam I ni dera you tau tak! I takkan ceraikan dia sebab dia mengandungkan anak I" ujar Fawwaz apabila melihat pelanggan lain hanya memerhati mereka berdua.

" Hah?! Senangnyer you cakap! Dah tu, I nak letak mana? You nak buang I la ni?" sinis Fasya bertanya. " I tak kata I nak buang you, mungkin nanti dia jadi madu you?" kata Fawwaz. " Euwww, you nak I madu dengan perempuan tahi tu? No way!" ucap Fasya.

" Dia bukan perempuan tahi la weyh. Dia ada nama. Dah lah kalau you tak nak terima sudah" marah Fawwaz lalu meninggalkan Fasya bersendirian. " Hey you!" jerit Fasya. Teriba muncul seorang lelaki memakai
Hoodie. " Kau nak bekerjasama dengan aku?"

---------

Thanks again reader. Terutamanya yang x pernah miss baca story saya ni dan kak 'yati'.

B1 : Cinderella Untuk MafiaWhere stories live. Discover now