[23]

17.5K 522 27
                                    

Untuk maklumat korang, atau yang tak faham, story ni ada 3 perempuan.

Yana/ Alesha (watak utama)

Meirlyn Natasha 

Fasyarina 

--------------

Yana dari tadi melirik pada jam tangannya, " Haish mamat ni, kata nak jemput aku pukul 2, ni sekarang dah pukul 3" ngomel Yana. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti tepat didepannya. Fauzan keluar dari kereta lalu membuka pintu untuk Yana. " Sorry duyh, traffic jem" ujar Fauzan. " Hmmm" balas Yana acuh tak acuh seraya meloloskan dirinya kedalam kereta tersebut.

"Kau nak pergi mana ni? tetiba je call aku?" tanya Fauzan, " Farmasi" balas Yana. 

"Yah, kau ni kenapa? eh jap, apahal dengan lengan kau ni?" tanya Fauzan apabila terlihat lengan Yana kebiru-biruan. "Tak de pape lah" ucap Yana lalu menepis tangan Fawwaz yang memegang lengannya. " Fawwaz buat ke?" persoalaan Fauzan hanya dibiarkan sepi oleh Yana. Sesampai sahaja di tempat parking , Yana laju meloloskan dirinya ke dalam farmasi. Meninggalkan Fauzan keseorangan dibelakang.

Laju tangan Yana mengambil beberapa ubat lalu pergi ke kaunter. Di raba koceknya dan..wait kejap- kosong?! "pfft. ha'ah laa dompet aku tertinggal kat atas meja" monolog Yana. Tiba-tiba seorang lelaki muncul lalu membayarkan bil tersebut. " Tulah jangan ego tinggi sangat, kan malu " ujar Fauzan lalu meraih tangan Yana menuju ke kereta.

" Eh, nak pergi mana ni? rumah aku dah lepas tu" tanya Yana apabila kereta Fauzan meluncur laju melepasi simpang ke rumahnya . " Pergi makan kejap" ujar Fauzan.

-------------

" Kau pergi mana ?lama tak jumpa" tanya Yana seusai mereka siap meng'order' makanan. " Aku? aku dah jadi pilot tu yang sibuk sikit" balas Fauzan. Diraihnya tangan Yana lalu disapu ubat tadi. " Eh apa ni? malu la weyh orang tengok" ujar Yana apabila orang lain hanya tersenyum melihat mereka seperti sepasang kekasih yang bahagia.

Tiba-tiba Fauzan terlihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya. Fawwaz? Dan tepat Fawwaz sedang memerhati mereka berdua dengan pandangan yang tajam. Fauzan sengaja merapatkan lagi badannya dengan Yana untuk membuatkan amarah Fawwaz semakin membuak."Woi, tak payah nak rapat sangat la" ujar Yana.

" Alaa, lagi rapatkan lagi sweet" ujar Fauzan seraya mengucup pipi mulus Yana. Fawwaz yang sudah membuak amarahnya segera keluar dari restoran tersebut. Apabila makanan mereka sudah sampai, Fauzan terus menikmati makanan tersebut dengan senyuman yang melebar.

----------

Sesampainya Yana dirumah, terlihat Fawwaz sedang duduk di sofa. " Eh, awak dah balik?" ujar Yana seraya meraih tangan Fawwaz lalu dikucupnya. " Tadi, kau keluar dengan sapa?" tanya Fawwaz dingin. " Keluar dengan kawanlah, kan saya dah cakap pagi tadi" balas Yana. " Kau pergii mana?" tanya Fawwaz.

" Saya pergi farmasi dengan kedai makan je" balas Yana perlahan. " Hahahaha, yeke? bukan kau pergi dating dengan Zarul?" sinis Fawwaz berkata.

Pangg.....





B1 : Cinderella Untuk MafiaΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα