[33]

17.9K 505 14
                                    

Pintu dikuak dengan perlahan. Terlihat sekujur tubuh manusia sedang beristirehat di atas katil sambil mendukung seorang bayi. " Alhamdulillah, syukur  kepada Illahi. Cik dikurniakan anak lelaki " ujar doktor dengan senyuman yang melebar. " Ya Allah, terima kasih kerana masih memberikan hamba mu peluang untuk dikurniakan anak" ucap Fawwaz ketika melihat bayinya. Diambil bayi itu dengan berhati-hati, lalu diazankan ditelinga kiri dan di iqamatkan di telinga kanan. Syahdu kedengaran. Tanpa sedari, menitis jua air mata sepasang suami isteri itu. 

Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Terpacul lah muka ahli keluarga yang tercinta. " Mana cucu mama ni?" soalan yang pertama ditanya oleh Datin Sabrina. "Nah ma" kata Fawwaz seraya menghulurkan bayi itu kepada Mak mentuanya. Tiba-tiba bahunya ditepuk dari belakang. " Eh doktor, kenapa tepuk saya ni?" tanya Fawwaz. " Jumpa saya kat bilik saya sekejap sekarang " pinta doktor itu dengan senyuman tipis. " Ah okey" balas Fawwaz seraya berjalan mengekori doktor itu. 

" Ha kenapa doktor nak jumpa saya ni? " soal Fawwaz lagi seraya melabuhkan punggung ke kerusi. " Macam ni, awak pun tau kan yang Yana makin teruk. Berdasarkan kes yang sama dahulu, patutnya sekarang Yana mula muntah darah. Saya bukan berharap, tetapi hanya risau, sebab...." ujar doktor itu. " Sebab..?" tanya Fawwaz. " Sebab...orang yang mulai muntah darah ni..tak lama...lebih kurang 1 minggu je macam tu" sambung doktor ini dengan bersalah.

Terhenti nafas Fawwaz seketika. " Selama ni..dalam tandas dia selalu jugak muntah..tapi dia kunci pintu. Tak bagi aku tengok. Tapi kelmarin, dia keluar tandas, mungkin terlupa nak bersihkan sepenuhnya..aku nampak ada sisa darah dekat singki bilik air. Bila aku tanya, dia kata yang jari dia darah masatu, tapi masa tidur, aku ada jugak tengok jari dia. Takde kesan apa-apa pun" kata Fawwaz gusar. " Tak boleh buat apa--apa ke?" sambungnya lagi. Baru hendak bahagia dikurniakan zuriat dari Tuhan. " Maafkan kami, tapi kami tidak mampu buat apa-apa" balas doktor itu dengan rasa bersalah. " Takpelah kalau macam tu, saya minta diri dulu" ucap Fawwaz lalu melangkah keluar dari bilik itu. Makin lama duduk situ, makin sesak nafas di buatnya.

Pintu dikuak dari sekali, terus ditanya oleh bapanya. " Fawwaz pergi mana tadi? " soal Dato' Haydar. " Fawwaz pergi tandas sekejap" bohongnya. " Haih, bila lah Yana nak bagitau pasal penyakit dia ni kat keluarga dia ni, Haih " monolog Fawwaz. "Aik Abang Fawwaz, baru dapat anak dah mengeluh ni kenapa?"soal Fana. " Aish Fana, apa cakap macam tu! " marah Datin Sabrina kepada anak bongsunya itu. " Hahaaha tak pe ma, Tu ha, abang fikir nama yang sesuai ni untuk anak abang ni" bohong Fawwaz. " Haa, bagus juga cakap pasal nama ni. Ha, Yana, kamu ada nama ke untuk anak kamu ni?" tanya Datin Widad. 

" Ada.." jawab Yana perlahan. " Haa, apa namanya?" Tanya Dato' Ikram yang dari tadi diam membisu. " Aniq Hawwaz"

.

B1 : Cinderella Untuk MafiaWhere stories live. Discover now