[27]

17.3K 507 15
                                    

" Kau nak bekerjasama dengan aku?" tanya lelaki yang memakai hoodie tersebut. " Nak buat apa?" balas Fasya. " Yang pasti, kau akan dapat Fawwaz dan aku akan dapat Isteri dia" ujar lelaki tersebut. " Interesting, okey I setuju. Macam mana?" tanya Fasya.

" Tu nanti aku bagitau , sekarang aku perlu persetujuan kau untuk kerjasama dengan aku je dulu" balasnya lalu meminta diri. "Eh jap, you Zarul kan?" Tanya Fasya lagi seraya menurukan hoodie di kepala lelaki tersebut.
" Huh, I dah agak. Mesti you" sambung Fasya.

--------

*skip*

Fawwaz dari tadi memerhati Yana yang ligat memilih baju bayi. " Hmm awak rasa saya patut pilih yang mana? Kalau saya ambil yang ni, kalau keluar perempuan payah pulak. Tapi kalau saya ambik yang tu, kalau keluar lelaki pun payah jugak. " tanya Yana sambil memegang dua helai baju. " Haih apa susah, ambik jelah dua-dua " balas Fawwaz seraya memasukkan kedua-dua baju bayi tersebut je dalam troli.

" Hmm, okey. Jom tengok lampin bayi lak " ujar Yana seraya menarik Fawwaz ke tempat lain. Terasa sebak pula di dada Fawwaz memikirkan kebahagiaan yang sementara ini.
" Dahlah sayang, jom pergi makan" pelawa Fawwaz setelah penat berjalan. "Eh, awak panggil saya apa tadi? Tanya Yana. " Hm dah dah jom makan" ujar Fawwaz untuk menukar topic perbualan. Sesampai sahaja di Kedai, Yana laju memilih tempat duduk.

Seusai meng'order' makanan, Yana dan Fawwaz berborak kosong. Tetiba, muncul seorang gadis dengan memakai dress paras peha. " Eh, ada tak sangka pulak terserempak dengan you kat sini. Hmm, boleh I join sekali?  " kata Fasya. " Hmm, join lah. Lagipun kitaorang order banyak" balas Fawwaz.

" Sapa ni awak?" tanya Yana. " Owh, saya ni bakal isteri Fawwaz" ucap Fasya seraya melabuhkan punggung bersebelahan Fawwaz. Didekatkan badannya dengan Fawwaz sehingga semut pun tak boleh menyelit. Yana yang kurang selesa dengan situasi itu pun meminta diri untuk ketandas.

" You ni kenapa? Tau tak tu isteri I" Marah Fawwaz. " Ala, biar je lah" Ucap Fasya.

--------

"Huh. Sanggup Fawwaz curang walaupun tahu aku dah tak lama." monolog Yana. Tiba-tiba kepalanya bepinar-pinar. " Ergh, kenapa sekarang sakitnya datang" monolognya lagi seraya meraba beg tangannya lalu mengeluarkan pil dan air mineral. Ditelannya pil tersebut dan meneguk rakus air tersebut.

" Ergh, okey pun. " ujarnya. Dipandang cermin dihadapannya lalu mengelus lembut perutnya. " Jangan risau ye anak mama ni, mama akan bertahan demi kamu" sambungnya lagi.

Terus kakinya melangkah kembali ke meja makan setelah seseolah mendapat semangat daripada bayinya. Sesampainya dimeja, kelihatan Fasya sedang 'bersuap-suap' dan bergelak tawa bersama Fawwaz. Terbatal niatnya untuk kesana semula. Terus dia mengambil langkah keluar dari kedai tersebut.

B1 : Cinderella Untuk MafiaOnde as histórias ganham vida. Descobre agora