[18]

17.5K 526 2
                                    

Sejak kehilangan Yana buat kali kedua, Datin Sabrina selalu sakit-sakit. Selera makan pun takde. Dato' Ikram mulai berasa gusar dengan isterinya itu. Pelbagai perkara yang telah dilakukan oleh anak-anak nya, tetapi hampa satu pun tak jadi. Betul lah orang kata, kalau sakit rindu, ubat dia jumpa orang tu. Tapi Yana nya mana?

---------

Terbantut pekerjaan Dato Ikram yang hendak menyuapkan isteri bubur apabila mendengar bunyi lonceng. " Tak pe lah pa, biar Fana  tengok" ujar Fana aka adik Yana. Laju kaki Fana melangkah ke arah pintu. Krekkk. Pintu dibuka. " Yana??" monolog Fana. " Pa, tengok sapa ni" jerit Fana teruja. "Masuklah dulu, kejap saya panggil papa dan mama" pelawa Fana.

" Papa, mama...turun jom. Tengok sapa yang ada" ujar Fana. " Awak jelah turun, saya penat" ucap Datin Sabrina kepada Dato' Ikram. "Tak boleh, mama kena turun sekali. Bila mama dah tau tu sapa, mesti mama takkan macam ni dah" Datin Sabrina mengalah apabila anaknya begitu teruja. Dato' Ikram memapah Datin Sabrina dengan berhati-hati.

Terhenti jantung Datin Sabrina seketika. Ditampar pipinya berkali- kali. Sakit. Maksudnya dia tak bermimpi. Maksudnya betul Yana di hadapannya sekarang. Terus dia memeluk anaknya seorang itu. Bahgia sungguh Datin Sabrina ni. Tapi Yana yang masih *blur-blur* tu pun balas dengan erat. Terasa kehangatan peluk dari seorang ibu.

-------

"Aaaa, Sabrina,  aku datang sini berhajat sebernanya"

" Eh Widad, cakap je pape. Aku nak terima kasih kat kau sebab daa pertemukan aku dengan Yana ni"

"Eh bukan aku sebenarnya, tapi anak aku Fawwaz tu"

" Owh Fawwaz. Haa, apa hajatnya?"

"Aku sebenarnya nak jodohkan anak kita"

"Eh, mana boleh Fana tu dah ada calon"

"Eh bukan Fana. Aku kata Yana"

"Hahahahha awak ni perasan sangat lah " ujar Dato' Ikram diikuti tawa oleh Dato' Haydar aka ayah Fawwaz.

" Laa boleh je, lagipun nanti Yana ni jadi anak dara tua, bila tarikhnyer?" Trbatuk-batuk Yana dibuatnya.

" Fawwaz kata secepat yang mungkin "

" Kalau macam tu bulan depan je la" Terbatuk-batuk Yana dibuatnyer apabila mendengar perkataan ' Bulan depan'.

-------

Dari tadi Yana melihat henfonenya.  Yalah, kalau kat dalam novel, kan kononnya pengantin perempuan akan dijemput oleh pengantin lelaki nak beli Gown kahwin. Tapi hampa. Dari tadi dia berimaginasi nak pakai baju apa. Haihh. Sian kau Yana.

---------

Masa berlalu dengan pantas, tanpa mereka sedari, tinggal tiga hari sahaja untuk mereka diijab qabulkan...


B1 : Cinderella Untuk MafiaWhere stories live. Discover now