-11

1.3K 207 3
                                    

Saera Pov⇦

Aku masuk ke dalam kelas. Seperti hari-hari yang biasa, semua memandang aku dengan pandangan yang menjijikkan. Aku tidak hiraukan pandangan mereka dan duduk di tempat aku.

Aku keluarkan buku dan mula membaca buku sebelum cikgu masuk. Semua kembali bising.

"Yah!" aku pandang ke arah suara tersebut. Berubah terus riak muka aku apabila aku pandang ke arah pemilik suara itu iaitu Cindy.

"Duit!" tangan dihulur tepat di hadapan aku.

"S-saya t-tak ada d-duit." tergagap-gagap aku menjawab.

"Yah, cari!" arah Cindy kepada rakan-rakannya. Mereka terus meraba badan aku untuk mencari wang. Aku cuba mempertahankan diri tapi mereka terlalu kuat kerana mereka bertiga sedangkan aku hanya seorang sahaja. Pelajar kelas aku tidak menghiraukan apa yang terjadi kepada aku, seperti tidak berlaku apa-apa.

Saat itu aku merasa bahawa maruah aku telah dipijak-pijak dengan perbuatan mereka. Niat untuk mencari pengirim surat yang menyakitkan hati tidak tercapai.

__________
A/n Note:

Double update sebab ch. 10 pendek sangat...

Vote vote vote!

Thanks sebab vote untuk story ni >_<

Nerd •myg [C]Where stories live. Discover now